BAB 43

Romance Completed 119020

Rayyan berdiri sambil berpeluk tubuh di depan pintu rumah. Matanya tajam memandang ke arah Erin yang keluar dari kereta bersama seorang lelaki. Rayyan mengerling jam di pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Setelah kereta Khaleed hilang dari pandangan, Erin terus melangkah masuk ke dalam pagar rumah. Erin sedikit terkejut melihat Rayyan sudah berdiri di depan pintu rumah sambil berpeluk tubuh. Mata Rayyan tajam melihat ke arah dirinya.

"You dari mana?" Dingin Rayyan bertanya apabila Erin sudah berdiri di depannya.

"Hantar Alicia ke airport." Jawab Erin tidak kalah dingin. Pandangan tajam Rayyan terhadapnya di tentang berani.

"Hantar Alicia ke airport dari tengah hari tadi sehingga tengah malam?" Sinis Rayyan bertanya.

"Lepas hantar Alicia saya keluar sekejap." Jawab Erin lagi.

"Keluar? Dengan lelaki tu?"

"Kalau saya keluar dengan lelaki tu pun, apa masalah awak?"

"You lupa I pernah pesan pada you jangan pernah jumpa dengan lelaki tu lagi? Kenapa you jumpa dia jugak? You sengaja mahu cabar I?"

"Tak yang sekarang ni awak nak marah sangat kenapa? Siapa yang cabar awak? Awak keluar dengan perempuan lain, ada saya marah awak?" Erin mula hilang sabar.

"Apa maksud you I keluar dengan perempuan lain? Mana kereta you? Kenapa lelaki tu yang hantar you balik?"

"Kereta rosak. Kebetulan dia lalu jadi dia tolong hantarkan saya balik."

"Kenapa mesti lelaki tu? You boleh jer call I minta I jemput you!" Suara Rayyan terus naik seoktaf. Melihat ketenangan pada wajah Erin membuatkan dirinya rasa tercabar.

"Hei! Sepatutnya saya yang tanya awak, mana awak letak telefon awak? Sejuta kali saya call awak, satu pun awak tak jawab! Awak tahu tak saya seperti orang gila berharap awak jawab call saya sebab saya betul-betul perlukan bantuan ketika itu? Tapi mana awak? Awak langsung tak jawab panggilan saya! Sebab apa? Sebab awak sibuk keluar dengan betina lain!" Tengking Erin. Turun naik dadanya menahan marah apabila Rayyan terus mempersalahkan dirinya.

"You tengking I Erin Aulya? Apa yang jantan tu dah hasut you sampai you berani tengking I? Dan apa bukti you untuk you cakap I keluar dengan perempuan lain?!

"Sepatutnya awak tanya diri awak apa yang awak buat sampai saya berani tinggikan suara pada awak?!" Sekali lagi suara Erin melengking tinggi. Dia sudah tidak hiraukan rumah yang berdekatan dengan rumahnya.

"Dan awak cakap apa? Awak nak bukti? Okay saya tunjukkan!"

Erin mengeluarkan telefonnya. Gambar-gambar Rayyan terus di tunjukkan. Erin tersenyum sinis melihat wajah terkejut Rayyan.

"You percayakan gambar-gambar ni?" Tanya Rayyan. Wajah Erin di tatap.

"Dalam gambar-gambar tu jelas menunjukkan muka awak, tak akan saya tak percaya? Atau sebenarnya awak nak cakap yang gambar itu bukan gambar awak? Awak nak cakap itu gambar edit?" Senyuman sinis terus meleret di bibir Erin. Rayyan pula mengacip gigi geram.

Bahu Erin terhinjut akibat perbuatan Rayyan yang tidak terduga. Erin melihat telefonnya sudah berderai di lantai. Rayyan melemparkan telefonnya.

"Puas?" Tanya Erin. Tubir matanya terasa hangat. Telefon pemberian Alicia sempena hari jadinya.

"Erin..." Tiba-tiba Rayyan berasa bersalah.

"Awak tak perlu jelaskan apa-apa Rayyan Qhai! Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut awak! Cukup saya tahu awak sememangnya tak sukakan saya dan awak ada perempuan lain!" Air mata Erin terus mengalir. Hatinya hancur seperti mana hancurnya skrin telefonnya yang di lempar oleh Rayyan ke lantai.

"Erin saya..." Rayyan cuba meraih tangan Erin tetapi Erin pantas mengundur.

"Lepaskan saya Rayyan. Kita masing-masing tak ada perasaan jadi saya rasa tak ada sebab untuk kita bersama lagi. Lagi pun awak dah jumpa kebahagiaan awak sendiri. Ceraikan saya Rayyan Qhai!" Jerit Erin. Semakin laju air matanya mengalir. Hatinya sakit! Terlalu sakit.

"No! Saya tak akan lepaskan awak Erin!" Tegas Rayyan. Sekali lagi dia cuba meraih tangan Erin tetapi Erin menepis kasar.

"Kenapa? Sebab awak masih tak puas sakitkan saya?" Tanya Erin tenggelam timbul dek esakannya.

"Sebab saya..." Rayyan menarik nafas dalam. Kenapa begitu susah untuk dia menyatakan cinta kepada Erin?

"Arghhhhh! Erin menjerit sekuat hatinya.

Rayyan yang melihat tindakan Erin terkejut. Tubuh Erin terus melorot jatuh ke atas lantai. Erin menarik rambutnya sendiri. Sakit di kepala tidak setanding sakit di hati. Erin terus menangis teresak-esak.

"Kenapa? Kenapa semua orang perlu sakiti saya? Kenapa kakak sanggup salahkan saya atas alasan tidak munasabah? Kenapa awak asyik marahkan saya atas apa yang saya buat sedangkan itu salah awak? Kenapa?!" Erin terus menjerit seperti orang gila. Dia betul-betul tertekan. Satu persatu kenyataan yang dia dapat hari itu membuatkan dia betul-betul sedih, sakit dan tertekan.

"Hei Erin! You buat apa ni?" Rayyan terus melutut di depan Erin.

Rayyan cuba meleraikan cengkaman Erin pada rambutnya sendiri. Cengkaman itu terlalu kuat.

"Ceraikan saya Rayyan. Ceraikan saya! Saya nak cari kebahagiaan saya sendiri!"

Rayyan menggeleng. Melihat keadaan Erin itu membuatkan dia turut berasa sedih. Apa dia telah menyakiti hati Erin sampai Erin bertindak seperti orang hilang akal? Rayyan terus memeluk erat tubuh Erin.

"Maaf! Maafkan saya. Saya tak sepatutnya berkasar dengan awak." Rayyan mengusap kepala Erin. Perlahan dia melepaskan tangan Erin pada rambutnya sendiri.

"Kenapa awak marah saya tanpa awak tanya saya ke mana saya pergi? Saya hanya keluar sekejap sahaja dengan dia. Itupun saya pergi jumpa kakak sebab saya perlukan penjelasan. Selepas itu, saya minta dia hantar saya balik..." Jelas Erin. Wajahnya di sebamkan pada perut Rayyan.

"Saya percaya awak. Saya minta maaf." Rayyan tunduk mencium kepala Erin.

"Saya benci awak. Saya betul-betul nak berpisah dengan awak." Kata Erin lagi. Rayyan pantas menggeleng.

"Saya tak akan lepaskan awak. Tolong percayakan saya kali ni. Kita mulakan balik." Kata Rayyan tetapi mendapat gelengan dari Erin.

"Saya tak nak. Awak dah ada si dia. Tolong lepaskan saya."

Rayyan menarik nafas dalam. Rayyan memilih untuk diam. Dia percaya Erin tidak akan dengarkan apa sahaja yang bakal dia katakan dengan keadaan Erin seperti itu.

Lama mereka berada dalam keadaan begitu sehinggalah tubuh Erin melemah. Rayyan menahan tubuh Erin daripada jatuh terbaring di atas lantai. Wajah pucat Erin di pandang.

"Kita masuk dulu!" Rayyan lalu terus mencempung tubuh Erin.

"Hantar saya balik rumah mama." Kata Erin lemah.

Rayyan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu utama di kunci sebelum dia berlari naik ke atas. Rayyan meletakkan tubuh Erin ke atas katil. Tubuh itu sudah lembik. Rayyan memandang wajah pucat Erin dengan rasa takut.

"Erin...awak okay?" Tanya Rayya risau. Erin menggeleng kepala tanda dia tidak ok. Rayyan semakin panik apabila melihat pernafasan Erin semakin lemah. Tangannya turut menggigil.

"Erin! Hey!" Rayyan menepuk-nepuk lembut pipi Erin.

"Erin kenapa ni?" Rayyan menyentuh dahi Erin. Panas! Erin langsung tidak berkutik.

Rayyan terus berlari untuk mendapatkan telefonnya yang dia tinggal di bawah. Dia perlukan pertolongan.

*
* *
* *

Rayyan duduk di meja solek di mana Erin selalu duduk selepas siap membersihkan diri. Rayyan memandang ke arah Erin yang terbaring lesu di atas katil. Tidur gadis itu langsung tidak terkutik. Tiba-tiba Rayyan teringatkan pertanyaan doktor yang merawat Erin tadi.

*FLASHBACK*

"Awak berdua bergaduh?" Tanya doktor itu apabila siap membuat pemeriksaan terhadap Erin. Rayyan hanya diam tidak menjawab.

"Nampaknya dia tidak cukup rehat dan sesuatu yang membebankan fikiran dia. Tekanan darahnya sangat tinggi." Kata doktor itu apabila melihat kebisuan Rayyan.

"Sebesar mana pun masalah tu, bincangkan baik-baik. Jangan sampai beri tekanan kepada pasangan kita. Itu sangat tidak baik untuk kesihatan." Kata doktor itu lagi cuba memberi nasihat.

"Terima kasih doktor." Hanya itu yang mampu keluar dari bibir Rayyan.

"Biarkan dia berehat dengan cukup. Bila dia bangun esok pagi, suruh dia buat pregnant test ni. Saya syak isteri awak mengandung." Kata doktor itu sambil menghulurkan pregnancy test kepada Rayyan. Rayyan pula terkejut mendengar kata-kata itu.

"Jaga dia dengan baik. Jangan bagi tekanan pada dia sebab bahaya untuk baby dan ibunya." Pesan doktor itu.

"Terima kasih sekali lagi dok!" Kata Rayyan. Kali ini bibirnya sedikit merekah dengan senyuman.

"Sama-sama." Balas doktor itu.

*END FLASHBACK*

Rayyan tidak sabar untuk menanti Erin bangun esok pagi. Dia mahu melihat adakah betul apa yang di katakan oleh doktor itu. Rayyan mula mengingat kembali bila kali terakhir dia bersama Erin. Serasanya satu bulan yang lalu kerana esok sudah masuk bulan baharu.

Rayyan melirik ke arah jam. Sudah dua pagi. Dia masih tidak mengantuk. Rayyan berpusing menghadap ke cermin. Dia memandang wajahnya melalui pantulan cermin. Rayyan terus menolak dinding pipinya dari dalam menggunakan lidah. Masih terasa sengal.

Rayyan tersenyum tipis. Tidak pernah ada tangan yang melekat di pipinya. Mummy dan daddynya juga tidak pernah mengangkat tangan padanya tetapi untuk hari itu. Hari yang bakal menjadi sejarah dalam hidupnya. Buat pertama kalinya pipinya menerima tamparan. Tamparan dari seorang perempuan.

*FLASHBACK*

Rayyan yang ketika itu sedang berbual dengan Rania sedikit terkejut apabila tiba-tiba seseorang menepuk meja yang mereka duduk dengan kuat. Sebaik sahaja Rayyan mengangkat wajah untuk melihat siapa, satu tamparan cukup kuat hinggap di pipinya. Terasa pijar.

"Hei!" Terus meninggi suara Rayyan. Dia menyentuh dinding pipinya dengan lidah. Sakit.

"Dasar jantan tak guna!" Tengking perempuan itu. Rania yang melihat sudah terkaku.

"Alicia!" Rayyan terkejut apabila mengecam perempuan yang menamparnya tadi.

"Ye aku Alicia! Kenapa kau terkejut?" Tanya Alicia kasar. Alicia melirik ke arah perempuan yang turut memandangnya.

Alicia yang tidak jadi naik kapal terbang kembali pulang kerana dia risaukan Erin. Dia tahu Erin tidak ok walaupun Erin mengatakan dirinya ok. Alicia juga singgah di restoran itu untuk membeli sesuatu yang boleh menyejukkan tekaknya tetapi tidak sangka melihat pasangan itu.

"You dah kenapa Alicia?!" Marah Rayyan.

"Sepatutnya aku yang tanya kau kenapa Rayyan? Beberapa hari lepas bukan main kau jumpa aku, kau cakap kau cintakan Erin tapi ni apa? Kau keluar dengan betina lain!" Alicia betul-betul hilang sabar. Dia percayakan kata-kata Rayyan tempoh hari tetapi Rayyan hanyalah manusia yang bertopengkan syaitan.

"You tak perlu masuk urusan I Alicia. Siapa you untuk persoalkan rumah tangga I?!" Rayyan memandang Alicia tajam.

"Siapa aku? Aku adalah sahabat Erin! Orang yang mahu melihat kebahagiaan Erin selain daripada orang tuanya! Tapi aku tak sangka ini perangai kau yang sebenarnya." Turun naik dada Alicia. Kalau ikutkan hatinya yang marah. Mahu sahaja dia penyek-penyek Rayyan ketika itu.

"Kenapa kau tak pernah nampak cinta Erin pada kau? Kenapa kau tetap pilih perempuan ni? Apa lebihnya perempuan ni daripada Erin sebagai isteri kau yang sah Rayyan?" Sekarang Alicia faham kenapa Erin mengalah. Alicia berfikir dia juga akan menyokong keputusan Erin jika seperti itu perangai Rayyan.

"Apa yang you merepek Alicia? Erin tak pernah cintakan I. Dia sendiri mengaku pada I yang dia tak cintakan I. Hanya I yang bodoh sebab cintakan dia hanya kerana godaan yang dia buat." Rayyan memandang tepat ke wajah Alicia.

"Bagus kau sedar diri kau bodoh. Kau memang bodoh. Tak ada perkataan yang boleh gambarkan betapa bodohnya kau!" Kata Alicia sinis. Rayyan pula memandang Alicia tajam apabila gadis itu mengatakan dirinya bodoh.

"Cik. Tak baik cakap macam tu. Kita boleh bincang elok-elok." Tegur Rania.

"Kau diam sebelum tapak tangan aku melekat dekat muka kau pula! Sebab kau kawan aku menderita. Apa atas dunia ni dah tak ada jantan lain? Suami orang juga kau nak sondol!"

Rania terdiam. Dia memandang Rayyan dan Rayyan hanya membuat isyarat supaya dia diam.

"Hei hei. Apa dah berlaku ni?" Amir Irfan yang kebetulan baru sampai terus mencelah. Pelik dia melihat ada seorang perempuan yang mengamuk.

"Awak. Biar Rayyan yang selesaikan." Kata Rania. Dia menggeleng supaya Amir Irfan tidak masuk campur.

"Kau siapa?" Tanya Alicia kepada Amir Irfan.

"Saya Amir Irfan. Kawan Rayyan dan bakal tunang kepada dia. Kami dah janji nak berjumpa kat sini cuma saya yang lambat sikit." Kata Amir Irfan walaupun dia masih tidak faham kenapa perempuan itu mengamuk. Alicia terdiam. Rayyan memandang sinis ke arah Alicia.

"Jadi..." Alicia memandang Rayyan.

"You dah salah faham dengan apa yang you lihat Alicia. I tak pernah curang dengan Erin. Rania hanya sebatas kawan." Rayyan menggeleng perlahan.

"Arghh tak kisahlah! Tapi kau tetap akan menyesal dengan apa yang kau buat sekarang Rayyan. Kenapa kau bodoh sangat pergi percayakan kata-kata Erin? Kalau dia tak cintakan kau, dia tak akan buat perkara-perkara mengarut semata-mata hanya ingin kau pandang dia. Dia buat semua tu sebab dia terlalu cintakan kau! Dia nak kau cintakan dia balik. Mana otak kau sampai kau langsung tak dapat berfikir?" Alicia menarik nafas dalam.

"Kau tahu aku sepatutnya terbang ke UK hari ni? Aku terpaksa batalkan niat aku untuk ke sana sebab aku risaukan Erin. Kau tahu apa yang Erin katakan pada aku? Dia ingin berpisah dengan kau! Dia mengalah sebab dia salah faham kau ada perempuan lain. Percayalah tak akan ada lagi peluang untuk kau lepasni kalau hati Erin tu dah mati untuk kau!" Sambung Alicia lagi.

Satu persatu kata-kata yang terhambur keluar dari mulut Alicia masuk ke otak Rayyan. Ligat otaknya mencerna kata-kata itu. Manakala Amir Irfan mengangguk faham apa yang sebenarnya yang terjadi.

"Balik la Rayyan. Jelaskan pada isteri kau hari ni juga. Sesuatu yang buruk akan terjadi jika dia betul-betul mahu berpisah dengan kau. Kau akan menyesal." Kata Amir Irfan.

Rayyan masih diam. Otaknya masih ligat mencerna. Apabila dia sudah dapat menangkap segalanya, Rayyan memandang Alicia.

"Dia cintakan kau Rayyan. Terlalu cintakan kau. Sebab tu dia sanggup serahkan diri dia pada kau. Dia nak ikat kau. Dia tak mahu kau pergi dari dia." Kata Alicia lagi.

Rayyan pantas bangkit berdiri. Dia perlu balik. Dia mahu jelaskan perkara sebenar kepada Erin. Dia tak nak berpisah dengan isterinya itu. Kenapa dia tidak pernah sedar bahawa perbuatan Erin itu untuk menarik perhatiannya?

*END FLASHBACK*

Rayyan tersenyum tipis. Dia tidak marahkan Alicia kerana penampar itu. Malah dia mahu berterima kasih kepada Alicia kerana telah menyedarkan dirinya. Jika Alicia tidak beritahu tentang itu kepadanya, mungkin sampai bila dia terus bodoh seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience