"Aku tak sangka lakonan kau boleh tahan ya?"

Romance Completed 6578

BAM!"pintu pejabat terbuka, Yuta masuk ke dalam ruangan itu dengan wajah bengis. Urat belirat pada tangan yang lengan bajunya di sinsing hingga ke siku jelas kelihatan pada permukaan kulit.

Tidak semena Yuta terus menghayun penumbuk ke muka Adrian yang berdiri menghadap meja dekan.

"Yuta!"panggil dekan yang terus berdiri kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Dua orang pengawas yang berada dalam pejabat itu menghadang Yuta, mengelakkan kejadian yang lebih teruk dari berlaku.

"Kau jadi manusia memang tak faham bahasa ke! Berapa kali kau nak buat perangai kau ni! Dah dia kata tak nak maksudnya tak nak lah! Nak buat dia menangis buat apa!""marah Yuta yang dapat tahu tentang kejadian mengenai Bella di serang oleh Adrian melalui Lucy setelah gadis itu dimaklumkan oleh Bella sewaktu dia sibuk dengan persediaan untuk persembahan masa karnival nanti.

Adrian hanya mendiamkan diri.

Yuta mengerling ke arah dekan.

"Ni bukan kali pertama dah banyak kali benda terjadi. Sejak dia kenal Bella dekat sekolah rendah sampai sekarang..dia suka buat perangai dia yang sama macam hari ni. bella tak balas sebab nak jaga nama baik imej akademi ni...tapi lelaki tak guna ni tak faham bahasa."luah Yuta sehingga merah padam muka dia.

Kening dekan mencerun. Dia memandang ke arah Adrian dengan muka tak percaya.

"Betul ke semua tu Adrian?"

"Pernah sekali tudia buat Bella takut sampai Bella tersandung kemudian jatuh tangga, sebulan dia tak sedarkan diri masa kami berdua berusia 12 tahun...tu belum lagi sampai Bella trauma dan takut nak keluar rumah sebab risau Adrian akan serang dia atau ekori dia ke mana sahaja.. "luah Yuta lagi.

Dekan menggeleng kepala tak percaya.

"Adrian...saya betul-betul tak sangka kamu adalah orang seperti itu...."

"
"Halau dia sekarang kalau boleh jangan bagi dia jejak kaki ke tempat ni lagi!""arah Yuta.

Waktu itu Bella masuk ke dalam ruangan tersebut, terus mendapatkan Yuta untuk halang lelaki itu.

"Yuta...Sudah.jom keluar...""ajak Bella serta merta. "Maafkan saya dekan...Yuta dia-"

"Lepaskan aku! Lelaki ni dah melampau kau tahu tak! Berani-berani dia sentuh kau! " "bentak Yuta dengan berang.

Bella memegang dada Yuta dengan tangan kiri sementara tangan kanannya memegang lengan kiri lelaki itu.

"Sudahlah tu jom..jangan nak buat bising dekat sini..biar dekan uruskan semua sendiri...please."rayu Bella perlahan.

Dada Yuta naik turun kencang, kerana terlalu marah dan tidak dapat menerima berita ini. Mata lelaki itu turun memandang Bella.

Bella angguk kepala merayu dengan muka sedih dia.

Yuta kemudiannya palingkan kepala ke Adrian yang berdiri dengan kepala tunduk ke bawah.

"Kalau aku nampak muka kau dekat sini jangan salahkan aku kalau ada apa-apa berlaku dekat kau nanti..."pesan Yuta.

"Dah lah..."tarik Bella yang membawa Yuta keluar dari ruangan itu.

Adrian tunduk mengepal penumbuk. Hatinya retak seribu.

Dekan pandang Adrian dengan renungan serius.

"Master Adrian, nampaknya saya kena laporkan hal ni pada Senator Lee."ugut dekan bernada perlahan.

Kepala Adrian tersentak memandang ke depan dengan mata terbutang luas.

Di luar pintu pejabat, dua orang itu masih berdiri dekat melekap telinga pada permukaan pintu tersebut.

"Apa dia cakap?"bisik Bella yang cuba curi dengar perbualan dekan dekat dalam.

Yuta yang ikut tekap telinga berkerut-kerut kening sebab tak dengar apa-apa. Pintu pejabat dekan ni kayu, tebal lagi tu. Jadi satu benda pun tak dengar.

"Entah...aku tak dengar apa-apa pun."jawab Yuta.

Bella berdiri tegak, dia betulkan kot dia bersama dengan tali leher sebelum menyilang tangan ke dada.

"Aku tak sangka lakonan kau boleh tahan ya?"bisik Bella.

Yuta menjauhkan diri dari pintu pejabat tu dan mula berjalan pergi dari situ. Dia tarik sengih sinis meleret dia semasa menyeluk tangan ke dalam poket seluar dia.

"Dah masanya untuk kita hapuskan si psiko tu sepenuhnya."kata Yuta berbaur penuh muslihat.

Bella pandang ke depan dengan senyuman lebar di bibir. Dia tunduk memandang ke lantai. Teringat akan pelan dia sebelum Adrian menyerang dia.

Menurut Yuta, Adrian tengah mencari dia. Jadi Bella dengan sengaja munculkan diri depan Adrian tapi seakan cuba larikan diri. Bella perdayakan Adrian supaya lelaki tu ekori Bella.

Dan bila Adrian jumpa dia dekat kawasan taman tu, Bella acah-acah lemah dan biarkan Adrian hilang kawalan untuk dapatkan alasan yang kukuh. Kalau dia kerjakan Adrian, bukan saja nama dia terjejas malah akademi ni jugak.

Jadi Yuta cadangkan Bella untuk hapuskan Adrian sepenuhnya tapi dengan cara Bella sendiri. Sambil menyelam sambil minum air sambil singkirkan Adrian dari akademi, pada masa yang sama singkirkan Adrian dari hidup Bella. Kini Bella yakin, Adrian bukan saja bakal dibuang akademi malah ayah Adrian, Encik Senator tu pasti takkan suka lepas dengar berita ni.

Tak sangka pulak perancangan dia berjalan dengan baik bila Adrian naik tantrum dan bersikap seperti orang hilang akal depan ramai saksi. Saksi yang Bella sendiri tetapkan. Dia tahu Majlis Pelajar ada dekat mana. Sebab itu Bella cipta scene depan Majlis Pelajar supaya dapat buatkan kejadian tu nampak real dan convinsing.

Maka semudah itu, BOOM! Adrian akan dihalau keluar dari akademi ni serta merta.

"Kau rasa dia akan ganggu kau lagi ke Bella?"tanya Yuta.

Bella melepaskan hela nafas panjang."Hmm..Aku tak sure... tapi kalau hal ni sampai ke ayah dia..maybe dia takkan berakhir dengan ending yang baik."

Yuta menggeleng kepala tak percaya.

"Bella...Bella. Kau memang something kan." komen Yuta masa dia toleh ke sisi pandang Bella. Sengih sinis terukir di bibir dia. "Even aku sendiri sebagai best student of the year pun takkan dapat fikir macam kau.."

Bella yang dengar cuma tersengih berlagak. Bukan kali pertama dia dengan komen tu.

"Thanks."ucap Bella dengan senyuman bangga di bibir.

"Thanks kepala kau...kan bagus kalau kau guna otak bijak kau tu dalam pelajaran.."seloroh Yuta semasa menyeluk tangan ke dalam poket seluar.

Bella toleh ke sisi dan pandang Yuta dengan sengih jahat.

"Kan aku ada kau untuk tu?"balas Bella.

Yuta pandang Bella lantas menggeleng kepala tak tahu nak apa kan lagi dengan perangai hantu Bella yang satu ni.

"Bukan selamanya kau boleh jadikan aku toyol kau setiap kali exam Bella.."

"Memang lah. Sekurang-kurangnya kita tak pernah kantoi..."sengih Bella dengan jahat masa jalan dengan tangan berada dalan poket kot uniform dia.

Dua orang sahabat itu kemudiannya menghilang setelah membelok ke satu selekoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience