"Terima kasih untuk tawaran tu.."

Romance Completed 6578

"Bella!"panggil seseorang dari belakang menyentak lamunannya sewaktu menuruni tangga.

Apabila dia angkat kepala memandang ke depan, Bella menjungkit keningnya. Terus dia lepaskan tangannya dari kamera dan dibiarkan tergantung di depan dadanya.

"Oi Lucy..."senyum Bella dengan lebar pada pelajar perempuan dengan potongan rambut bob cut berdiri di bawah tangga itu.

Lucy memandang Bella dari bawah tangga bersama muka tak puas hati dan tangan bersilang di dada.

Dengan girang Bella lompat tiga anak tangga sekali gus dan mendarat tepat di depan Lucy.

"Whassup.." sengih dia.

Lucy buat muka bila lihat wajah Bella yang ceria semacam. Nampak sangat la kawan dia yang seorang ni baru buat sesuatu yang tak sepatutnya di buat.

"Mana kau pergi hah?Suka sangat la lari sana sini...ingat ni tempat mak bapak kau yang punya ke?Pening kepala aku cari kau ke hulu hilir macam orang gila."Lucy mencekak pinggang tak puas hati sewaktu memandang Bella dengan kening mencerlung.

Bella menjungkit bahu sambil mengangkat kedua-dua tangan tanda tidak peduli dengan komen tu.

"Well said...parents aku bayar untuk pengajian aku dekat sini...so they are. Tempat ni mak bapak aku yang punya..."balas Bella sambil mengaru dagu seperti orang tengah berfikir.

Lucy buat muka menyampah lepas mendengar jawapan tu. Kawannya yang seorang ni kalau tak menjawab sekali tu tak hidup agaknya. Ada je yang nak dijawabnya.

Terus Lucy lepaskan keluhan letih.

"What ever...ni hah Madam Lena cari kau katanya dia nak bincang pasal projek taman bunga yang kau cadangkan hari tu, pastu dia nak draft kasar. Kalau tak pun kau jumpa dia terus la..."maklum Lucy.

"Taman bunga?Hmm?"Bella ketuk jari di dagu sebaik mendengar makluman itu. "Ada ke?"tanya dia sendiri masa pandang ke siling.

Termenung seketika Bella sewaktu mengingatkan kembali perbualannya dengan Madam Lena tempoh hari.

Perbualan dimana dia beri proposition pada wanita itu supaya setuju dengan rancangannya iaitu untuk bina taman. Ianya juga merupakan sebahagian dari misi dia untuk mansuhkan peraturan merepek ni.

Dengan menggunakan idea projek taman bunga sebagai alasan ni, bolehlah pelajar lelaki dan pelajar perempuan di kelasnya itu saling bekerjasama. Nah...dari situ la mereka boleh eratkan silaturahim. Kan?

Disebabkan misinya minggu lepas tidak menjadi. Misi yang mana Bella mengunci rakan-rakan sekelas dia di dalam dewan bola keranjang. Berharap mereka akan bekerjsama untuk keluar dari situ.

Bella ingat semuanya akan baik-baik saja. Sekali, rupanya tidak. It was a failure! Kerana disebabkan idea itu Bella hanya memburukkan lagi situasi. Mereka bukannya bekerjsama malahan bertekak antara satu sama lain siap bertumbuk bagai gara-gara nak keluar dari situ.

Adeh!Pening mak!

Sehingga sekarang rakan sekelasnya tidak bertegur sapa dan menarik muka ketat sesama mereka. Disebabkan idea itu gagal, Bella terpaksa memikirkan idea yang baru. Iaitu misi taman bunga tu!

"Oh...itu. Baru aku ingat..."Bella pandang Lucy selepas termenung buat seketika. "Okay. Terima kasih eh sebab beritahu.."bahu Lucy di tepuk perlahan. "Oh ya. Kelas dah habis ke?" soal Bella.

Lucy membuat muka lagi, lalu dia menjentik dahi Bella.

"Itu lah kau, buat lagi kerja merepek kau tu sampai sendiri lupa yang kelas hari ni batal sebab Sir Adam pergi hospital lawat isteri dia bersalin..."jawab Lucy.

Walaupun dah lima tahun Lucy kenal Bella, sampai sekarang Lucy tak boleh nak faham otak kartun Bella. Nak kata pelik bukan, nak kata perempuan gatal pun bukan. Nak kata happy go lucky?Jauh dari tu. Pendeknya bagi Lucy, Bella ni tak boleh dijangkakan.

Sekejap Bella boleh gila-gila, sekejap serius, sekejap matang, sekejap riang macam kanak-kanak Ribena. Sekejap macam Ice Princess. Ada masa tu macam orang putus fius pun ada. Entah la! Lantak situ. Apa yang penting Bella seorang kawan yang baik dan berhati mulia buat Lucy.

Sambil menggosok dahi yang dijentik Lucy, Bella bersungut.

"Mana ada aku buat kerja merepek. Aku buat kerja penuh kesenian tahu tak..."seloroh Bella dengan nada seperti orang terasa."Kau tak tahu berapa banyak duit aku dapat dengan jual gambar-gambar abang hottie kita ni." Bella usap kameranya sambil berkata seakan kamera itu benda berharga.

Lucy buat muka bosan. Bosan nak hadap sikap dramatik Bella.

"Sudah-sudah lah, yang kau beria stalk semua pelajar lelaki akademi ni kenapa?Bukannya dia orang suka, malah benci adalah. Dari kau buang masa, baik kau try masuk goup chat Akademi Prince High. Serius aku cakap ramai pelajar perempuan kelas kita dah couple dengan budak-budak dari akademi tu..."senyum Lucy.

Bella terus membuat muka jijik.

Dia angkat tangan tanda tak nak."Ahaha...Terima kasih untuk tawaran tu...aku seorang yang setia, jadi aku hanya akan fokus pada pelajar akademi ni sahaja.."Bella mendabik dada dengan bangga.

Lucy yang lihat menggeleng kepala. What a drama queen.

"Suka hati kau lah."Jangan cakap aku tak pesan pada kau. Nanti kau kecewa sebab pelajar akademi ni jangan cari aku sudah.."

Bella menarik senyuman penuh bangga dia lepas dengar.

"We'll see..."ujarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience