BAB 31

Romance Completed 119020

Erin menghempaskan tubuhnya ke atas katil secara kasar. Beberapa kali dia meraup wajahnya. Erin memandang siling putih di atas dengan perasaan kosong. Malam itu, dia memilih untuk tidur di hotel. Dia tidak bersedia untuk pulang ke rumah dan berdepan dengan Rayyan.

Erin menarik nafas dalam seraya memejamkan matanya rapat. Nafas ditahan. Kalau boleh dia ingin menahan untuk selamanya-lamanya. Selepas satu minit, Erin melepaskan nafas berat. Dadanya berombak laju. Di kepalanya, terbit pelbagai persoalan yang bermula dengan kenapa.

Kenapa mesti dia merasa sakit? Kenapa mesti dia berasa sedih? Kenapa mesti dia berasa bersalah? Kenapa mesti dia berasa kecewa? Kenapa mesti dia berasa marah? Kenapa mesti dia merasakan semua itu? Apa kesalahannya sehingga dia patut menanggung rasa yang tidak dapat dia jelaskan ketika itu?

Beberapa kali Erin menarik nafas dalam untuk menenangkan gelodak di hati. Dadanya diurut lembut memujuk diri agar terus kuat. Dia tidak mahu menangis lagi. Entah sudah berapa banyak air matanya tumpah sejak beberapa malam yang lalu. Tetapi Erin tidak dapat menahannya. Air matanya mula mengalir keluar.

Dari esakkan kecil, menjadi tangisan yang bersuara. Erin menarik bantal lalu dipeluk erat. Kalau saja dia mampu memindahkan rasa sakit yang dia rasakan saat itu, dia ingin pindahkan kepada bantal yang di peluk itu. Bantal itu tidak hidup, sudah pastinya bantal itu tidak akan merasa sakit seperti apa yang dia rasakan saat itu.

Malam itu, Erin menangis sepuas-puasnya sehingga kepalanya berdenyut sakit. Erin berharap air mata yang mengalir itu membawa keluar rasa sakit di dadanya. Tubuhnya terasa lemah. Wajahnya terasa sembab. Erin sendiri tidak pasti berapa lama dia menangis. Dia juga tidak pasti pukul berapa dia terlelap.

Manakala di rumah, terdengar azan subuh berkumandang. Rayyan menekan-nekan pelipisnya kuat. Kepalanya terasa berdenyut. Semalaman dia tidak dapat tidur. Semalaman dia memikirkan di mana Erin berada? Bagaimana keadaan Erin? Adakah gadis itu baik-baik saja? Otaknya tidak dapat berhenti memikirkan perkara bukan-bukan.

Hari itu, Rayyan memilih untuk tidak ke mana-mana. Fikirannya bercelaru. Hatinya resah. Telefon Erin masih tak dapat dihubungi. Ke hulu ke hilir Rayyan berjalan di ruang tamu. Sesekali dia mengetuk kepalanya sendiri. Kenapa la saat-saat seperti itu juga otak cerdiknya tidak mampu berfungsi.

Rayyan melihat skrin telefonnya yang gelap. Dia berkira-kira untuk menelefon Puan Elisya bertanya jika Erin berada di rumah sana. Tidak sampai sesaat Rayyan menggeleng. Bukankah terasa pelik jika dia bertanya ibu mentuanya jika Erin berada di rumah sana sedangkan dia suami kepada Erin? Apa kata mentuanya nanti. Rayyan mengeluh.

Tiba-tiba Rayyan teringatkan satu orang yang mungkin boleh membantunya. Alicia. Tanpa membuang masa, Rayyan pantas mendail nombor gadis itu. Panggilan pertama tidak bersahut. Sekali lagi Rayyan mendail, dia menghembus nafas lega apabila Alicia menjawab panggilannya.

"Sorry ganggu you pagi-pagi macam ni tapi boleh I tahu kalau Erin bersama dengan you sekarang?" Tanya Rayyan terus kepada tujuan asalnya dia menelefon Alicia. Alicia di sana sudah berkerut dahi.

"Tak ada. Kenapa?" Jawapan itu membuatkan Rayyan rasa ingin menjerit. Ke mana sebenarnya Erin pergi?

"Boleh tak I tahu kalau Erin tertekan, apa yang dia lakukan biasanya." Tanya Rayyan lagi. Mungkin boleh jadi petunjuk untuk mencari Erin.

"Shopping. Biasanya kalau Erin tertekan Erin akan pergi shopping." Jawab Alicia walaupun tidak faham kenapa Rayyan bertanyakan soalan itu kepadanya awal-awal pagi lagi.

"Okay thanks!" Tanpa menunggu balasan daripada Alicia, Rayyan memutuskan talian.

Buntu! Tidak mungkin Erin pergi shopping kerana Erin menghilang pukul 10 malam semalam. Semua supermarket sudah mula tutup waktu itu. Jadi ke mana patut dia pergi cari Erin. Kepada siapa patut dia bertanya jika ada ternampak Erin? Rayyan berdecik sebal. Salah dia!

Dalam pada memikirkan ke mana patut dia pergi mencari Erin, tiba-tiba terdengar bunyi loceng rumah ditekan. Rayyan pantas panggung kepala. Dengan rasa debar, laju dia melangkah membuka pintu utama. Berharap itu adalah Erin. Tetapi saat melihat sosok tubuh yang berdiri di luar pagar sana, Rayyan mengeluh.

*
* *
* *

Rayyan duduk bersandar pada sofa dengan tubuh yang melemah. Pandangan mummy daddy dan abangnya terhadapnya tidak di hiraukan malah kehadiran mereka dianggap mengganggu oleh Rayyan. Sudah dia buntu memikirkan bagaimana hendak mencari Erin, tiga orang itu pula datang.

"Mana Erin?" Tanya Puan Rodziah dingin melihat anak lelakinya yang seorang itu. Elok duduk bersandar pada sofa.

"Tak tahu." Jawab Rayyan tidak kalah dingin.

"Apa maksud Ayyan tak tahu? Mana Erin?" Tanya Puan Rodziah semula. Matanya tajam menikam sosok tubuh Rayyan. Kalau saja pandangan itu bisa membunuh, sudah pasti Rayyan mati saat itu.

"Ayyan tak tahu Erin dekat mana. Erin tak balik semalam!" Jawab Rayyan dengan suara sedikit meninggi. Tertekan!

"Rayyan Qhai!" Tan Sri Qhairil mengjekilkan matanya. Anaknya itu melawan? Rayyan mengeluh.

"I'm sorry." Ucap Rayyan mengalah.

"Jadi kamu duduk saja dekat rumah? Langsung tak terfikir untuk pergi cari Erin? Macam mana kalau apa-apa jadi pada Erin?" Bertubi Puan Rodziah mengajukan soalan.

"Mummy boleh tak mummy cakap benda elok sikit. Ayyan tengah serabut sekarang. Ayyan buntu nak cari Erin dekat mana. Semalaman Ayyan berfikir tapi Ayyan tak tahu mana patut Ayyan pergi." Rayyan mula bengang. Apa mummynya fikir dia tidak risau? Sejak semalam dia cuba berfikiran positif.

"Kamu dah tanya mama kamu?" Celah Tan Sri Qhairil. Rayyan menggeleng.

"Apa kata diorang nanti kalau Ayyan tiba-tiba tanya Erin pada diorang?" Balas Rayyan.

"Atau Ayyan boleh tanya pada kawan-kawan Erin? Tak akan Ayyan tak kenal kawan Erin?" Cadang Raiq pula.

"Ayyan dah tanya. Dia cakap Erin tak ada dengan dia." Jawab Rayyan. Seketika semua terdiam.

"Ayyan, Ayyan. Kan mummy dah pesan hari tu. Pertahankan selagi boleh. Faham Erin ada maksud disebaliknya. Macam mana kalau Erin betul-betul tinggalkan Ayyan? Ayyan tak menyesal?" Rayyan berdecik.

"Mummy kalau mummy nak cakap perkara macam tu baik mummy balik la!" Kata Rayyan kasar. Puan Rodziah sedikit tersentak.

Rayyan mendengus marah. Kehadiran tiga orang itu, langsung tidak membantu. Malah menyerabutkan lagi kepalanya. Rayyan pantas bangkit berdiri berlalu dari ruang tamu itu naik ke atas menuju ke biliknya. Tiga pasang mata itu memandang tubuh Rayyan yang menghilang tanpa sepatah kata.

"Awak ni pun. Cakap la benda elok sedikit. Nampak sangat Ayyan sendiri tertekan sekarang. Dia sedar kesalahan dia." Tegur Tan Sri Qhairil. Puan Rodziah mengeluh. Dia bukan apa. Dia cuma risaukan menantunya.

Rayyan menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Lengannya mendarat di dahi. Dia terus mendiamkan diri untuk beberapa minit. Setelah rasa sedikit tenang, terbit rasa bersalah pula. Bukan niat dia untuk bercakap kasar dengan mummynya. Cuma saja kata-kata mummynya itu menambahkan kerisauannya.

Telefon yang tiba-tiba berdering membuatkan Rayyan mendengus. Rayyan memandang skrin telefonnya. Tetera nama Amir Irfan. Rayyan membiarkan panggilan itu tidak terjawab. Dia tahu tujuan apa Amir Irfan menelefonnya. Pasti ingin mengajaknya mengelilingi KL. Kelmarin sahaja dia sudah penat melayan kerenah sahabatnya itu.

Sekali lagi telefonnya berdering. Daripada orang yang sama. Rayyan mengeluh. Dengan malas dia menjawab panggilan itu. Telefonnya ditekapkan pada telinga.

"Woii kau tidur lagi ke bangsat?!" Tiba-tiba suara disebelah sana menerjah dahulu. Rayyan menjauhkan sikit telefonnya dari telinga. Dah kenapa sahabatnya itu terjerit-jerit.

"Tidur bendanya? Dah nak masuk pukul 12 tengahari dah ni." Balas Rayyan sebal.

"Bagus. Kau patut datang hospital sekarang." Kata Amir Irfan.

"Kau yang patut pergi hospital. Terjerit-jerit cam orang gila!" Balas Rayyan.

"Ni bukan soal gila tak gila. Seseorang yang kau kenal berada dekat hospital sekarang. Ahh bukan seseorang yang kau kenal tapi sangat kau kenal." Rayyan berkerut dahi mendengarkan itu.

"Siapa?" Tanya Rayyan.

Sebaik mendengar nama yang disebut oleh Amir Irfan, tubuh Rayyan terus bangkit dari pembaringan. Tangannya sedikit terketar. Jantungnya berdegup laju.

"Aku ke sana sekarang. Kau tunggu di situ." Kata Rayyan. Dia terus memutuskan panggilan.

Setelah menukar baju dan seluarnya, Rayyan berlari turun ke bawah. Puan Rodziah, Tan Sri Qhairil dan Raiq yang masih berada di rumah itu mengerutkan dahi melihat Rayyan yang berlari seperti berada dalam keadaan cemas.

"Ayyan nak pergi mana pula tu?" Tanya Puan Rodziah lalu berdiri.

"Hospital!" Jawab Rayyan.

"Kenapa? Siapa yang masuk hospital?"

Rayyan mengendahkan soalan itu. Dia terus masuk ke kereta. Keretanya di undurkan melepasi pagar rumah. Rayyan terus memecut laju menuju ke hospital yang dinyatakan Amir Irfan tadi. Puan Rodziah pula memandang suami dan anaknya dengan perasaan cemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience