BAB 21

Romance Completed 119020

Perlahan kereta Rayyan melepasi pagar rumahnya. Rayyan mengerutkan dahi apabila melihat kereta lain terpakir di depan rumahnya. Mahu tidak mahu, Rayyan terpaksa memakirkan keretanya di bawah garaj sebelah kanan rumahnya. Rayyan mula memikirkan kereta siapa yang terpakir di depan rumahnya itu.

Setelah memakirkan kereta, Rayyan membawa tubuhnya keluar dari perut kereta. Dia berjalan menuju ke pintu utama. Sempat dia melirik ke arah kereta BMW berwarna hitam. Seperti pernah melihat tetapi Rayyan tidak berapa ingat. Otaknya terlalu penat untuk memikirkan kereta itu.

"Assalamualaikum." Perlahan Rayyan memberi salam seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam!" Jawab Erin yang kebetulan duduk di ruang tamu. Dia sememangnya menantikan kepulangan Rayyan. Berlari anak Erin mendapatkan Rayyan di pintu utama.

"Kereta siapa kat depan tu?" Tanya Rayyan sambil menyambut salam Erin.

Erin tersengih memandang Rayyan. Tidak menjawab, cukup dengan mata melirik ke arah sofa seraya tangan bergerak menunjuk ke arah mata melihat. Sorotan mata Rayyan terus mengikut ke arah jari Erin menunjuk. Seketika wajah Rayyan berubah.

"Suprise!" Kata Puan Rodziah dengan renungan membunuh.

"Mummy!" Rayyan sedar itu bukan bayangan. Sekilas Rayyan melirik ke arah Raiq yang sedang duduk bersilang kaki di atas sofa. Matanya hanya fokus pada telefon di tangan.

Rayyan menarik nafas dalam lalu di hembus perlahan. Matanya menatap wajah Erin yang berdiri di depannya. Ahh! Kenapa dia tidak boleh mencerna bahawa kereta yang terpakir di depan rumahnya itu adalah kereta Raiq? Erin juga tidak memberitahu tentang kehadiran mummynya.

Manakala seperti yang yang dirancangkan bersama Alicia, Erin meminta ibu mentuanya ke rumahnya. Puan Rodziah yang memang tidak keberatan terus ke rumah menantu kesayangannya itu. Erin lega apabila pelawaan dia untuk Puan Rodziah tidur di rumah itu sementara Tan Sri Qhairil berada di Melaka di setujui.

"Bila mummy sampai? Kenapa tak bagitahu Ayyan mummy nak datang?" Tanya Rayyan seraya bergerak mendapatkan Puan Rodziah. Terkedek-kedek Erin mengikut langkah Rayyan.

"Petang tadi. Kalau mummy bagitahu sekalipun bukan Ayyan kisah. Maklumlah telefon tu dah tak ada fungsinya." Jawab Puan Rodziah dalam nada sindiran. Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal sambil melirik ke arah Erin tetapi Erin pula memandang ke arah lain.

"Ayyan sibuk sangat tadi sampai tak sempat nak jawab panggilan mummy." Rayyan terus memberi alasan yang mungkin logik untuk di dengar.

"Jadi kamu dari pejabat la ni? Dah hampir pukul 9 malam baru ingat nak balik? Langsung tak fikirkan keselamatan Erin yang duduk rumah sorang-sorang?" Bertalu-talu Puan Rodziah menyerang Rayyan dengan soalan. Rayyan mengeluh kecil.

Raiq pula menutup telefonnya. Dia terus memandang wajah Rayyan yang sudah berkerut. Ingin ketawa tetapi takut dosa. Salah Rayyan juga. Dia juga sudah menelefon Rayyan tadi tetapi Rayyan nenolak panggilannya. Pesanan ringkasnya tidak dibaca.

"Mana ada mummy. Biasanya abang balik awal. Cuma malam ini abang sedikit lewat. Mungkin abang sibuk dengan apa yang terjadi semalam." Celah Erin cuba mempertahankan suaminya. Kesian pula dia melihat Rayyan. Balik-balik saja sudah dihentam dengan pelbagai soalan oleh mummynya.

Erin melirik ke arah Rayyan bersama senyuman. Rayyan pula terdiam. Dia tidak terkejut Erin cuba mempertahankan dirinya di depan Puan Rodziah tetapi dia terkejut dengan panggilan Erin terhadapnya. Entah kenapa hati Rayyan sedikit terusik dengan panggilan itu.

"Mulai esok, mummy nak sebelum pukul 6 petang Ayyan dah berada di rumah. Ayyan kena ingat, Erin perempuan. Bahaya duduk rumah sendiri. Apa Ayyan dah tak sayang isteri?" Tegas Puan Rodziah.

"Faham. Ayyan minta maaf." Rayyan akhirnya mengalah. Tidak mahu membuatkan mummynya semakin membebel.

Rayyan memandang Erin dan Raiq berbalas pandangan dan tersenyum. Pasti mengutuk dirinya kerana dibebel oleh mummynya. Erin pantas mengangkat ibu jari bersama senyuman mengejek. Rayyan pula terasa mahu sekeh kepala Erin.

Erin menekup mulut dari terlepas ketawa. Tujuan dia mengajak Puan Rodziah tidur di rumah itu sebab lain tetapi tidak sangka, belum apa-apa Rayyan sudah di api-apikan oleh mummynya. Erin berdehem kecil.

"Abang jom makan. Kesian mummy dah lapar. Dari tadi kami tunggu abang untuk makan sekali. Abang Raiq pun sekali. Jom makan." Ajak Erin.

"Jom-jom. Abang pun dah lapar ni." Erin tersenyum lagi. Jelas kedengaran sangat kekok Rayyan membahasakan dirinya 'abang'.

"Jom mummy." Ajak Erin.

"Yelah!" Puan Rodziah terus bangun berdiri. Erin berjalan beriringan dengan Puan Rodziah manakala Raiq terus menyapa Rayyan.

"Lain kali bukalah phone bro." Kata Raiq sambil menepuk-nepuk bahu Rayyan. Rayyan menjeling tajam.

Mereka berempat terus melabuhkan duduk di meja makan. Erin pula tangkas bergerak menyenduk nasi ke dalam pinggan Puan Rodziah, Rayyan dan Raiq. Puan Rodziah tersenyum melihat layanan Erin.

*
* *
* *

"Terima kasih Erin. Sedap sangat masakkan Erin." Puji Puan Rodziah sebaik sahaja mereka semua selesai makan.

"Terima kasih dear atas makanannya." Ucap Raiq pula. Rayyan menjungkit kening. Dear?

"Sama-sama mummy, abang Raiq." Balas Erin. Dia mengukir senyuman manis apabila masakannya tidak pernah mendapat kutukan.

"Untung kamu Ayyan. Dapat isteri cukup lengkap pakejnya. Kalau kamu masih siakan isteri seperti Erin, entah apa yang patut kami katakan." Kata Puan Rodziah lagi.

"Hanya lelaki buta sahaja akan siakan isteri seperti Erin." Balas Rayyan selamba.

Erin yang baru sahaja meneguk air terus tersedak mendengar kata-kata Rayyan. Manakala Raiq sudah ketawa. Membulat mata Erin memandang Rayyan. Seketika Rayyan tersedar sesuatu apabila melihat pandangan Erin. Terkekeh-kekeh Erin turut ketawa.

"Lah kenapa Erin dengan Raiq ketawa? Lawak ke apa yang mummy cakap?" Tanya Puan Rodziah pelik apabila Erin dan Raiq sama-sama ketawa.

"Tak mummy. Betul apa yang mummy kata tu. Erin ketawa sebab mulut abang ni kotor sangat!" Kata Erin sambil cuba menahan diri dari terus ketawa.

Raiq hanya mengangguk menyokong. Dia yang kebetulan berada dekat dengan tisu, terus menarik beberapa keping tisu dan dihulurkan kepada Erin. Erin menyambut tisu itu dan menyapu lembut bibir Rayyan yang kononnya dikatakan kotor tadi.

Erin menggigit bibirnya bimbang jika tawanya kembali terlepas. Dia memandang ke dalam anak mata Rayyan yang turut memandangnya itu. Erin hanya tersenyum kemenangan. Sendiri kata sendiri rasa!
"Dah la. Mari mummy tolong Erin kemaskan. Kejap lagi dah boleh masuk tidur." Kata Puan Rodziah.

"Baik mummy. Abang naik atas dulu ok? Kejap lagi sayang naik." Kata Erin santai. Tangannya bergerak menyusun pinggan dan cawan yang digunakan.

"Oh ye! Apa kata kalau abang Raiq pun bermalam dekat sini? Erin boleh siapkan bilik untuk abang Raiq." Pelawa Erin. Dia memandang wajah Raiq pula.

"Ermm it's okay. Abang bermalam dekat rumah mummy saja." Tolak Raiq. Dia melirik ke arah Rayyan. Rayyan sudah pun memberi isyarat supaya dia berambus!

"Kalau macam tu, hati-hati drive. Esok datang la sarapan kat sini." Balas Erin.

"InshaAllah." Balas Raiq.

"Mummy, Raiq balik dulu." Raiq menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Rodziah. Puan Rodziah hanya menyambut.

"Abang balik dulu. Assalamualaikum." Raiq menepuk bahu Rayyan tetapi Rayyan menepis geram. Raiq ketawa.

"Waalaikumsalam." Jawab Erin sambil mengikut langkah Raiq ke depan. Mahu menghantar Raiq.

Rayyan melirik ke arah Erin yang sedang mengikut langkah Raiq. Tajam dia merenung belakang tubuh Erin. Dia sendiri tidak faham apa yang dia rasa saat itu tetapi dia tidak suka dengan kehadiran Raiq. Dia tidak suka melihat Erin mesra bersama Raiq.

Tanpa sepatah kata, Rayyan terus beredar meninggalkan ruang makan itu menuju ke atas. Puan Rodziah yang melihat menggeleng. Dia terus bangun dan ke sinki. Mahu membersihkan semua itu. Erin yang kembali ke dapur turut membantu Puan Rodziah.

Selesai semuanya, Erin naik ke atas bersama Puan Rodziah. Puan Rodziah akan bermalam di bilik sebelah biliknya sebelum ini. Setelah memastikan Puan Rodziah masuk ke dalam bilik, Erin terus mengetuk pintu bilik Rayyan.

Erin menguak pintu bilik itu perlahan. Dapat dia lihat Rayyan sudah berbaring di atas katil membelakangi dirinya yang berada di muka pintu. Dengan rasa debar, Erin melangkah masuk lalu terus merapati katil Rayyan. Perlahan dia melabuhkan duduk di birai katil.

"Awak..." Panggil Erin perlahan tetapi tiada sahutan dari Rayyan. Erin mengeluh.

Erin kembali bangun. Dia ingin ke bilik air terlebih dahulu. Entah kenapa sejak dari petang tadi perutnya berasa tidak selesa. Baru sahaja Erin ingin melangkah, tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik sehingga dia jatuh terlentang ke atas katil. Erin terkejut dengan tindakan Rayyan itu.

Rayyan pula naik menindih tubuh Erin. Wajah Erin ditatap geram. Erin berasa dadanya bagai nak pecah. Detak jantungnya langsung tidak teratur. Saluran pernafasannya terasa sempit.

"Seronok dapat ketawakan saya?" Rayyan menjungkit kening kepada Erin.

"Mestilah seronok. Bukan selalu dapat lihat seseorang itu tunjukkan kebodohan sendiri." Kata Erin. Hujung ayatnya menjadi sangat perlahan.

"Ulang sekali lagi apa yang awak kata tadi Erin." Arah Rayyan tegas.

"Tak ada apa. Saya cakap buat beberapa hari ni saya akan berkongsi bilik dan katil dengan awak. Jadi harap awak izinkan." Erin tersengih cantik.

Rayyan mendengus sebal. Erin katakan dirinya bodoh?! Ingin sahaja dia memarahi Rayyan tetapi bimbang jika berlaku pergaduhan. Apa pula kata mummynya nanti. Rayyan terus merebahkan badannya di mana dia berbaring tadi. Erin menggeleng kepala.

"Saya tak suka awak rapat dengan Raiq." Kata Rayyan perlahan.

"Mana ada rapat. Saya hanya layan abang Raiq sebatas abang ipar." Bantah Erin. Tiba-tiba.

"Berhenti panggil dia abang. Dia bukan abang awak!" Suara Rayyan sedikit meninggi. Perkataan abang yang digunakan Erin untuk Raiq itu terdengar menjengkelkan di telinganya.

"Habistu saya nak panggil apa? Tak akan nak panggil nama?" Erin mengerutkan dahi. Dia memandang wajah bengang Rayyan.

"Panggil apa sahaja kecuali abang! Saya tak suka!" Tegas Rayyan.

"Awak cemburu?" Pertanyaan Erin itu membuatkan Rayyan terdiam beberapa saat.

"Tak! Tapi saya tetap tak suka. Berhenti panggil dia abang."

"Tapi..."

"Saya nak tidur!" Potong Rayyan. Erin mengeluh sebal. Apa salahnya dia memanggil Raiq abang? Raiq lebih tua daripadanya.

Sudah hampir pukul 12 tengah malam tetapi Erin masih tidak boleh tidur. Perutnya sakit mencucuk-cucuk. Tidak tahu apa puncanya. Sesekali Erin berbaring mengiring ke kiri sesekali ke kanan. Dia rasa cukup tidak selesa.

"Tidur Erin. Rimas saya bila awak asyik bergerak!" Kata Rayyan tegas mengejutkan Erin.

"Maaf sebab dah ganggu tidur awak..." Erin terasa dengan teguran itu. Dia tidak selesa jadi sebab itulah dia asyik bergerak.

Erin berbaring membelakangi Rayyan. Dia menggosok perutnya yang terasa sakit. Hancur moodnya untuk menggoda Rayyan apabila tiba-tiba sahaja perutnya buat hal. Erin cuba memejamkan matanya untuk tidur tetapi tidak boleh.

"Kenapa hurmm?" Sekali lagi Erin tersentak dengan teguran itu. Kali ini suara itu lebih dekat di telinganya.

"Saya sakit perut. Maaf sebab dah ganggu awak." Ucap Erin sebak. Dia betul-betul sakit.

Tiba-tiba Erin terasa ada satu tangan menjalar menyentuh perutnya. Erin terus terkaku apabila dia dapat rasakan Rayyan menarik tubuhnya rapat ke dadanya. Rayyan memeluk erat tubuh Erin. Tangannya mengusap lembut perut Erin. Erin terdiam.

"Awak ada salah makan ke?" Tanya Rayyan lagi. Erin pantas menggeleng. Dia sendiri tidak tahu.

"Tidurlah. Nanti ok la sakit perut awak ni." Pujuk Rayyan lembut. Tangannya terus mengusap perut Erin yang berlapis dengan baju tidur itu.

Erin cuma mengangguk. Dia terus memejamkan matanya cuba untuk tidur. Akhirnya Erin benar-benar tertidur di dalam pelukan Rayyan. Rayyan tersenyum tipis apabila mendengar dengkuran halus dari Erin. Dia membetulkan selimut yang membaluti tubuhnya dan Erin. Pelukannya pada tubuh Erin di kemaskan lagi. Akhirnya Rayyan turut kembali tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience