BAB 35

Romance Completed 119020

Erin merebahkan badannya ke atas katil. Tiada apa yang boleh dia buat di rumah. Erin mencapai telefonnya lalu terus di buka. Aplikasi WhatsApp menjadi tujuan utamanya.

Erin menggeleng kepala melihat banyak pesanan yang masuk. Tidak tahu mesej siapa dulu yang patut dia balas. Erin terus membelek-belek melihat mesej sahabatnya. Ada juga yang menghantar gambar. Mesti gambar semalam.

Satu mesej dari nombor yang tidak di kenali telah menarik perhatian Erin. Erin mengerutkan dahi melihat nombor itu. Tanpa membuang masa, Erin terus membuka mesej itu. Ada beberapa keping gambar yang di hantar.

"Siapa?" Itulah persoalan pertama yang muncul di benak fikiran Erin.

Erin menekan muat turun gambar-gambar yang di hantar. Setelah gambar-gambar itu siap di muat turun, Erin lagi berasa pelik. Beberapa keping gambar seorang lelaki dan perempuan sedang berada di restoran. Ada juga di tempat parkir kereta.

Erin meneliti satu persatu gambar itu. Seketika jantung Erin bagaikan berhenti berdetak melihat wajah di dalam gambar itu. Tangannya mula menggigil.

Erin menzoomkan gambar itu bagi melihat lebih jelas wajah itu. Dia tidak mahu tersalah lihat dan akhirnya berlaku perkara yang tidak diingini. Erin memejamkan matanya rapat. Dia tidak salah lihat.

"Rayyan." Desis hati Erin.

Gambar itu ialah gambar Rayyan dan seorang perempuan. Erin tidak mengenali perempuan itu walaupun wajah perempuan itu jelas kelihatan. Erin menggeleng tidak mungkin. Mungkin itu hanyalah kawan yang di katakan Rayyan?

Bermacam andaian mula menerjah masuk ke dalam fikiran Erin tetapi Erin tidak mampu untuk membuat kesimpulan sendiri. Melihat dari pakaian Rayyan, itu adalah baju yang dipakai Rayyan semalam. Tetapi siapa yang menghantar gambar itu kepadanya? Apa motif orang itu menghantar gambar tersebut kepadanya?

Tiba-tiba telefon di tangan berdering membuatkan Erin terkejut. Hampir saja dia mencampakkan telefonnya ke lantai. Erin mengurut dada. Dia terus memandang skrin telefon.

"Waktu macam ni juga minah ni nak call!" Dengus Erin apabila melihat panggilan itu daripada Alicia.

"Assalamualaikum and good morning babe." Ceria sahaja suara Alicia memberi salam sebaik Erin menjawab panggilannya.

"Waalaikumsalam and morning too." Balas Erin tidak bersemangat.

"Kau dah kenapa pagi-pagi lagi tidak bertenaga?" Tanya Alicia. Dia dapat menangkap suara Erin yang kedengaran tidak bermaya.

"Tak ada apa. Cuma terkejut sikit dengan panggilan kau yang tiba-tiba." Jawab Erin. Alicia terus ketawa.

"Aku ingat baru lepas bertarung tenaga dengan encik abang." Usik Alicia. Erin ketawa sumbang.

"Nasib kau jauh Ca!" Kata Erin geram. Sekali lagi Alicia ketawa.

"Kau ada plan apa-apa tak dengan suami kau hari ni?" Tanya Alicia. Tujuan asal dia menganggu sahabatnya pagi itu.

"Kau pun tahu Rayyan tu selalu sibuk dengan kerjanya. Ingat ada masa ke untuk aku?" Erin menggeleng kecil.

Sibuk kerja di pejabat atau sibuk keluar dengan orang yang dikatakan 'kawan' itu? Erin mengeluh berat.

"Bagus! Kalau macam tu jom keluar dengan kitorang. Lagi pun kau tahu mereka dah nak bertolak balik negeri masing-masing esok. Entah bila pula kita dapat jumpa mereka. Aku pun ada berita gembira nak sampaikan pada kau." Ajak Alicia.

"Apa dia? Kau dah dapat calon suami ke?"

"Heh! Kalau itu yang aku dapat memang aku dah berada di atas menara merdeka sekarang. Bersiap sedia untuk terjun." Erin mencebik mendengar balasan itu.

"Apa kata kalau kau orang datang rumah aku jer? Aku boleh masak untuk kau orang." Cadang Erin. Sebenarnya dia lebih kepada tiada mood untuk keluar.

"Suami kau tak marah ke? Lagipun Iqbaal dan Farhan akan ikut sekali." Tanya Alicia. Tak akam suka-suka jer nak datang rumah oranh tanpa bertanya kan? Apatah lagi bawa lelaki.

"Nanti aku tanya Rayyan lepastu aku bagitahu kau balik." Putus Erin.

"Cepat sikit tau. Kalau tak boleh, senang untuk aku nak pasti dekat mana patut kita berkumpul." Pesan Alicia.

"Okay." Balas Erin pendek.

"Aku tutup dulu. Bye!"

Alicia terus memutuskan panggilan tanpa sempat Erin membalas. Erin memandang skrin telefonnya yang gelap. Sekali lagi dia melepaskan keluhan. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa saat itu tetapi dia juga tidak mampu untuk menolak ajakan sahabatnya.

"Mungkinkah apa yang aku takutkan akan menjadi kenyataan?" Bisik hati Erin.

*
* *
* *

Erin mengenakan baju jubah berwarna hijau lembut. Baju itu hadiah daripada Puan Rodziah setelah dia dan Rayyan selamat di tunangkan dahulu. Dia tidak pernah mengenakan jubah itu. Itulah buat kali pertama dia memakainya.

Erin berpusing-pusing di depan cermin. Dia tersenyum puas. Cantik, desis hati Erin. Puan Rodziah bijak dalam memilih pakaian. Bukan sepertinya yang lebih selesa mengenakan pakaian biasa sahaja.

Tiba-tiba Erin teringatkan gambar yang dilihat pagi tadi. Dalam gambar itu, perempuan yang bersama Rayyan kelihatan sangat ayu. Mula dari kepala sehingga hujung kaki semuanya tertutup. Jauh berbeza darinya. Menutup aurat saja belum sempurna.

Erin terus melabuhkan duduk di meja solek. Wajahnya terus di solek tipis. Bibir merah jambunya di oleskan dengan pelembap. Setelah itu, Erin mengurai rambut panjangnya. Apabila berpuas hati, barulah Erin keluar dari biliknya. Sahabatnya pasti sampai sekejap lagi.

Erin duduk di sofa. Sambil-sambil menanti kehadiran sahabatnya, Erin terus membuka telefon. Tadi dia sudah meminta izin daripada Rayyan untuk menjemput sahabatnya datang ke rumah. Hanya balas 'ok' sahaja dia terima.

Erin menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Dia tidak mahu fikirannya terganggu dengan apa yang dilihat tadi kerana bimbang jika sahabatnya dapat melihat perubahan emosinya. Apatah lagi Alicia, gadis kecil itu sangat bijak membaca emosinya.

Bunyi loceng pintu utama di tekan membuatkan Erin mengukir senyuman. Dengan bismillah, Erin bangun menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu utama di buka, di situ sahabatnya sudah tercegat dengan senyuman lebar. Panjang pun umur mereka.

"Assalamualaikum Puan Erin." Ucap Iqbaal sebagai kepala yang berdiri paling depan.

"Waalaikumsalam Encik Iqbaal." Jawab Erin sambil tersenyum manis.

"Besarnya rumah kau Erin. Aku macam tak percaya tadi. Mula-mula ingatkan Alicia dah salah bawak jalan." Kata Fatihah. Matanya melihat sekeliling ruang perkarangan rumah.

"Aku dah terbiasa la datang rumah dia ni. Mana mungkin aku salah bawak jalan!" Marah Alicia. Dari tadi Fatihah mengatakan dirinya salah bawa jalan.

"Biasa je la. Lagipun rumah ni kan rumah suami aku. Bukan rumah aku." Balas Erin.

"Apa pula kau cakap macam tu? Rumah suami kau kan rumah kau." Tegur Ain. Erin hanya mengukir senyuman tipis.

"Eh jemput la masuk. Tak akan kita nak berbual dekat depan pintu ni?" Jemput Erin.

"Betul ni suami kau izinkan? Bimbang juga aku kalau tiba suami kau pulang halau aku dan Paan dengan pedang." Tanya Iqbaal ingin kepastian. Teragak-agak dia mahu masuk ke dalam rumah itu.

"Ishh kau ni Iq! Mengarut jer. Kalau suami aku tak izinkan, tak adanya kau berdiri depan rumah ni sekarang."

"Entahnya kau ni Iq! Bersyukur la bila orang dah bagi keizinan tu." Celah Bahiyyah.

"Aku bukannya apa. Bimbang je. Yelah, Erin ni isteri orang." Iqbaal menjeling tajam kepada Bahiyyah.

"Kalau kau tak nak masuk tak apa. Erin pun tak kisah. Biar kita orang jer yang masuk. Kau duduk jer bersila depan ni." Kata Farhan pula.

"Ehh masuk je la. Dah tuan rumah jemput, tak payah nak banyak cakap. Aku luku juga kepala kau sekejap lagi!" Marah Alicia. Apa benda datang rumah orang lepas tu nak bergaduh depan rumah tu?

"Dah la korang. Masuk la. Suami aku benarkan. Kalau risau bimbang sangat, kita biarkan pintu depan ni terbuka jer." Kata Erin. Pening kepalanya. Karang ada juga yang dia halau kejap lagi.

"Itu lebih baik!" Kata Iqbaal. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh eh si pendek ni. Tadi dia bersungguh itu ini, sekarang dia pula orang pertama jejak masuk." Tegur Fatihah.

Erin ketawa kecil. Erin terus memberi ruang kepada yang lain untuk masuk. Mereka semua melangkah masuk dan masing-masing terpegun melihat hiasan dalaman rumah.

"Cantiknya. Pandai kau hias rumah ni." Puji Fatihah.

"Biasa jer." Balas Erin.

"Korang nak makan dulu atau nak berbual dulu?"

"Kita berbual dulu. Banyak benda kitorang nak tanya kau ni." Jawab Ain.

"Tapi aku lapar!" Kata Iqbaal. Wajah tidak tahu malu ditayangkan.

"Aku pun!" Sahut Farhan pula.

"Ishh kau orang berdua ni!" Alicia menjeling geram manakala Erin ketawa.

"Kalau macam tu apa kata kalau kita makan dulu? Bila dah kenyang baru berbual. Baru selesa sikit." Cadang Alicia.

"Setuju!" Jerit Iqbaal dan Farhan.

Yang lain hanya mampu menggeleng. Erin terhibur melihat gelagat dua sahabat lelakinya itu. Lembut Erin mengajak mereka semua ke meja makan. Yang semangatnya pastilah Iqbaal dan Farhan. Dua orang itu terlebih dahulu jalan mengekori belakang Erin.

Setelah selesai menjamu selera, Iqbaal dan Farhan di arahkan untuk membasuh semua pinggang dan gelas yang mereka gunakan. Walaupun Erin bertegas tidak perlu melakukan itu, tetapi Fatihah dan Bahiyyah pula bertegas menyuruh dua orang itu membersihkannya. Iqbaal dan Farhan mengalah dan hanya menurut.

Manakala yang perempuan terus ke ruang tamu menyisakan dua orang lelaki di dapur untuk membersihkan pinggan dan gelas. Mereka semua melabuhkan duduk di sofa sebelum wajah Erin di tenung. Erin pula tersenyum getir melihat tenungan itu.

"By the way Erin, mana kau beli jubah tu? Cantik sangat. Nampak sesuai dengan kau." Puji Fatihah mengalihkan pandangan semua dari terus menenung wajah Erin.

"Puji rumah dulu baru ingat nak puji tuan rumah ye Fatihah?" Kata Ain dalam nada sindiran.

"Mestilah. Rumah mesti di dahulukan." Jawab Fatihah selamba.

Mereka semua menggeleng kepala. Itu la Fatihah. Ke mana sahaja mereka pergi, pastilah tempat itu akan mendapat pujian pertama dari Fatihah. Setelah itu, barulah Fatihah akan memuji perkara lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience