BAB 23

Romance Completed 119020

Erin mencapai telefonnya yang berada di atas meja sisi katil. Erin melihat nama Alicia tetera di skrin telefonnya. Tidak lain tidak bukan, pasti ingin bertanya tentang plan dirancang semalam.

"Waalaikumsalam." Kata Erin memulakan bicara sebaik sahaja menjawab panggilan itu.

"Aku belum sempat bagi salam kau dah jawab salam eh?" Balas Alicia di hujung sana.

"Sama jer tu. Kau tetap akan bagi salam." Cebik Erin. Terkekeh-kekeh Alicia ketawa.

"Jadi macam mana dengan plan semalam? Ok?" Tanya Alicia teruja atau lebih tepat dia ingin menyibuk!

"Kau tanya aku ok? Ok apa bendanya? KO!" Jawab Erin bengang.

"Macam mana boleh KO? Takkan mummy kau tak jadi tidur rumah kau?"

"Bukan sebab mummy tak jadi tidur sini tapi aku period. Aku lupa hari ni dah masuk 20 hari bulan. Hari yang aku sambut tetamu dari Jepun!"

Alicia yang mendengar terus ketawa terbahak-bahak. Erin pula yang mendengus sebal. Tidak guna punya kawan. Tahukah Alicia bahawa dia separuh mati menahan malu? Sewaktu Rayyan ingin ke pejabat tadi pun dia langsung tidak bersua muka.

"Gelak la gelak. Gelak sampai keluar anak tekak tu!" Kata Erin meluah rasa sebalnya.

"Alaa sorry la. Aku tak tahu pula akan jadi macam ni, kalau aku tahu memang tak la aku nak bagi cadangan ni pada kau." Alicia berhenti ketawa. Suaranya dilunakkan bagi membeli semula jiwa sahabatnya itu.

"Dah la! Idea kau semua tak boleh di pakai guna."

"Siapa kata? Baru permulaan sayang. Kau masih ada masa. Lepas habis period kau nanti, kau cuba la jalankan misi ni." Alicia tetap mengekalkan cadangannya. Dia percaya hanya dengan Erin mengandung sahaja akan dapat mengikat Rayyan.

"Macam mana? Bila daddy dah balik nanti, mesti mummy akan balik rumah sana dan aku sah-sah di halau balik ke bilik aku." Erin memicit kepalanya.

"Hurmm...nanti aku fikir macam mana nak buat supaya kau tak akan di halau keluar dari bilik itu." Kata Alicia. Erin akhirnya mengangguk pasrah.

"By the way, kita akan ada majlis konvokesyen nanti. Kau akan ikut kan?" Tanya Alicia teruja sekali gus menukar topik perbualan mereka berdua.

"Bila?"

"Next month. Kau wajib ikut nanti."

"Aku tak janji, aku perlu minta izin Rayyan dulu. Kalau dia benarkan, aku ikut."

"Yelah! Lupa orang dah bersuami. Aku ni entah bila dapat suami."

"Dah kau yang jual mahal. Macam mana nak dapat suami?" Erin menggeleng kepala.

"Aku bukan jual mahal tapi jodoh belum sampai." Erin mencebik mendengar kata-kata Alicia itu.

"Yelah. Jodoh belum sampai..." Alicia di hujung sana ketawa kecil apabila Erin mengalah.

Bukan dia tidak kenal dengan perangai sahabatnya yang seorang ini, bila ada lelaki yang cuba dekatinya pasti ditolak mentah-mentah. Ada sahaja yang dikatakan. Lelaki itu kelihatan seperti buaya darat la, samseng jalanan la. Erin tidak tahu macam mana sebenarnya yang Alicia inginkan.

*
* *
* *

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul 5 petang Rayyan sudah berada di rumah. Erin tersenyum lebar dengan kepulangan awal Rayyan. Rayyan pula terus mengikut Erin menuju ke belakang. Kata Erin mummynya sedang bersantai di kolam belakang.

"Sejak bila awak hias belakang ni?" Tanya Rayyan. Dia terpegun melihat taman belakang rumahnya yang dulu seperti tempat pembuangan sampah dan kini 100% berubah seperti taman di luar.

"Sejak pertama kali saya jadi penghuni dalam rumah ni." Jawab Erin lembut.

"Kenapa saya tak tahu pun?" Tanya Rayyan lagi.

Erin menjungkit bahu sambil mencebik. Rayyan melihat kawasan kolam itu tidak lagi kosong. Sudah penuh dengan pasu dengan pelbagai jenis pokok bunga. Di kawasan lapang itu juga sudah bersih dan ada sebuah meja dan kerusi untuk bersantai.

Rayyan menggeleng. Macam mana kau ingin tahu Rayyan kalau kau keluar pagi terus ke pejabat. Pulang dari pejabat kau terus berada dalam bilik dan siapkan kerja yang kau tak sempat siapkan di pejabat. Kau tak pernah ambil tahu apa yang isteri kau lakukan di rumah setiap hari. Kau tak pernah ambil tahu tentang dia. Satu keluhan terlepas dari bibir Rayyan.

"Semua duit yang awak berikan pada saya, satu sen pun saya tak ambil. Semuanya saya habiskan untuk beli apa yang awak lihat sekarang." Kata Erin jujur. Apa sahaja barang keperluan dirinya, dia beli dengan menggunakan duit simpanannya sendiri.

"Saya bagi duit tu untuk kegunaan awak tapi kenapa awak habiskan untuk beli semua ni? Sepatutnya awak minta duit lain untuk semua ni." Kata Rayyan. Dia memandang wajah Erin yang bertukar datar.

"Supaya kalau kita ditakdirkan berpisah suatu hari nanti, saya tak ada hutang apa-apa dengan awak kecuali makan minum saya." Erin melirik ke arah Rayyan untuk melihat reaksi lelaki itu tetapi Rayyan hanya memasang wajah dingin.

Erin terus berjalan mendekati Puan Rodziah yang sedang sibuk membelek bunga-bunga yang ditanamnya. Manakala Rayyan mengusap lembut dadanya. Kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup laju setelah mendengar kata-kata Erin tadi? Apa yang sebenarnya Erin cuba maksudkan? Dia tidak faham.

"Amboi mummy, dari tadi tak berhenti tengok bunga-bunga tu. Mummy berkenaan ke?" Tanya Erin lembut.

"Pandai Erin jaga bunga-bunga ni. Segar betul mummy tengok." Erin tersenyum tipis mendengar pujian itu.

"Jom minum petang dulu mummy. Abang pun dah sampai." Ajak Erin.

Erin membantu Puan Rodziah untuk berdiri. Mereka berdua berjalan mendekati kerusi batu yang sedang di duduki oleh Rayyan. Petang itu Erin membuat cucur udang. Buat pertama kalinya dia makan petang. Biasanya dia akan malam sahaja.

"Kan bagus Ayyan pulang awal macam ni selalu, tak ada la Erin bosan duduk rumah sendiri. Ada juga teman untuk bersantai dekat belakang ni." Kata Puan Rodziah seraya melabuhkan duduk berdepan dengan Rayyan. Rayyan diam tidak menjawab.

"Jemput makan mummy abang." Kata Erin lembut. Punggungnya dilabuhkan sebelah Rayyan.

"Terima kasih sayang." Ucap Rayyan. Erin mengukir senyuman manis mendengar panggilan itu walaupun hanyalah lakonan semata-mata.

*
* *
* *

Mereka bertiga bersantai. Rayyan hanya diam dan mendengar sahaja perbualan antara mummynya dan Erin. Dia langsung tidak mencelah kerana dia sendiri tidak faham topik apa sebenarnya dua wanita itu bicara. Sekejap itu sekejap ini sehingga dia tidak faham.

"Abang kenapa diam jer?" Tegur Erin apabila melihat Rayyan hanya diam. Kepalanya sahaja terangguk-angguk.

"Sebab abang tak tahu nak cakap apa..." Rayyan tersengih.

"Macam mana dengan kes dekat Melaka tu? Dah selesai?" Tanya Puan Rodziah.

"Alhamdulillah dah selesai. Esok daddy bertolak balik." Jawab Rayyan lega.

"Jadi macam mana dengan keluarga arwah?"

"Arwah dah selamat di kebumikan. Keluarga arwah minta pampasan atas kematian anaknya."

"Berapa?"

"Satu juta." Erin terlopong mendengar mata wang yang disebut oleh Rayyan.

"Banyaknya?" Puan Rodziah turut terkejut.

"Hurmm...kami dah selidik latar belakang arwah. Dia mempunyai empat orang anak masih kecil. Seorang sudah bersekolah. Arwah juga bekerja part time bagi mencari duit sampingan untuk menanggung kos perubatan ibunya selain isteri dan anak. Ayah arwah sudah lama meninggal. Jadi daddy cakap tak salah untuk bayarkan pampasan tu. Untuk kemudahan mereka sekeluarga." Terang Rayyan. Erin dan Puan Rodziah pantas sama-sama mengangguk faham.

"Jadi macam mana dengan pekerja yang seorang lagi?"

"Dia dituduh bersalah dan dipenjara. Waktu itu pekerja tersebut mabuk."

"Jadi semuanya dah selesai?"

"Ermm..."

Erin pula terdiam. Tidak hairan keluarga itu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Mereka semua sangat dermawan. Tidak seperti orang kaya yang dia bayangkan sebelum ini. Bongkak sombong. Jauh dengan apa yang dia bayangkan dibandingkan dengan apa yang dia rasakan sekarang.

"Mummy..." Rayyan kembali bersuara setelah berdiam beberapa minit. Erin pandang Rayyan dengan kening terangkat.

"Kenapa?" Tanya Puan Rodziah.

"Tentang abang..." Rayyan tidak meneruskan ayatnya. Wajah Puan Rodziah ditatap. Seperti yang dijangka, wajah itu terus berubah keruh.

"Mummy masih marahkan abang?" Tanya Rayyan.

"Siapa kata mummy marahkan abang?" Tanya Puan Rodziah semula.

"Tapi mummy..."

"Mummy tak pernah marahkan abang. Mummy cuma kecewa. Kecewa sebab abang sanggup ketepikan kita semua waktu itu tapi mummy lebih kecewa pada diri mummy. Kalau saja mummy tak paksa abang waktu tu, pasti abang tak akan buat keputusan seperti itu." Potong Puan Rodziah. Senyuman tipis dia ukirkan.

Rayyan dan Erin berbalas pandangan. Satu senyuman Rayyan ukirkan untuk Erin. Dia lega mendengar kata-kata Puan Rodziah itu. Tidak perlu dia pening memikirkan bagaimana untuk memujuk mummynya memaafkan Raiq.

"Jadi mummy dah maafkan abang?" Tanya Rayyan lagi.

"Mummy dah lama maafkan abang. Cuma buat masa sekarang, mummy cuma mahu abang buktikan kesungguhan dia untuk menebus kekecewaan itu." Jawab Puan Rodziah tenang.

"Terima kasih mummy. Terima kasih sebab maafkan Raiq. Seperti yang Raiq janjikan. Raiq akan tebus kekecewaan itu." Suara lain yang tiba-tiba mencelah itu membuatkan mereka bertiga terkejut. Tiga pasang mata terus memandang ke arah datangnya suara itu.

"Abang Raiq..." Erin terkejut dengan kemunculan Raiq tiba-tiba itu.

Perlahan Raiq bergerak mendapatkan Puan Rodziah. Setelah berdiri di depan Puan Rodziah, wajah mummynya ditatap sebelum tangannya didepa. Puan Rodziah tersenyum. Pantas dia berdiri lalu memeluk erat tubuh Raiq. Raiq tersenyum tetapi air matanya mengalir. Sudah lama dia rindukan pelukan hangat mummynya.

Bunyi esakkan Raiq itu membuatkan Puan Rodziah turut mengalirkan air mata. Belakang tubuh Raiq diusap. Erin yang melihat adegan itu turut berasa sebak. Itulah kasih ibu. Sebesar apa pun kesalahan yang dibuat anak, maaf mereka seluas lautan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience