BAB 18

Romance Completed 119020

Erin tersendar dari lenanya apabila bunyi azan subuh berkumandang. Perlahan dia membuka matanya. Kepalanya terasa sedikit pening. Apabila pening itu beransur hilang, Erin terus bangkit dari pembaringan.

Erin keluar dari bilik menuju ke bilik Rayyan. Seperti biasa, dia akan masuk mengejutkan Rayyan. Lelaki itu betul-betul liat untuk bangun pagi. Kalau tidak dikejutkan, mungkin tidak akan bangun.

"Awak good morning. Bangun solat subuh." Kata Erin. Bahu Rayyan disentuh lembut.

"Saya dah bangun. Nak rehat kejap." Balas Rayyan. Erin tersenyum tipis.

"Kalau macam tu, saya keluar dulu. Awak bangun tahu." Rayyan pantas mengangguk.

Erin melangkah keluar dari bilik Rayyan dan kembali ke biliknya. Dia tertanya-tanya pukul berapa Rayyan pulang semalam dan ke mana sebenarnya Rayyan pergi. Setelah siap membersihkan diri, Erin terus menunaikan solat subuh.

Setelah siap menunaikan solat subuh, Erin turun ke bawah untuk menjalankan rutin hariannya. Menyediakan sarapan untuk Rayyan. Pagi itu Erin mengenakan mini dress berwarna merah jambu. Disebabkan semalam tidak sempat menjalankan operasi, jadi dia gantikan pada pagi itu.

"Belum siap?" Sapaan suara dari belakang itu sedikit mengejutkan Erin.

"Sikit lagi." Jawab Erin.

Rayyan terus melabuhkan duduk di atas kerusi. Matanya ralit memerhatikan gerak geri Erin yang sedang menyediakan sarapan. Rayyan tertanya-tanya dari mana Erin mendapatkan baju yang boleh dikatakan cukup menjolok mata.

"Awak jemput makan, dah siap." Kata Erin seraya memberi senyuman manis kepada Rayyan.

Rayyan memalingkan wajahnya ke arah lain lalu berdehem kecil. Terasa malu sendiri. Asyik memerhatikan gerak geri Erin sehingga tidak sedar Erin sudah siap menghidangkan sarapan pagi untuknya.

"Awak..." Erin mencuit-cuit tangan Rayyan. Suka pula dia melihat wajah Rayyan yang tampak kemerah-merahan.

"Ye ye!" Rayyan terus mencapai sudu dan garfu. Jelingan tajam diberikan pada Erin tetapi Erin membalasnya dengan senyuman menggoda.

Erin ketawa jahat di dalam hati. Rayyan kelihatan sangat kekok berada di depannya. Erin terus memerhatikan Rayyan tanpa menyentuh makanannya.

"Kenyang ke tengok muka saya Erin?" Tanya Rayyan. Sebenarnya dadanya terasa sempit dengan renungan Erin itu.

"Tak tapi dengan lihat wajah awak boleh buat dunia saya penuh warna warni." Ting! Erin mengerdipkan sebelah matanya. Rayyan yang melihatkan itu, terus tersedak.

"Takkan sekali kena lempang dengan Esya semalam awak dah gila Erin?" Marah Rayyan sambil menahan pedih di tekak.

"Hei! Jaga mulut tu. Saya lempang awak kejap lagi baru tahu!" Wajah yang manis tadi terus bertukar cemberut. Rayyan mengatanya gila?

"Awak cakap apa Erin? Awak nak lempang saya?" Tajam Rayyan memandang wajah Erin yang berada di depannya.

"Ye! Saya nak lempang awak. Nak bagi pengajaran pada mulut tak ada insurans tu!" Jawab Erin berani.

"Melawan!" Kata Rayyan perlahan.

"Mana ada saya melawan. Awak tu yang tiba-tiba cakap saya gila kenapa? Saya masih waras ok? Contohnya sekarang. Saya tak lempang pun awak sebab saya masih sedar awak suami saya." Balas Erin panjang lebar.

"Dah la Erin. Suka hati awak la. Saya nak makan. Kalau awak tak nak makan pergi main jauh-jauh." Rayyan mengalah. Dia tiada mood untuk berdebat dengan Erin. Rayyan kembali menyambung makan sarapannya.

*
* *
* *

Rayyan yang baru membuka pintu kereta terkejut apabila Erin tiba-tiba bertindak menutup semula pintu kereta. Rayyan menjungkit kening. Rasa sabarnya semakin tipis dengan gelagat Erin.

"Nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Erin. Wajahnya di comelkan.

"Apa dia Erin? Saya nak cepat ni!" Balas Rayyan tegas.

"Mana awak pergi semalam? Pukul berapa awak balik?" Tanya Erin bertalu.

"Awak nak tahu?" Tanya Rayyan semula. Erin pantas mengangguk. Rayyan tunduk sedikit tubuhnya menyamakan ketinggian dia dan Erin.

"None of your business!" Bisik Rayyan tetapi cukup tegas. Seketika Erin terkedu.

"Tapi..." Belum sempat Erin menghabiskan ayatnya, Rayyan terlebih dahulu memotong.

"Tak ada tapi tapi Erin. Awak tahu kan saya tak suka laporkan pergerakan saya pada sesiapa. Tak terkecuali awak. Rasanya awal-awal lagi saya dah bagitahu awak." Kata Rayyan seraya kembali menegakkan kembali tubuhnya.

"Ada apa-apa lagi? Kalau tak saya pergi dulu." Sambung Rayyan semula.

"Awak balik tengah hari nanti?" Tanya Erin perlahan. Sedaya upaya dia menahan supaya tidak terlukis riak kecewa.

"Tengok la macam mana." Jawab Rayyan acuh tak acuh.

Erin tersenyum kelat. Dia terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Rayyan. Rayyan menyambut salam itu dengan membalasnya kucupan di dahi Erin.

"Pipi awak dah ok?" Tanya Rayyan tiba-tiba.

"Dah." Jawab Erin sepatah.

Tangan Rayyan naik memegang dagu Erin sehingga mata Erin bertentangan dengan matanya. Erin terkedu dengan tindakan Rayyan. Erin berasa pipinya berbahang apabila terasa jari Rayyan mengelus lembut pipinya yang ditampar Esya semalam.

"Selagi awak milik saya, saya tak akan benarkan sesiapa sentuh awak. Siapa sahaja yang berani sentuh awak, mereka akan dapat perkara yang sama." Kata Rayyan tegas. Matanya menikam mata Erin.

Erin hanya mengangguk perlahan. Dia rasa dirinya kekurangan oksigen. Pandangan Rayyan itu membuatkan dadanya terasa sempit Erin terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Awak dah lewat. Saya rasa awak patut pergi sekarang." Kata Erin tanpa memandang wajah Rayyan.

"Ok. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Rayyan terus membuka pintu kereta dan meloloskan diri ke dalam kereta.

"Waalaikumsalam." Jawab Erin. Nafas lega dilepas.

Erin melihat kereta Rayyan yang bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Erin pelik dengan sikap Rayyan itu. Sikapnya boleh berubah dalam sekelip mata tetapi dalam masa yang sama, dia bahagia. Bahagia kerana Rayyan tetap mengambil berat tentang dirinya.

*
* *
* *

Erin berlari anak mendapatkan telefonnya yang berada di atas sofa. Dia terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil. Matanya masih fokus pada dinding untuk naik ke atas

"Assalamualaikum Erin." Terdengar suara Puan Rodziah di sebelah sana memberi salam.

"Waalaikumsalam mummy." Jawab Erin ceria apabila mengecam suara itu.

"Amboi happynya menantu mummy. Ada berita gembira ke?" Usik Puan Rodziah bersama tawa kecil di hujung ayatnya.

"Ishh mummy ni. Mana ada." Jawab Erin.

"Sampai hati Erin. Dapat Ayyan terus lupa mummy ye?" Usik Puan Rodziah lagi dengan membuat suara sedih.

"Mana ada Erin lupa mummy. Erin cuma sedikit sibuk." Erin tersenyum kecil mendengar nada rajuk Puan Rodziah itu.

Dinding itu masih menjadi tatapannya. Di dinding itu, dia menggantungkan gambar perkahwinannya. Dari gambar ijab qabul sehinggalah persandingan di sebelah keluarga mentuanya. Sengaja dia gantungkan gambar itu itu di dinding tangga supaya setiap kali naik turun tangga, matanya dapat melihat gambar-gambar itu.

Kalau ikutkan rumah Rayyan itu sudah hampir 99% bertukar dari mula-mula dia menjejakkan kaki satu bulan lalu. Langsir yang berwarna putih dulu sudah dia tukarkan kepada color merah. Kelihatan lebih cantik rumah itu dihiasi warna merah putih. Itulah kerjanya sehari-hari. Menyibukkan diri dengan menghias rumah.

"Erin dengar tak apa mummy tanya?" Soalan dari Puan Rodziah itu membuatkan Erin terkejut.

"Apa dia mummy? Maaf. Termengelamun pula." Erin tersenyum semdiri.

"Mummy tanya, Erin dengan Ayyan macam mana? Ayyan ada berkasar dengan Erin?"

"Erin dengan abang ok jer mummy. Alhamdulillah abang layan Erin dengan baik. Tidak sedikit pun berkasar dengan Erin." Jawab Erin jujur. Lidahnya sedikit pelat menyebut perkataan abang. Terpaksa! Jika menyebut suaminya nama, bukankah terdengar sedikit tidak sopan?

"Ye? Kalau Ayyan ada buli Erin, bagitahu mummy tahu? Tahu la mummy nak ajar si Ayyan tu." Erin ketawa kecil mendengar bebelan Puan Rodziah.

"Mummy bila nak datang sini? Rindu nak jumpa mummy." Kata Erin cuba mengalih topik dari berbual tentang Rayyan.

"InshaAllah nanti daddy ada masa, mummy pergi melawat menantu mummy ni." Sahut Puan Rodziah.

"Tak sabar nak jumpa mummy. Erin nak pergi tapi maklumlah, rumah abang sedikit jauh dari rumah mummy, Erin tak berani nak drive sendiri."

"Kenapa Erin tak ajak Ayyan jer?"

"Abang tu tak kalah dengan daddy. Kerja memanjang."

Puan Rodziah ketawa mendengar celoteh Erin. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Betul apa yang Erin katakan. Suami mereka sibuk dengan kerja. Kalau boleh ingin dilupakannya isteri di rumah.

"Ok la. Mummy nak masak tengah hari." Kata Puan Rodziah.

"Ok mummy. Jumpa nanti." Balas Erin.

"Ye. Jaga diri elok-elok dekat rumah tu. Jangan lupa kunci pintu. Assalamualaikum."

"Ok mummy. Waalaikumsalam." Erin tersenyum tipis.

NEXT ->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience