BAB 50

Romance Completed 119020

Setelah satu malam bermalam di hospital, Erin akhirnya dibenarkan balik. Tetapi entah kenapa dia berasa tidak ada semangat untuk pulang. Sepanjang perjalanan pulang, jantungnya berdegup laju. Terasa seram sejuk.

"Awak pasti ke kakak baik-baik saja?" Tanya Erin apabila mereka berdua sampai di depan rumah Puan Elisya.

"Abang pasti. Kalau apa-apa berlaku pada Esya mesti mama dan papa dah bagitahu kita." Jawab Rayyan lembut. Erin mengangguk mengiyakan kata-kata Rayyan itu.

"Tapi dari tadi saya asyik rasa berdebar." Luah Erin.

"Mungkin perasaan sayang jer kot." Balas Rayyan. Tetapi tidak dinafikan, dia juga dari tadi berasa berdebar-debar.

"Mungkin..." Erin menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Dah jom la kita masuk." Ajak Rayyan. Pintu kereta sebelahnya terus dibuka.

"Tapi sebelum tu, mama tahu yang saya mengandung?" Tanya Erin.

"Tak. Abang tak bagitahu siapa-siapa pun." Jawab Rayyan. Erin hanya mengangguk.

"Bila sayang nak bagitahu semua?" Tanya Rayyan pula.

"Mungkin lepas selesai masalah kakak." Jawab Erin. Rayyan terus mengangguk menurut.

Mereka berdua terus melangkah keluar dari perut kereta. Erin berharap itu benar-benar hanya perasaannya saja. Dia berharap tiada apa yang berlaku.

"Assalamualaikum." Ucap Erin sebaik kaki kanannya masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam." Terdengar suara Tuan Zakri menjawab salam. Erin melihat mama dan papanya duduk berdua di ruang tamu itu.

"Kami dah balik..." Kata Erin lagi.

"Baguslah kamu berdua dah balik. Kami memang tunggu kamu pun." Balas Puan Elisya pula. Erin dan Rayyan sama-sama berkerut dahi mendengar suara dingin Puan Elisya.

"Sini duduk Erin, Ayyan. Ada benda kami nak tanya dan bincang dengan kamu berdua." Kata Puan Elisya lagi.

Erin terus memandang Rayyan dibelakangnya. Rayyan hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Perlahan mereka berdua berjalan ke arah sofa yang bertentangan dengan Puan Elisya dan Tuan Zakri.

"Kenapa mummy? Apa yang mummy nak bincangkan dengan kami?" Tanya Erin sebaik melabuhkan punggung.

"Sejak bila?" Tanya Tuan Zakri.

"Apa yang sejak bila papa?" Tanya Rayyan semula tidak faham dengan soalan Tuan Zakri.

"Sya..." Mendengarkan itu, Puan Elisya terus meletakkan beberapa keping gambar ke atas meja kopi di depan mereka.

"Mama jumpa gambar tu sewaktu kemas bilik Esya." Kata Puan Elisya.

Terketar-ketar tangan Erin mengambil gambar yang diletakkan Puan Elisya itu. Sebaik sahaja matanya melihat gambar itu, terus membulat cantik. Gambar Rayyan dengan seorang perempuan!

Rayyan pula merampas gambar-gambar itu dari tangan Erin. Dia juga turut terkejut sebaik melihat gambarnya dengan seorang perempuan.

"Erin dah tahu pasal ni." Kata Erin tenang.

"Kalau kamu dah tahu, apa yang kamu buat? Diam dan butakan mata sahaja? Sedangkan jelas-jelas Ayyan ada perempuan lain di belakang kamu." Kata Puan Elisya.

"Mama, Ayyan dengan perempuan tu hanya kawan. Tak lebih pun dari tu." Celah Rayyan.

"Kawan? Kawan apa kalau dah bermesra macam tu?" Sinis Tuan Zakri menyoal.

"Sumpah papa. Ayyan dengan perempuan tu betul-betul kawan. Kalau papa dan mama tak percaya, Ayyan boleh panggil perempuan tu ke sini." Jelas Rayyan.

"Ayyan bukan ke mama dah cakap kalau Ayyan bosan dengan anak mama suatu hari nanti, pulangkan dia dengan cara baik kepada kami. Selagi kami ada, kami akan jagakan dia." Kata Puan Elisya mengingatkan semula kata-katanya suatu ketika dulu.

"Mummy..."

"Dah la Erin. Kamu tak perlu cakap apa-apa lagi. Dari dulu kami tahu kamu berdua hanya berlakon. Tapi kami diam sebab nak bagi kamu berdua peluang. Kalau dah macam ni gayanya, untuk apa lagi kamu pertahankan? Untuk terus saling menyakiti?" Potong Puan Elisya. Erin menggigit bibir.

"Apa bukti mama untuk cakap yang kami hanya berlakon?!" Suara Erin sedikit meninggi.

"Sayang..." Rayyan menggenggam tangan Erin. Kepalanya digeleng.

"Bukti apa lagi yang kamu mahu Erin? Dalam gambar tu jelas-jelas Rayyan dengan perempuan lain. Kalau kamu berdua tak berlakon, apa pula bukti yang kamu mahu tunjukkan?" Tegas Tuan Zakri.

Seketika Erin terdiam. Apa yang dikatakan Puan Elisya dan Tuan Zakri itu adalah benar. Mereka berdua berlakon. Jadi, bukti apa yang boleh dia tunjukkan pada kedua orang tuanya bahawa hubungan dia dan Rayyan adalah bukan lakonan?

"Mama, papa Ayyan..."

"Erin mengandung." Kata Erin datar memotong percakapan Rayyan. Rayyan pula terkejut. Terus dia memandang Erin dengan rasa tidak percaya.

"Ap...apa yang kamu cakap tadi Erin?" Tanya Puan Elisya semula. Tubuhnya terus tegak.

"Dua minggu. Erin mengandung dua minggu. Cukup bukti yang mama dan papa inginkan bahawa hubungan kami bukan lakonan semata-mata?" Ulang Erin sekali lagi. Sama seperti tadi, datar suaranya.

"Ya Allah! Abang..." Puan Elisya memandang Tuan Zakri.

"Kalau dah tak ada apa-apa lagi, kami naik bilik dulu. Erin penat nak rehat." Erin pantas bangun berdiri lalu beredar dari ruang tamu itu. Puan Elisya dan Tuan Zakri terdiam.

"Mama papa maafkan Ayyan. Tetapi percayalah, Ayyan tak pernah curang dengan Erin. Perempuan tu hanya sebatas kawan. Seperti yang Ayyan cakapkan, kalau mama dan papa masih juga tak percaya, Ayyan boleh bawa perempuan tu jumpa mama dan papa. Erin satu-satunya isteri Ayyan." Kata Rayyan. Dia turut bangkit berdiri.

"Sekali lagi Ayyan minta maaf atas apa yang terjadi sekarang." Kata Rayyan lagi memohon maaf.

Setelah itu, Rayyan turut mengejar langkah Erin yang sudah memanjat anak tangga. Puan Elisya dan Tuan Zakri tidak mampu berkata lagi. Timbul rasa bersalah kerana sudah lancang berbicara. Mereka cakap ingin berbincang tetapi mereka lebih menyalahkan Rayyan. Sudah pasti perasaan menantunya itu terguris.

*
* *
* *

Erin dan Rayyan sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik. Erin terus melabuhkan duduk dibirai katil. Manakala tubuh Rayyan melorot jatuh ke atas lantai sebaik pintu bilik ditutup dan dikunci. Erin mengeluh berat.

"Awak..." Panggil Erin. Tetapi tidak ada sahutan daripada Rayyan.

Suasana sepi tiba-tiba diisi dengan bunyi esakkan kecil dari Rayyan. Erin memandang Rayyan kosong. Ahh Rayyan sudah pasti terasa hati dengan kata-kata mama dan papanya sekejap tadi.

Entah kenapa Erin berasa marah dengan mama dan papanya. Kata ingin berbincang, tetapi cara percakapan lebih kepada menyalahkan mereka. Bukan ke mama dan papanya sepatutnya sedar apa yang terjadi itu juga disebabkan keputusan mereka sebagai orang tua?

"Awak..." Sekali lagi Erin memanggil Rayyan. Kali ini Rayyan mengangguk tanpa mengangkat wajahnya. Sekali lagi Erin mengeluh.

Perlahan Erin bangun lalu berjalan ke arah Rayyan yang duduk memeluk lutut sambil menyebamkan wajahnya di antara dua lutut itu. Erin menjatuhkan kedua lututnya menyetuh permukaan lantai. Tangannya naik menyentuh lengan Rayyan.

"Kenapa ni hurmm?" Tanya Erin lembut. Rayyan menggeleng.

"Saya minta maaf bagi pihak mama dan papa." Kata Erin lagi. Lengan Rayyan diusap lembut.

"Mama papa tak salah. Saya yang salah. Kalau saya tak rahsiakan benda tu, pasti semua ni tak akan jadi." Balas Rayyan.

"Manusia. Memang tak lari dari buat kesalahan. Jadi awak tak perlu rasa bersalah. Kita sama-sama salah dalam hal ni." Rayyan panggung kepala memandang Erin yang melutut di depannya. Bagaimana Erin boleh mengatakan mereka sama-sama bersalah sedangkan dialah puncanya?

"Nak peluk?" Tanya Erin. Satu senyuman tipis dia ukirkan untuk Rayyan. Rayyan pantas mengangguk.

Erin terus mendepakan tangannya. Rayyan pula terus memeluk erat tubuh Erin. Dapat Erin rasakan degupan jantung Rayyan yang laju. Desahan nafas lelaki itu juga jelas di pendengarannya.

"Sayang, terima kasih sebab pertahankan abang depan mama dan papa. Abang minta maaf dengan apa yang terjadi. Nampaknya abang betul-betul gagal untuk jadi suami seperti yang sayang impikan. Abang tak mampu bahagiakan sayang. Malah abang hancurkan semuanya dengan ego abang. Maafkan abang." Kata Rayyan panjang lebar. Nafasnya ditarik dalam.

"Sekarang kalau sayang mahu cari kebahagiaan sayang, abang tak akan halang. Kalau sayang nak berpisah, abang akan tunaikan tetapi dengan syarat selepas sayang bersalin. Selama sayang mengandung, abang janji abang akan jaga sayang." Sambung Rayyan. Air matanya kembali mengalir. Pelukan pada tubuh Erin diketatkan.

"Abang minta maaf..." Esakan Rayyan kembali terdengar.

"Awak..." Panggil Erin. Rayyan pantas mengangguk.

"Macam mana awak boleh tahu yang saya tak bahagia dengan awak? Kalau saya tak bahagia, sudah lama saya mahu berpisah dengan awak. Tetapi lihatlah, sampai hari ni saya masih bertahan sebab saya selesa berada di sisi awak. Setiap kali saya berada dekat dengan awak, saya rasa tenang. Setiap kali saya berada dalam pelukan awak, semua rasa risau saya hilang." Kata Erin pula. Perlahan Erin menolak tubuh Rayyan untuk meleraikan pelukan itu.

"Awak cintakan saya kan?" Tanya Erin. Matanya menatap ke dalam anak mata Rayyan. Rayyan pantas mengangguk.

"Abang terlalu cintakan sayang." Jawab Rayyan sebak.

"Kalau awak cintakan saya, boleh awak berhenti menangis sekarang. Saya tak suka tengok awak nangis. Awak buat saya nampak jahat." Rayyan ketawa kecil mendengar ayat itu. Kepalanya diangguk. Air matanya diseka dengan jari sendiri.

"Awak..." Panggil Erin semula. Tangan Rayyan ditarik lalu digenggam erat.

"Kita mulakan semula? Kita mulakan seolah kita baru sahaja diijabkabulkan." Rayyan terkesima mendengarkan itu. Dia memandang anak mata Erin mencari keikhlasan.

"Saya...saya sebenarnya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. Saya tak nak berpisah dengan awak. Apa yang saya cakap sebelum ini adalah tipu. Saya hanya kecewa dengan keadaan." Kata Erin lagi. Tenang. Dia cukup berasa tenang ketika itu.

"Jadi boleh kita mulakan semula? Kita sama-sama baiki kesalahan kita dan kita sama-sama pertahankan rumah tangga kita demi malaikat kecil kita sekarang." Erin memandang Rayyan. Lelaki itu terus diam.

"Kalau awak tak sudi tak apa..." Erin kecewa apabila tiada balasan dari Rayyan.

Rayyan kembali menarik tubuh Erin ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Tangannya mengusap kepala Erin.

"Abang lebih daripada sudi sayang. Terima kasih sebab cintakan abang. Abang janji, abang akan simpan cinta sayang itu sampai bila-bila. Terima kasih sebab mahu terus bersama abang. Terima kasih sebab ingin pertahankan rumah kita sekarang. Terima kasih untuk segalanya sayang." Jawab Rayyan. Erin tersenyum manis.

"I love you..." Bisik Erin.

"I love you more..." Balas Rayyan.

Erin menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Selesai. Semuanya selesai antara dia dan Rayyan. Erin mengucap syukur atas nikmat yang Allah berikan kepadanya ketika itu. Berkat rasa sabarnya.

"Awak pergilah tidur. Saya tahu awak tak tidur semalam sebab jaga saya." Kata Erin.

"Sayang teman abang tidur boleh?"

"Saya nak pergi tengok kakak kat bilik kejap. Awak tidur dulu. Nanti lepas balik dari bilik kakak, saya teman awak tidur."

Erin meleraikan pelukan mereka. Dia terus bangun berdiri. Tangan Rayyan ditarik supaya lelaki itu turut berdiri. Perlahan dia memimpin tangan Rayyan ke arah katil.

"Tidur dulu ok? Kejap lagi saya datang balik." Kata Erin. Rayyan menurut. Tubuhnya direbahkan ke atas katil.

"Sayang hati-hati ok? Kalau ada apa-apa, terus panggil abang." Pesan Rayyan. Erin pula mengangguk.

"Sayang, terima kasih..." Ucap Rayyan.

"Tidurlah. Awak tak perlu berterima kasih kepada saya." Erin mengusap rambut lebat Rayyan. Rayyan menghembus nafas lega. Matanya dipejam rapat.

Erin tersenyum tipis. Dia terus keluar dari biliknya menuju ke bilik Esya. Walaupun Rayyan mengatakan Esya baik-baik sahaja tetapi dia tetap mahu lihat dengan mata kepalanya sendiri.

Good Morning >.<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience