BAB 25

Romance Completed 119020

"Erin balik dulu mummy. InshaAllah nanti ada masa, Erin dengan abang datang bermalam dekat rumah mummy pula." Kata Erin sambil memeluk erat tubuh Puan Rodziah.

Sekarang dia berada di rumah mentuanya. Dia dan Rayyan sama-sama menghantar Puan Rodziah pulang. Erin tidak boleh singgah terlalu lama kerana sekejap lagi dia ingin singgah di rumah mama dan papanya sebelum Rayyan masuk ke pejabat. Mereka hanya sempat bersarapan bersama-sama di rumah itu sahaja.

"Erin jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa terus bagitahu mummy ok? Kalau ada masalah dengan Ayyan, selesaikan baik-baik. Jangan sampai bergaduh bermasam muka." Pesan Puan Rodziah.

"InshaAllah mummy. Mummy doakan kebahagiaan Erin kekal sampai bila-bila." Entah kenapa Erin berasa sebak saat menuturkan itu. Kebahagiaan?

"Mummy selalu doakan kebahagiaan anak menantu mummy. Mummy harap lepasni ada berita gembira la ye?" Puan Rodziah meleraikan pelukan. Wajah Erin ditatap dengan penuh kasih sayang.

"InshaAllah mummy." Jawab Erin bersama senyuman di bibir.

"Mummy kami gerak dulu. Nanti Ayyan balik lagi sini." Giliran Rayyan pula bersalaman dengan Puan Rodziah.

"Jangan tahu bercakap jer, buktikan! Kesian mummy rindukan menantu kesayangan mummy ni." Balas Puan Rodziah seraya menjeling tajam kepada Rayyan.

"Ye mummy. Ayyan tak sibuk nanti Ayyan balik la."

"Kerja tu sampai bila tak habis Ayyan. Ayyan sepatutnya lebih fokuskan kepada rumah tangga Ayyan yang baru dibina ni, bukan kerja. Mummy rasa tak salah kalau Ayyan ambil cuti buat beberapa hari untuk luangkan masa dengan Erin. Bawa Erin keluar jalan-jalan. Tak ada la Erin bosan duduk rumah tu sorang-sorang." Puan Rodziah mula mahu membebel dengan tingkah laku Rayyan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang cuba disorok oleh anak menantunya.

"Lagipun Ayyan dengan Erin tak pergi honeymoon lagi kan? Apa kata kalau Ayyan ambil cuti dan bawa Erin pergi honeymoon. Luangkan masa bersama Erin. Dengan itu hubungan Rayyan dan Erin mesti jadi lebih kuat." Cadang Puan Rodziah.

"Tak apa la mummy. Erin faham abang sibuk. Lagipun cukup honeymoon dekat rumah. Tidak perlu pergi jauh-jauh." Celah Erin tidak mahu Puan Rodziah terus membebel.

"Ayyan cuba cari masa terluang dan bawa Erin pergi honeymoon nanti. Cuma bukan sekarang." Kata Rayyan pula. Puan Rodziah akhirnya mengangguk.

"Kami pergi dulu mummy." Rayyan terus bergerak memeluk Puan Rodziah. Puan Rodziah mengusap lembut belakang Rayyan.

"Jagalah sebelum hilang. Pertahankan selagi boleh. Sabar Erin, ada tahapnya. Faham dia, ada maksud di sebaliknya. Jangan sampai hilang baru kamu nak menyesal. Ingat pesanan mummy. Kalau Erin pergi suatu hari nanti, jangan cakap kami tak ingatkan." Bisik Puan Rodziah rapat ke telinga Rayyan. Tiba-tiba jantung Rayyan berdegup laju mendengar kata-kata Puan Rodziah.

"Jaga menantu mummy baik-baik. Kalau apa-apa jadi pada Erin, kamu yang mummy pancung dulu Ayyan. Ingat tu! Kalau kamu hilang kepala kamu suatu hari nanti, jangan salahkan mummy." Kata Puan Rodziah seraya meleraikan pelukan pada tubuh Rayyan. Erin yang mendengar kata-kata Puan Rodziah ketawa kecil.

"Ye mummy. Assalamualaikum." Ucap Rayyan.

"Waalaikumsalam." Jawab Puan Rodziah.

Sekali lagi Erin berpelukan bersama Puan Rodziah. Setelah itu, dia terus berjalan lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta di mana Rayyan sudah pun menantikan dirinya. Erin melambai tangan kepada Puan Rodziah. Kereta Rayyan terus bergerak keluar dari perkarangan rumah itu.

"Lepas pergi rumah mama, awak nak balik rumah atau nak ikut saya ke pejabat sekejap?" Tanya Rayyan memecahkan kesunyian.

"Boleh ke?" Tanya Erin semula. Dia terus memandang wajah Rayyan yang sedang fokus memandu.

"Kenapa tak boleh? Awak isteri saya jadi tak siapa yang boleh halang awak untuk ke pejabat tu." Kata Rayyan. Erin tersentak dengan kata isteri yang keluar dari mulut Rayyan.

"Tapi saya hanyalah isteri di atas kertas." Balas Erin. Senyuman kelat terukir di bibirnya.

"Kalaupun begitu, awak tetap seorang isteri. Kita kahwin secara sah!" Tegas Rayyan.

Erin terus membuang pandang ke luar cermin kereta. Tidak dinafikan hatinya tersentuh dengan kata Rayyan itu. Setidaknya Rayyan menganggap dirinya seorang isteri yang sah. Akankah ada sirna baharu tidak lama lagi?

Kereta yang dipandu Rayyan terus membelok ke kiri. Mereka sudah sampai di rumah keluarga Erin. Jarak rumah Puan Rodziah dan Puan Elisya tidaklah jauh sangat. Kalau mereka berulang alik, tidak sampai setengah hari pun.

*
* *
* *

Erin dan Rayyan sama-sama keluar dari perut kereta. Sunyi sahaja rumah itu. Bagi Erin itu perkara biasa. Papanya pasti sudah ke pejabat. Mamanya pula mesti sedang bermanja bersama pokok-pokok bunganya di belakang rumah. Esya sah-sah tiada di rumah apabila garaj kereta itu kosong.

"Assalamualaikum." Ucap Erin memberi salam.

Tanpa menunggu orang dalam menjawab salam, Erin terlebih dahulu membuka pintu utama. Seperti disangkakan, pintu rumah itu tidak berkunci. Erin mengukir senyuman. Dia terus membuka lebar pintu itu lalu melangkah masuk.

"Abang jemput masuk." Ucap Erin lembut.

Rayyan pula mengjungkit kening mendengar panggilan Erin terhadapnya yang tiba-tiba berubah. Tadi bukan main ber saya awak. Sekarang memanggilnya abang pula? Tetapi Rayyan tidak nafikan, dia suka panggilan itu.

"Ahh I mean awak. Jemput masuk awak." Erin tersengih. Rayyan berdecik perlahan apabila Erin kembali memanggilnya awak.

Rayyan terus melangkah masuk. Pintu rumah itu kembali di tutup. Erin mengerutkan dahi. Tidak nampak kelibat sesiapa. Sunyi seolah-olah tiada penghuni.

"Assalamualaikum!" Sekali lagi Erin memberi salam. Kali ini sedikit lantang supaya penghuni rumah itu mendengarnya.

"Waalaikumsalam..." Akhirnya ada suara yang menyambut salam Erin dari dapur membuatkan Erin tersenyum lega. Ada orang.

"Mak Ngah Erin balik!" Jerit Erin kuat. Suaranya memenuhi ruang tamu rumah. Rayyan sudah membesarkan matanya mendengar Erin terjerit-jerit.

"Ya Allah Erin! Kamu rupanya. Kenapa tak cakap nak balik?" Mak Ngah yang keluar dari dapur terus berjalan laju mendapatkan Erin. Terkejut dia dengan kehadiran Erin tiba-tiba di dalam rumah itu.

"Suprise!" Kata Erin ceria sambil mendepakan tangannya.

Mak Ngah terus memeluk erat tubuh Erin. Sungguh dia rindukan suara jeritan anak majikannya yang seorang itu. Mereka tidak mempunyai pertalian darah tetapi Mak Ngah sudah menganggap Erin seperti anaknya sendiri. Dia sudah membesarkan Erin dari kecil.

"Rindunya Mak Ngah dekat kamu. Tiga bulan tak jumpa. Bukan masa yang singkat." Kata Mak Ngah. Dia meleraikan pelukan lalu memegang kedua pipi Erin dan dielus lembut pipi gebu itu.

"Erin pun rindu sangat dekat Mak Ngah. Maaf sebab tak sempat nak balik. Abang sibuk dengan kerja dan Erin tak berani nak memandu sendiri dari rumah abang ke sini. Jauh." Kata Erin.

Erin tersenyum gembira. Rayyan yang melihat senyuman itu terpana. Senyuman kedua yang dia lihat selain daripada Erin tersenyum kepada mummynya. Sebelum ini, Erin juga selalu tersenyum kepadanya tetapi tidaklah setading senyuman yang di ukirkan untuk mummynya dan Mak Ngah.

"Yelah Mak Ngah faham. Ni Erin datang dengan siapa?" Tanya Mak Ngah.

"Semestinya dengan suami Erin. Siapa lagi?" Erin tersenyum sambil menjungkit kening.

"Ya Allah Rayyan pun ada. Maaflah. Gembira sangat jumpa Erin sampai sebesar Rayyan pun Mak Ngah tak perasan." Kata Mak Ngah sebaik sahaja melihat Rayyan yang berdiri di belakang Erin.

"Tak apa Mak Ngah. Mak Ngah sihat?" Tanya Rayyan. Dia bergerak lalu tunduk menyalami tangan Mak Ngah.

"Alhamdulillah. Mak Ngah sihat. Kamu berdua pula?" Tanya Mak Ngah semula.

"Kami sihat sahaja Mak Ngah." Jawab Rayyan.

"Mama mana Mak Ngah?" Tanya Erin apabila masih tidak melihat kelibat Puan Elisya.

"Puan ada dengan pokok-pokok bunganya dekat belakang." Jawab Mak Ngah.

"Papa? Kakak?" Tanya Erin lagi.

"Tuan dah ke pejabat. Esya dari semalam tak pulang. Pagi tadi pun Tuan dah bising apabila kebelakangan ini Esya kerap tidak pulang ke rumah. Entah apa yang dia buat dan berada di mana. Bila ditanya, Esya pasti membentak tidak suka disoal." Jelas Mak Ngah. Erin hanya menggeleng. Dia sendiri tidak faham apa masalah kakaknya.

"Erin nak jumpa mama kejap. Erin singgah sekejap jer ni sebab abang dah nak ke pejabat. Tadi alang-alang hantar mummy pulang, Erin singgah rumah mama kejap." Kata Erin.

"Yelah. Mak Ngah pun nak sambung kerja di dapur tu."

Erin tersenyum lalu terus menuju ke belakang. Rayyan hanya mengikut sahaja langkah Erin tanpa banyak bicara. Mak Ngah pula kembali ke dapur untuk menyelesaikan kerjanya yang tergendala gara-gara mendengar jeritan kepulangan Erin tadi. Lega hatinya melihat senyuman Erin. Terlihat sangat bahagia di matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience