BAB 14

Romance Completed 119020

Erin bergegas mendapatkan telefonnya apabila telefon itu berdering minta di angkat. Bibir Erin merekah dengan senyuman apabila melihat nama yang terpapar di skrin telefon. Sudah lama rasanya dia tidak berhubung dengan dengan Alicia.

"Assalamualaikum Ca. Maaf lambat angkat. Aku kat dapur tadi." Erin terus memulakan bicara sebaik sahaja menjawab panggilan itu.

"Waalaikumsalam. Ingatkan tengah berasmara tadi sebab tak angkat aku call." Balas Alicia di hujung sana. Terdengar gelak ketawanya di hujung ayat.

"Ishh otak kuning betul kau! Berasmara apa bendanya tengah hari buta ni?" Ketawa Alicia terus-terusan kedengaran di talian membuatkan Erin turut tersenyum. Dia merindukan sahabatnya itu.

"Ermm kau sibuk tak sekarang. Aku ingat nak ajak kau keluar. Itu tujuan aku call kau." Tanya Alicia sebaik berhenti ketawa.

"Alaa aku tengah masak ni untuk makan tengah hari. Kenapa kau tak tanya awal-awal?" Erin mencebik.

"Kau lunch dengan suami kau ke?" Tanya Alicia.

"Tak. Aku seorang jer. Rayyan selalunya lunch di office."

"Kalau macam tu apa kata kalau aku pergi rumah kau? Boleh aku kenal rumah baru kau." Kata Alicia.

"Idea bagus. Kau datang la sini. Nanti aku share location untuk kau." Erin tersenyum mendengar kata-kata Alicia.

"Ok. See you soon!"

Belum pun sempat Erin membalas panggilan sudah diputuskan oleh Alicia. Terkebil-kebil Erin memandang skrin gelap itu. Dia yang call dia juga yang putuskan. Erin menggeleng. Dia terus menghantar location rumah itu kepada Alicia.

Erin bergegas ke dapur. Dia ingin sambung memasak yang tergendala sebentar tadi. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa Alicia. Seingatnya kali terakhir dia bertemu Alicia adalah malam di mana majlis bersanding sebelah lelaki.

Selesai sahaja memasak, Erin terus berlalu ke biliknya. Dia mahu membersihkan diri dan menukar pakaian terlebih dahulu. Selesai kerjanya di atas barulah Erin kembali turun ke bawah dan terus ke dapur.

Apa yang dia masak tadi terus dihidangkan ke atas meja makan. Menu simple. Dia hanya memasak udang masak lemak cili api, ikan siakap masak pedas, ayam goreng berempah dan jus tembikai. Cukup untuk mereka berdua.

Bunyi loceng pintu utama itu melebarkan senyuman Erin. Erin terus berlari menuju ke pintu utama. Tanpa berfikir panjang pintu itu dibuka. Seketika Erin terkaku. Senyumannya mati. Bukan orang yang dia tunggu.

"Awak tak cakap pun yang awak nak balik tengah hari ni?" Tanya Erin dengan wajahnya masih terkejut.

"Suka hati saya la. Ni rumah saya. Perlu ke saya bagitahu awak terlebih dahulu bila saya mahu balik?" Balas Rayyan.

"Kenapa awak tak masuk jer? Perlu ke tekan loceng pintu ni?" Erin berasa bengang. Dia berlari dari dapur ke pintu utama semata-mata ingin membukakan pintu untuk Alicia tetapi yang muncul ialah Rayyan.

"Ehh suka hati saya la. Yang awak nak marah-marah ni kenapa? Awak ada buat apa-apa ke dalam rumah tu?" Rayyan memanjangkan leher melihat ke dalam rumah.

"Mana ada! Saya ingatkan Alicia tadi, rupanya awak." Erin berdecik sebal.

"Awak ajak Alicia datang sini?" Tanya Rayyan.

"Hurmm...dia ajak saya keluar tapi disebabkan saya dah masak tengah hari untuk saya, saya ajak la dia datang sini dari bazirkan apa yang saya masak."

"Kalau macam tu, saya balik lunch office semula la."

"Ehh kenapa pula? Masuk la. Nanti kita lunch sama."

"Nanti Alicia ok ker?"

"Okay jer kot. Kalau tak ok pun semua salah awak. Masuk la dulu. Saya nak tunggu Alicia."

Erin menarik lengan Rayyan supaya masuk ke dalam rumah. Rayyan terus menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan di sofa itu. Erin menggeleng kecil. Kalau tahu dia setuju sahaja keluar dengan Alicia tadi. Biar padan muka Rayyan yang tiba-tiba kacau daun.

Hampir 10 minit menanti, Erin tersenyum melihat Alicia melangkah masuk melalui pintu pagar kecil. Dia berkerut dahi. Punya la pintu pagar besar tu terbuka luas tetapi pagar kecil juga yang Alicia pilih. Habistu apa guna pintu pagar besar tu terbuka luas?

"Arrr rindunya aku dekat kau!" Jerit Alicia.

Tubuh Erin yang berada di pintu utama itu terus dipeluk. Rayyan yang melihat adegan itu hanya mencebik. Itulah perempuan, asal jumpa jer peluk. Asal jumpa jer terjerit-jerit.

"Sampai hati kau! Dah dapat suami terus lupa kawan." Kata-kata itu lebih kepada nada rajuk.

"Ishh mana ada aku lupa kau. Aku cuma sibuk sikit. Tak sempat nak keluar."

"Sibuk apa? Sibuk beras..." Alicia terdiam apabila matanya tertacap pada satu lembaga yang duduk di sofa sambil memandang tajam ke arahnya dan Erin di muka pintu itu.

"Kenapa?" Tanya Erin pelik apabila Alicia tiba-tiba terdiam.

"Sejak bila dia ada kat situ?" Alicia menunjuk ke arah Rayyan yang ada di atas sofa itu.

"Sejak you berdua terjerit-jerit tadi." Jawab Rayyan selamba mengudang jelingan tajam daripada Erin. Erin terlupa akan Rayyan setelah melihat Alicia tadi.

"Weyhh apa ni? Kau cakap kau seorang jer!" Alicia mencemberutkan wajahnya.

"Sorry. Aku pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba balik tengah hari ni. Biasanya mana pernah nampak batang hidung waktu macam ni." Balas Erin bersalah.

Tubuh Alicia ditarik perlahan masuk ke dalam rumah. Setelah itu, Erin menutup pintu. Dia memandang wajah Rayyan yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Lelaki itu betul-betul tidak punya perasaan.

"Jom la makan dulu. Aku masak biasa jer." Ajak Erin.

"Awak jom. Kejap lagi awak nak balik office kan?" Erin memandang Rayyan pula.

Rayyan hanya mengangguk lalu terus bangun dan menuju ke meja makan. Erin dan Alicia mengikut dari belakang. Erin berharap lauk yang dimasaknya cukup la untuk mereka bertiga.

*
* *
* *

Erin menghantar Rayyan sehingga ke kereta. Rayyan akan kembali ke office. Erin tunduk menyalami tangan Rayyan seperti biasa. Setelah itu Rayyan membalas kucupan pada dahi Erin. Alicia yang melihat mengukir senyuman.

Erin melambaikan tangannya apabila kereta Rayyan bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Setelah kereta itu hilang dari pandangan satu keluhan berat dia lepaskan. Entahlah, dia sendiri tidak faham dengan perasaannya sejak kebelakangan ini.

"Wah nampaknya aku boleh dukung baby la ye tak lama lagi?" Alicia tersenyum kambing memandang Erin. Erin mencebik. Langkah kakinya di bawa masuk ke dalam rumah semula.

"Banyak la kau punya baby!" Balas Erin. Dia melabuhkan di sofa berdepan dengan Alicia.

"Salah ke apa yang aku cakap?" Tanya Alicia.

"Salah la!" Erin menghela nafas berat.

"Kau dengan Rayyan macam mana?" Tanya Alicia lagi. Sengaja dia ingin menduga walaupun dia tahu melihat dari riak wajah Erin.

"Macam langit dengan bumi." Jawab Erin malas.

"Kau kalau aku lempang dengan kaki kejap lagi apa pun tak dapat!" Marah Alicia. Orang serius dia main-main pula.

"Jangan la garang sangat. Nanti tak ada siapa yang nak dekat kau." Balas Erin.

"Ada aku kisah? So macam mana kau dengan Rayyan? Dah hampir satu bulan usia perkahwinan kau, takkan masih tak ada perubahan?"

"Hurmm entah la. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana." Sesungguhnya Erin buntu memikirkan soal rumah tangganya.

"Kau tak cuba untuk buat dia jatuh cinta pada kau?" Alicia terus bertanya walaupun Erin hanya acuh tak acuh menjawabnya.

"Macam mana aku nak lakukan semua itu kalau kami hanya bersua muka pada waktu pagi sahaja? Bila malam, dia selalu pulang selepas aku sudah tidur."

Erin tidak berniat mahu menceritakan tentang rumah tangganya tetapi dia ingin meluah apa yang terbuku di hatinya. Walaupun di rumah kerjanya hanya duduk dan goyang kaki, tetapi Erin tetap berasa penat. Penat memikirkan soal rumah tangganya yang entah apa akan jadi.

"Jadi macam mana dengan kau? Kau cintakan Rayyan?" Pertanyaan Alicia itu membuatkan lidah Erin kelu untuk menjawab.

Dia cintakan Rayyan ke? Mungkin juga tetapi Erin sendiri tidak faham dengan perasaannya sejak kebelakangan ini. Yang dia tahu hatinya terasa tenang apabila memandang wajah dingin Rayyan setiap pagi. Apabila seharian langsung tidak mendengar khabar Rayyan, hatinya merasa gelisah. Tertanya-tanya apa yang Rayyan sedang lakukan di pejabat. Adakah itu cinta?

"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Kau juga tahu aku tak pernah bercinta." Jawab Erin setelah diam beberapa minit.

"Well kalau kau selalu ingin bersama dengan dia, bila kau lihat wajah dia kau rasa gembira, bila jauh kau rindu. Itu bermakna kau cintakan Rayyan." Terang Alicia. Erin mencebik tetapi apa yang dikatakan oleh Alicia itu tidak ada salahnya.

"Kau tak payah buat muka macam tu. Lagikan air laut tu pun berubah inikan pula hati manusia. Kau cuba la goda Rayyan tu dengan kecantikan kau."

"Kalau dia tak tergoda macam mana?"

"Sah laki kau tu sebenarnya homo-homo!"

Alicia terus ketawa sebaik menghabiskan ayatnya. Erin yang geram dengan kata-kata Alicia terus membaling kusyen di atas sofa itu tepat mengenai wajah Alicia. Semakin galak Alicia ketawa.

"Terima kasih kerana anda langsung tidak membantu!" Kata Erin geram.

"Sorry. Aku gurau jer." Alicia berdehem kecil.

"Aku tahu kau dan Rayyan kahwin kerana atas dasar keluarga tetapi perkahwinan kau tetap perkahwinan yang sah. Jadi kau cuba la untuk pertahankan rumah tangga kau ni. Aku percaya lama kelamaan mesti ada kasih antara kau dengan Rayyan. Allah telah merancang sebaik-baiknya." Kata Alicia mula serius.

"Tetapi macam mana kalau aku tetap gagal? Aku takut aku kecewa suatu hari nanti." Balas Erin.

Itu yang dia selalu fikirkan. Dari awal Rayyan sudah berpesan padanya supaya jangan pernah jatuh cinta kerana dia akan sakit sendiri. Bagaimana kalau kata-kata Rayyan itu menjadi kenyataan?

"Tolak tepi dulu. Yang penting sekarang, cuba dan perjuangkan. Keputusan kita lihat nanti. Jika berhasil aku tumpang bahagia dan jika gagal, aku akan selalu ada di sisi kau untuk kau bangkit semula."

Erin terdiam mendengar kata-kata Alicia. Ye kenapa dia selalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku di masa depan sebelum dia mencuba terlebih dahulu? Kenapa fikirannya terlalu cetek? Perlahan Erin mengangguk kepala setuju dengan kata-kata Alicia.

Dia sepatutnya cuba terlebih dahulu baru memikirkan tentang jawapan nanti. Jika dia gagal dan rumah tangganya tidak mampu di selamatkan, sekurang-kurangnya dia sudah mencuba untuk mempertahankan. Dia juga tidak akan dipersalahkan nanti.

"Aku sebagai sahabat kau berdoa agar jodoh kau dan Rayyan kuat. Aku tak sabar untuk menunggu saat-saat itu untuk melihat kebahagiaan kau." Kata Alicia bersungguh-sungguh membuatkan mata Erin berasa hangat.

"Thanks Ca. Kau selalu ada dengan aku di waktu susah seperti ini."

Erin terus bergerak lalu memeluk erat tubuh Alicia. Dia bersyukur kerana Allah memberikan seorang sahabat yang cukup memahami.

->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience