BAB 46

Romance Completed 119020

Rayyan memandang Erin yang dari tadi berkepit dengan mummynya. Rayyan memicingkan mata melihat kemanjaan Erin. Dengannya bukan main dingin tetapi dengan mummy berkepit macam anak koala. Siapa suami dia sekarang ni?

"Kita pergi klinik hurmm?" Tanya Puan Rodziah lembut kepada Erin. Wajah menantunya itu betul-betul kelihatan pucat. Erin pantas menggeleng.

"Tak apa la mummy. Erin hanya perlukan rehat. Erin rasa penat sangat." Jawab Erin lemah.

"Apa saja yang Erin buat sampai penat macam ni? Ayyan buli Erin ke?" Tanya Puan Rodziah lagi. Rayyan yang mendengar pantas menggeleng.

"Tak baik mummy tuduh Ayyan macam tu. Mana ada Ayyan buli Erin." Kedengaran rajuk dari nada suara Rayyan. Puan Rodziah menjeling tajam kepada Rayyan.

"Mummy..." Panggil Erin. Dia yang bersandar pada bahu Puan Rodziah terus memeluk lengan wanita itu.

"Ye sayang." Puan Rodziah memandang Erin dengan penuh kasih sayang.

"Erin nak balik rumah mama. Erin tak nak duduk kat sini lagi." Kata Erin. Otak Puan Rodziah pula ligat mencerna kata-kata itu.

"Sayang..." Rayyan mengeluh. Jangan sampai mummynya dapat hidu permasalahan antara mereka.

"Kenapa Erin tak nak duduk sini lagi? Ayyan ada berkasar dengan Erin?" Celah Tan Sri Qhairil. Dia dapat menangkap maksud lain di sebalik kata-kata Erin tadi.

Puan Rodziah dan Tan Sri Qhairil sama-sama menanti jawapan Erin tetapi hanya gelengan kepala yang mereka dapat.

"Erin cuma rindukan mama. Erin nak tinggal dengan mama." Luah Erin sedih.

"Nanti Erin ajak la Ayyan tinggal di sana selama yang Erin mahukan." Pujuk Puan Rodziah. Pelik dia melihat kemanjaan Erin. Sesekali Puan Rodziah menjeling Rayyan. Akan dia tuntut penjelasan dari Rayyan nanti.

"Mummy! Mummy pandai buat mi kari tak?" Erin terus menegakkan tubuhnya. Dia memandang wajah Puan Rodziah.

"Pandai jer. Kenapa?"

Rayyan turut mengerutkan dahi. Tiba-tiba tukar topik tanya hal mi kari pula.

"Boleh mummy masakan untuk Erin? Erin teringin nak makan mi kari. Tadi dah minta dengan abang tapi abang cakap abang tak pandai buat." Pinta Erin.

Rayyan pula tercengang. Bila masa pula isterinya itu minta dia buatkan mi kari untuknya? Ni dah lebih ni! Rayyan berdongkol geram dalam hati.

"Erin nak makan sekarang?" Tanya Puan Rodziah. Teringin? Puan Rodziah mula tersenyum penuh makna. Matanya melirik ke arah Tan Sri Qhairil di mana Tan Sri Qhairil turut tersenyum.

"Kalau tak susahkan mummy." Jawab Erin lembut.

"Okay mummy pergi masak kejap. Erin berehat kat sini ye sementara tunggu mummy memasak?" Erin terus mengangguk.

Puan Rodziah berdiri lalu membantu Erin untuk berbaring di atas sofa panjang itu. Sempat Puan Rodziah memberi isyarat mata kepada Rayyan supaya mengikut langkahnya.

Rayyan redha. Dia sudah dapat bayangkan apa yang bakal mummynya persoalkan nanti. Rayyan menarik nafas dalam. Dia perlu mempersiapkan dirinya. Dia tidak dapat jangka apa yang mummynya akan lakukan nanti.

Sebaik sahaja dia melihat mummy dan daddynya lesap ke dapur, cepat sahaja Rayyan bergerak ke arah Erin. Dia duduk melutut di tepi sofa panjang itu.

"Tak baik tau fitnah abang macam tu? Bila masa sayang minta mi kari dengan abang?" Rayyan mencucuk-cucuk pipi Erin dengan jari telunjuknya.

"Nasib baik fitnah. Kalau fakta? Lagi teruk awak kena." Balas Erin tanpa memandang Rayyan.

"Sampai hati sayang. Abang lebih rela sayang cakap perkara sebenar daripada sayang fitnah abang." Rayyan mencebikan bibirnya.

"Mummy!" Jerit Erin tiba-tiba. Rayyan yang terkejut cepat-cepat menekup mulut Erin.

"Sayang no! Sayang tak kesian ke dekat abang kalau kepala abang tiba-tiba di buat kari oleh mummy?" Rayyan mengeluh.

Erin menepis tangan Rayyan yang menutup mulutnya. Dia hanya menjeling meluat. Rayyan yang geram melihat reaksi Erin itu terus mencium pipi Erin. Pipi itu di gigit lembut. Cepat-cepat tangan Erin bergerak menolak wajah Rayyan.

"Ishh apa ni? Pergi sana la! Jangan ganggu saya!" Erin terus menghalau Rayyan.

"Sayang cintakan abang tak?" Sempat Rayyan mengajukan soalan itu kepada Erin.

"Tak!" Jawab Erin. Sekali lagi Rayyan mengucup pipi Erin.

"Tapi abang cintakan sayang. Love you!" Kata Rayyan lancar tetapi mendapat cebikan dari Erin.

Kali ini bibir Erin pula menjadi sambaran Rayyan. Erin yang geram terus menggigit bibir Rayyan kuat. Jelingan tajam dia berikan pada Rayyan.

"Saya report dekat mummy nanti awak perkosa saya!" Ugut Erin. Dia memandang Rayyan yang menyetuh bibirnya yang dia gigit tadi.

"Report la. Mummy tak dapat buat apa sebab sayang isteri abang yang sah!" Sekali lagi Rayyan mahu mencium Erin tetapi cepat-cepat Erin menghalang.

"Eeee...pergi sana la! Jangan ganggu saya nak rehat." Erin mula mendengus marah.

"Kalau abang tak nak?" Rayyan tersenyum mengejek.

"Saya bagitahu mummy yang awak curang belakang saya!" Kata Erin.

"Okay fine! Abang pergi." Rayyan mengalah.

"Abang pergi tolong mummy kejap. Nanti abang datang balik." Bisik Rayyan. Suka dia dapat mengusik Erin walaupun Erin tidak mahu melayannya.

Erin mengangguk. Tangannya di kibaskan tanda dia menghalau. Rayyan menggeleng kecil lalu beredar dari situ menuju ke dapur.

*
* *
* *

Sebaik kakinya menjejak ruang dapur, Rayyan melihat mummynya sudah siap sediakan bahan untuk memasak mi kari. Rayyan memandang ke arah daddynya yang duduk di meja makan sambil merenungnya. Renungan penuh tanda tanya.

Perlahan Rayyan turut melabuhkan duduk di kerusi meja makan sambil memandang mummynya yang berdiri. Ligat tangan mummynya bergerak mengupas bawang. Rayyan terus menongkat dagu di atas meja.

"Kamu ada masalah dengan Erin?" Tanya Tan Sri Qhairil. Rayyan pantas menggeleng.

"Kalau tak ada kenapa Erin tiba-tiba minta nak balik rumah mama dia? Dia siap cakap tak nak balik rumah ni lagi. Daddy tak rasa dia sebenarnya rindukan mamanya." Lagi-lagi Tan Sri Qhairil bertanya.

"Tak ada apa daddy. Cuma salah faham sikit jer." Jawab Rayyan.

"Sikit kamu kata? Sikit apanya kalau Erin dah beri isyarat dia nak berpisah dengan kamu?" Tegas Puan Rodziah menyoal.

"Bila masa pula Erin cakap dia nak berpisah dengan Ayyan? Dia cuma cakap dia mahu balik rumah mama jer." Rayyan mencebik tidak puas hati. Dia tak suka mendengar kata pisah itu.

"Ayyan Ayyan! Kamu ni kan lembab betul. Jelas-jelas Erin mahu kamu pulangkan dia kepada orang tuanya." Puan Rodziah menggeleng. Kecewa dengan sikap Rayyan yang ambil mudah itu.

"Apa yang kamu buat sampai Erin salah faham? Sejak bila lagi kamu berdua macam ni?" Tanya Tan Sri Qhairil lagi.

"Ayyan tak ada buat apa pun. Baru jer semalam."

"Kamu pasti ke baru semalam? Sebelum ini pun Erin dah nampak tertekan sangat." Kata Puan Rodziah. Rayyan diam tidak mampu membalas.

"Habistu apa yang kamu buat sampai Erin tak sihat macam tu? Kamu berkasar dengan dia? Atau kamu pukul dia?" Sambung Puan Rodziah.

"Ya Allah mummy. Takkan Ayyan nak pukul Erin? Cuma salah faham dan bergaduh. Tiba-tiba Erin pengsan. Lepas tu Ayyan panggilkan doktor. Doktor cakap tekanan darahnya sangat tinggi sebab mungkin dia tertekan."

"Pasti ada sebab besar yang buat kamu berdua bergaduh. Kalau setakat salah faham kecil, tak mungkin Erin tertekan sehingga menjejaskan kesihatan dia. Ceritakan Ayyan atau mummy tuntut jawapan dari Erin." Tegas Puan Rodziah.

Rayyan mengeluh kecil. Kalau dia sembunyikan pun, dia pasti mummynya akan bertanya pada Erin menceritakan hal sebenar. Rayyan fikir lebih baik dia sendiri yang jujur.

Rayyan menceritakan segalanya, macam mana bermula salah faham antara mereka berdua sehingga berlaku pergaduhan semalam. Tan Sri Qhairil dan Puan Rodziah yang mendengar menggeleng kepala. Tidak sangka Rayyan yang di sangkakan bijak itu sebenarnya bodoh dalam menguruskan rumah tangga.

"Habistu kamu dah jelaskan kepada Erin tentang hal sebenar?" Tanya Puan Rodziah yang sudah bergerak berdiri di dapur untuk memasak kuah kari.

"Belum." Jawan Rayyan seraya tunduk memandang meja.

"Habistu bila kamu nak jelaskan? Tunggu lepas Erin minta cerai?" Sinis Puan Rodziah bertanya.

"Rayyan bukan tak nak jelaskan tapi Erin yang tak nak dengar." Rayyan mula penat bersoal jawab dengan mummynya.

"Habistu kamu pun diam jer la?!"

Rayyan tidak menjawab soalan itu. Puan Rodziah faham benar dengan diamnya Rayyan.

"Ayyan Ayyan. Kamu lupa apa yang pernah mummy cakap? Faham Erin ada maksud di sebaliknya. Sabar dia ada tahapnya. Kamu betul-betul tidak kisahkan kalau Erin minta cerai dengan kamu?" Kecewa? Siapa sahaja tak kecewa kalau tahu rumah tangga anak menantu yang selama ini di fikirkan bahagia sebenarnya tidak. Malah sudah hampir roboh.

"Mummy bagi Ayyan satu peluang. Ayyan akan baiki semuanya. Ayyan akan buat Erin tak cakap semua tu. Percayakan Ayyan." Kata Rayyan bersungguh.

"Macam mana mummy nak percayakan kamu? Ini pun kamu tak boleh uruskan." Puan Rodziah menggeleng.

"Betul kata mummy kamu tu. Macam mana kami nak percayakan kamu? Kamu yang mulakan semuanya tetapi kamu juga diam tanpa menyelesaikannya." Celah Tan Sri Qhairil yang dari tadi diam.

"Cuba kamu fikir apa perasaan orang tua Erin kalau dia tahu keadaan anaknya sekarang. Dia beri kepercayaan kepada kamu tapi lihatlah sekarang apa yang kamu buat. Bukan kebahagiaan yang Erin dapat tetapi derita yang kamu berikan." Sambung Tan Sri Qhairil. Rayyan menarik nafas dalam.

"Mummy daddy! Please percayakan Ayyan kali ni. Ayyan akan tebus semuanya. Ayyan akan baiki balik. Ayyan janji Ayyan akan buat Erin bahagia seperti mana Ayyan janjikan dengan kedua orang tuanya."

"Boleh kami percayakan kamu lagi kali ni?" Tanya Puan Rodziah. Yakin Rayyan mengangguk.

"Okay kali ni! Tapi jika hal sama yang terjadi, mummy sendiri akan turun padang. Kamu jangan salahkan mummy nanti kalau Erin pergi tinggalkan kamu!" Tegas Puan Rodziah. Bukan niat dia mahu meruntuhkan rumah tangga anak menantunya, tetapi hanya amaran kepada anaknya supaya tidak mengulanginya. Rayyan pantas mengangguk lagi.

Ariss update dulu oky...masih belum cek kalau2 ada typo >.< ...nanti Ariss cek balik...kalau ada Ariss baiki...Happy Reding<33 Tunggu untuk satu chapter lagi ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience