BAB 30

Romance Completed 119020

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Erin sudah mengalah. Dia lelah. Dia tahu Rayyan tak akan muncul di rumah itu. Erin menarik nafas dalam dan menahannya buat beberapa saat. Setelah itu dihembus perlahan. Dadanya terasa seperti ditindih sesuatu yang berat. Sesak dan sakit.

"Dah call Ayyan?" Tanya Puan Rodziah kepada Raiq.

"Dah banyak kali call tapi Ayyan langsung tak jawab." Jawab Raiq.

"Ke mana la budak tu pergi? Bukan ke Erin cakap dia dah bagitahu Ayyan untuk datang ke sini?" Bebel Puan Rodziah.

Raiq memandang sayu belakang tubuh Erin yang sedang duduk bersila di depan pintu utama. Dari petang tadi gadis itu duduk di situ menanti Rayyan. Sekali lagi Raiq cuba dail nombor Rayyan, tetapi sama sahaja. Panggilannya berakhir ke mel suara.

Erin bangun berdiri. Air mata yang ingin mengalir keluar ditahan. Dia tidak mahu menangis di depan mentuanya itu. Tidak mahu kelihatan lemah. Erin terus mengukir senyuman sebelum berjalan masuk ke dalam rumah. Pandangan Puan Rodziah, Tan Sri Qhairil dan Raiq terhadapnya tidak diendahkan.

"Mummy..." Panggil Erin perlahan.

"Erin ok tak ni? Kenapa pucat sangat ni?" Tanya Puan Rodziah. Pipi Erin disentuh lembut.

"Erin ok. Erin minta maaf atas apa terjadi sekarang. Boleh tak kalau Erin bercakap dengan mummy kemudian? Erin rasa penat sangat-sangat sekarang." Kata Erin lemah.

"Kalau macam tu, pergi la naik berehat dekat atas. Jangan fikirkan lagi tentang Ayyan." Celah Tan Sri Qhairil.

"Tak apa daddy. Erin mesti balik rumah sekarang." Balas Erin.

"Kalau macam tu, biar along hantarkan Erin balik." Pelawa Raiq. Erin pantas menggeleng.

"Terima kasih along tapi Erin boleh balik sendiri. Erin dah panggil teksi ke sini." Tolak Erin lembut. Saat itu juga teksi yang dikatakan sampai.

"No! Mummy tak benarkan. Kalau Erin nak balik juga, biar Raiq yang hantarkan. Kalau tak, bermalam sahaja dekat sini." Bantah Puan Rodziah tegas. Risau dia mahu membenarkan Erin untuk pulang dengan teksi. Apatah lagi Erin kelihatan lemah dan hari semakin lewat.

Erin tersenyum. Perlahan dia mendekati Puan Rodziah. Tubuh Puan Rodziah dipeluk erat. Jujur Erin ingin katakan, dia berasa sungguh penat ketika itu. Dia berasa ingin menangis tetapi keadaan tidak membenarkan dia berbuat begitu. Hampir dua minit memeluk tubuh Puan Rodziah, Erin meleraikan pelukan itu.

"Mummy maafkan Erin sebab dah kecewakan mummy. Erin balik dulu." Erin tunduk menyalami tangan Puan Rodziah.

Senyuman pahit dia ukirkan untuk Tan Sri Qhairil dan Raiq. Setelah itu, Erin mencapai beg tangannya lalu berlari keluar dari rumah mendapatkan teksi yang sedang menantinya. Tiga pasang mata hanya memandang teksi yang mula bergerak meninggalkan rumah itu tanpa sepatah kata.

Puan Rodziah berasa sungguh kecewa ketika itu. Tidak sangka rancangannya dan Erin berakhir seperti itu. Keadaan berlaku di luar jangkaannya. Nasib baiklah mereka tidak menjemput keluarga Erin, kalau tidak? Pasti keluarga Erin lebih kecewa dengan apa yang terjadi.

Raiq melirik ke arah beg kertas yang berada di atas sofa. Beg yang mengandungi hadiah birthday Rayyan yang dibeli oleh Erin tengah hari tadi. Mungkin Erin terlupa untuk mengambilnya tadi. Tiba-tiba Raiq terfikir untuk pulangkan beg itu kepada Erin.

"Mummy, daddy Raiq keluar sekejap." Kata Raiq lalu mencapai beg kertas itu.

"Kamu nak pergi mana?" Tanya Tan Sri Qhairil.

"Erin tertinggal ni. Raiq nak pulangkan pada Erin." Jawab Raiq sambil menunjukkan beg kertas di tangannya.

"Yelah. Jangan pulang lewat sangat. Call mummy kalau Erin sampai kat rumah Ayyan."

Raiq mengangguk. Dia tunduk menyalami tangan Puan Rodziah dan Tan Sri Qhairil. Setelah itu, dia berlari mendapatkan keretanya. Puan Rodziah dan Tan Sri Qhairil memandang kereta Raiq yang keluar melepasi pagar rumah.

"Bang...macam mana kalau sesuatu terjadi pada Erin bang? Saya tak pernah tengok dia selemah itu." Kata Puan Rodziah risau.

"Dah la. Awak tak payah fikir bukan-bukan. Kita doa jer semoga menantu kita tu selamat sampai di rumah. Esok kita pergi berurusan dengan Ayyan." Jawab Tan Sri Qhairil. Bahu isterinya diusap lembut. Dia juga turut risaukan keadaan Erin.

*
* *
* *

Dari rumah Puan Rodziah ke rumah Rayyan mengambil masa satu jam untuk sampai, Raiq membelok masuk ke kiri apabila sampai di rumah Rayyan. Rayyan yang kebetulan turut baru sampai di rumah, terkejut dengan kehadiran Raiq yang tiba-tiba. Rayyan hanya berdiri bersandar pada kereta menunggu abangnya mendekati dirinya.

"Rayyan Qhai Tan Sri Qhairil! Ayyan dari mana hah sampai semua orang call tak jawab?!" Tanya Raiq terus tanpa memberi salam. Rayyan mendengus sebal.

"Bukan masalah kau dari mana aku." Jawab Rayyan kasar.

"Yes memang bukan masalah abang tapi masalah Erin. Ayyan tahu tak dari tengah hari tadi Erin tunggu Ayyan dekat rumah mummy?" Raiq memandang tajam wajah Rayyan yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah itu.

"Ceh! Kau bergurau bang? Tunggu aku dekat rumah mummy konon. Bukan ke Erin bersama dengan kau tengah hari tadi di Pavilion. Bukan main bergelak ketawa." Sinis Rayyan menjawab.

"Apa maksud Ayyan abang dengan Erin dekat Pavilion?" Tanya Raiq kurang faham.

"Dah la! Kau tak payah buat-buat bodoh la bang. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau sibuk berdating dengan Erin dekat Pavilion tadi."

Raiq berdecik marah. Rambutnya yang jatuh ke dahi diraup ke belakang. Nafas dalam di tarik mengumpul rasa sabar. Nampaknya Rayyan telah salah faham dengan apa yang dia lihat. Itu ke sebab Rayyan tidak muncul di rumah mummy mereka?

"Ayyan, Ayyan ingat tak hari ni hari apa?" Kali ini, Raiq sedikit berlembut. Malas berdebat dengan Rayyan yang memangnya ego menggunung.

"Lah asal kau tiba-tiba tanya hari ni hari apa pula?" Rayyan menjungkit kening. Raiq menggeleng. Jelas Rayyan tidak tahu apa-apa.

"Ayyan lupa hari ni hari ulang tahun Ayyan?" Tanya Raiq lagi.

Rayyan terdiam. Betul ke? Dia sendiri tidak tahu bila ulang tahunnya. Dia tidak pernah mengambil tahu. Baginya bukan penting. Raiq mengeluh melihat reaksi Rayyan.

"Ayyan tahu tak Erin rancang untuk buat kejutan ulang tahun kelahiran Ayyan dekat rumah mummy? Erin dah siapkan semua dekat rumah mummy. Apa yang Ayyan nampak di Pavilion itu salah faham. Abang bukan keluar berdating dengan Erin tapi abang teman Erin untuk pergi cari hadiah untuk Ayyan. Erin cakap dia lupa belikan hadiah untuk Ayyan." Jelas Raiq panjang lebar. Rayyan terdiam mendengarkan itu.

"Erin sanggup duduk bersila di depan pintu utama rumah mummy selama lima jam untuk tunggu Ayyan. Erin sanggup tidak menjamah apa-apa makanan sebab mahu makan bersama Ayyan. Tapi mana Ayyan? Ayyan langsung tak datang. Kami call, Ayyan tak jawab. Ayyan boleh bayangkan tak betapa kecewanya Erin sekarang?" Sambung Raiq. Tiba-tiba Rayyan rasa bersalah. Benarkah Erin lakukan semua itu untuk dirinya?

"Boleh Ayyan tahu, Erin dekat rumah mummy lagi ke sekarang?" Tanya Rayyan perlahan. Berharap Erin masih menantikan kehadirannya.

"Ayyan terlambat. Erin dah pergi dengan teksi sebelum abang ke sini. Erin cakap dia nak balik rumah, tetapi nampaknya Erin tak sampai ke rumah ni." Jawab Raiq. Rayyan berdecik.

Pantas Rayyan mengeluarkan telefonnya. Dia mencari nombor Erin. Terlihat ada 50 panggilan terlepas daripada Erin. Sememangnya Rayyan sengaja menukar telefonnya kepada mood silent. Rayyan berpaling membelakangi Raiq. Dia cuba mendail nombor Erin tetapi panggilan itu langsung tidak bersambung. Erin telah mematikan telefonnya.

"Erin ada cakap tak dia nak balik rumah mana?" Tanya Rayyan resah. Raiq menggeleng.

Rayyan menyerabutkan rambutnya. Kepalanya digaru sambil sebelah tangan bercekak pinggang. Ke mana Erin pergi waktu-waktu seperti itu? Malam semakin larut. Tak akan Erin pulang ke rumah keluarganya? Rayyan buntu. Dia tidak dapat memikirkan ke mana Erin pergi.

"Abang balik dulu. Abang tak nak masuk campur. Pandai la Ayyan tanggung jika sesuatu terjadi pada Erin. Jangan sampai mummy sendiri yang turun padang." Kata Raiq. Kedua tangannya diangkat tanda dia tidak mahu masuk campur.

Raiq menepuk bahu Rayyan sebelum beredar dari situ. Rayyan melepaskan keluhan berat. Selepas beberapa minit, Rayyan melihat Raiq kembali melangkah mendekatinya sambil membawa beg kertas di tangan. Berkerut dahi Rayyan memandang beg itu.

"Nah! Abang hampir lupa. Ni hadiah yang Erin belikan untuk Ayyan tengah hari tadi. Erin lupa untuk mengambilnya." Kata Raiq seraya menghulurkan beg kertas itu kepada Rayyan. Rayyan hanya menyambut huluran itu tanpa sepatah kata.

Raiq tersenyum tipis. Setelah itu dia kembali beredar. Rayyan memandang kosong langkah Raiq yang semakin menjauh sebelum hilang di sebalik pintu pagar kecil. Rayyan terus menyandarkan tubuhnya pada kereta. Matanya di pejam rapat. Otaknya ligat memikirkan di mana harus dia pergi mencari Erin. Jam sudah pukul 11 malam.

Satu bab dulu ok? Ariss baru perasan chapter seterusnya ada tersilap dekat beberapa part >.< Happy Reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience