"Sayang...tunggulah sekejap!"panggil suara itu lagi yang sejak tadi memanggilnya dengan panggilan sebegitu sehingga membuatkan ramai orang memandang pelik ke arahnya.
The heck!
"Bella!"panggil Adrian di belakang dengan lantang sewaktu Bella bergegas menuruni tangga lantas belok ke satu selekoh sebelum tiba di satu koridor.
Sekejap-sekejap Bella toleh ke belakang hendak pastikan lelaki psiko itu tidak mengekorinya, namun harapannya punah taktala lelaki kacak menakutkan itu sedang berjalan mengejar langkahnya dengan tenang. Macam mana lelaki tu berbuat begitu. Sedangkan dirinya berlari sejak tadi!
"Sayang...!"panggil Adrian yang terus bergegas menghadang laluan depan Bella. Dia mendepakan tangan depan Bella sambil tersengih menampakkan barisan gigi putihnya.
Bella pandang Adrian dengan renungan penuh kengerian. Dia mengepal penumbuk menahan sabar lalu mengetap gigi dengan kuat."Asal mamat sewel ni boleh ada dekat sini?
"Nak apa!""Bella menyentap. "Dah kenapa suka hati jer panggil saya macam tu!"deram Bella dengan geram.
Adrian menarik sengih nakalnya. "Apa salahnya dah memang kau kesayangan aku kan..."
Bella bergerak ke kanan, Adrian menghalang ke kanan, Bella gerak ke kiri, Adrian halang ke kiri. Lelaki itu hanya senyum manis kepada Bella. Kalau dipandangan orang lain mungkin Adrian nampak kacak, kerana ada lekukan lesum pipi setiap kali lelaki itu tersenyum. Tapi bagi Bella lelaki ini tak ubah seperti seorang lelaki psiko yang terlepas dari hospital sakit jiwa.
"Tepilah...apa yang awak nakkan ni..jangan nak buat hal boleh tak..."tegas Bella dengan renungan tajam. Nafasnya naik turun kencang. Dekat kepala Bella sekarang ini adalah dia kena jauhkan diri dari Adrian supaya dia tidak naik angin dan timbulkan masalah sampai nama Akademi Crimson terjejas.
Selama ini dia diamkan diri setiap kali Adrian menganggu dia adalah kerana hendak menjaga nama baik akademi ini. Dan sekarang kehadiran Adrian di sini ibarat duri ikan tersekat di tekak yang menyakitkan dan minta dibuang serta merta!
"Kenapa?Bukannya lelaki dekat sini peduli pun, aku perhati dia orang ni macam hati batu jer..buat tak tahu bila budak perempuan lalu lalang. Tegur tidak pandang pun tidak..pelik! " komen Adrian sambil pandang kiri dan kanannya dengan renung tidak berminat.
Kening Bella mencerun tidak puas hati.
"Jangan awak berani-berani kutuk mereka ya. Awak tak tahu jadi jangan cakap macam awak kenal mereka. Dan kenapa awak boleh ada dekat sini macam mana awak boleh masuk akademi ni sebagai pelajar pertukaran..""soal Bella kejengkelan.
Hari itu semasa Yuta tunjuk senarai nama pelajar yang bakal masuk ke sini, nama Adrian langsung tiada. Dan kenapa lelaki ini boleh muncul di sini. Sekarang! Disini! DIdepan matanya!?
Adrian mengusap kepala Bella, lalu jarinya turun melurut ke pipi sebelum turun hinggap di bahu Bella.
"Untuk kau apa-apa aku sanggup buat...tak nampak ke usaha aku ni, Bella?Terima jer lah perasaan aku ni...."pegangan lelaki itu membuatkan bulu roma Bella meremang. Takut dia dengan lelaki di depannya.
"Apa yang tengah berlaku dekat sini?"tegur suara itu dibelakang Adrian. Membuatkan Adrian berpaling sambil membuat muka kejengkelan tapi tersenyum mesra.
Bella cuma berdiri dekat situ kerana kejung. Jelas terpancar di wajah Bella, yang dia sedang ketakutan.
Adrian menyeluk tangan ke dalam poket seluar.
"Hai bro..lama tak nampak..."sapa Adrian. Dia pandang Yuta macam Yuta tu sesuatu yang tak guna dan menyemakkan mata memandang.
Yuta memberi renungan tidak suka ke Adrian.
"Macam lah aku nak sangat nampak kau." komen Yuta dengan jengkel.
Adrian ketawa kecil. "Kau dengan perangai menjengkelkan kau tak berubah eh?"seloroh Adrian dengan senyuman terpaksa di bibir.
Yuta mengetap rahang sewaktu berlawan mata dengan Adrian. Dia kenal Adrian ni sejak dia kenal Bella lagi. Sebab Adrian lah dia kenal Bella. Masa tu Adrian kejar Bella sampai Bella panjat atas pokok.
Takut punya pasal Bella menangis dan tidak mahu turun. Cikgu Tadika dengan ibubapa Bella cuba pujuk. Dan Yuta ambil alih kemudiannya dengan berborak dengan Bella. Lepas tu barulah Bella berani nak turun setelah Yuta janji akan jauhkan Adrian dari Bella. Sejak itu lah Yuta rapat dengan Bella.
Adrian ni sememangnya gila, selalu ekori Bella, hadiahkan Bella bermacam benda, hantar kad cinta, selalu datang rumah Bella. Ganggu ketenteraman Bella sampaikan Bella tak boleh nak tidur malam atau ke mana-mana sahaja dengan bebas. Sebabnya dimana saja ada Bella pasti ada Adrian.
Yuta sendiri yang lihat semua itu sudah naik gila. Apatah lagi Bella yang menghadapinya.
"Aku Cuma ajak dia borak jer tak payahlah pandang macam tu..."ujar Adrian dengan senyuman di bibir.
"Dia tak nak..tak faham bahasa ke?"soal Yuta dengan renungan benci penuh amaran pada Adrian.
"Relakslah. Kau nak menyentap apahal. Dia kau punya ke?bukan kan. Isteri kau?Bukan kan. So aku ada hak nak bercakap dengan dia...""balas Adrian yang sengaja nak buat drama dekat tengah-tengah koridor yang sibuk tu.
Yuta bergerak hendak maju ke depan tetapi Bella cepat-cepat menggeleng kepala. Membuat muka merayu di belakang Adrian pada Yuta. Mohon pada Yuta supaya tidak lakukan tindakan yang boleh jejaskan imej Yuta sebagai pelajar contoh dalam akademi ni.
Yuta yang nampak terpaksa berdiri tegak dekat situ dengan kepalan penumbuk dekat kedua-dua tangan. Dalam kepala dia dah terbayang macam-macam untuk lunyaikan si psiko ni. Geram betul la!
Adrian menarik sengih meleretnya. "Kau sendiri tahu kan, sekali kau angkat tangan dekat aku, nama akademi ni akan jadi taruhannya. Kalau kau tak nak meringkuk dekat penjara better hati-hati...""pesan Adrian dengan muka berlagak minta disental dengan berus buntut kuali.
"Berhambus..."arah Yuta dibalik ketapan gigi. Renungan maut dia terarah pada Adrian.
Adrian yang sikit pun tak takut berpaling menghadap Bella. Lantas tersenyum manis.
"Kita jumpa lagi ya sayang. Tanpa si cencorot menyibuk ni.."Adrian angkat tangan hendak mengusap pipi Bella tapi Bella undur selangkah ke belakang jauh kan diri. Tindakan Bella buatkan Adrian terasa lalu tersenyum kelat. Dia kemudiannya pergi dari situ.
Yuta mendapatkan Bella. Dia belek Bella dari atas ke bawah dengan risau.
"Kau okay?Dia ada buat apa-apa ke?"tanya Yuta dengan cemas.
Bella menggeleng kepala, dia pandang Yuta dengan muka nak menangis.
"Macam mana dia boleh ada dekat sini?"tanya Yuta.
"Mana lah aku tahu..aku sendiri terkejut kot...Macam mana lah aku nak hadap dia sepanjang masa ni nanti..."keluh Bella.
"Menyusahkan betul..."sungut Yuta sambil memandang kesal ke satu arah.
Bella yang masih terkejut dengan keadaan itu menelan air liur takutnya sambil termenung memandang lantai, di dalam hati dia dapat merasakan semua ini tidak akan berakhir dengan baik.
Share this novel