Dia menyanyi kecil sewaktu jalan keluar dari laman akademi menghampiri pintu pagar. Dengan mesra setiap pelajar lelaki yang dilewatinya di sapa bersama senyuman dibibir walaupun sapaan itu dibalas dengan jelingan tajam.
Sebaik sahaja dia keluar dari pintu pagar, bunyi hon kereta yang kuat menyentak lamunan girangnya tak pasal-pasal!
PONN!!!
"Hei...Pon kau pon!!!"latah Bella sambil membuat gaya hendak mengkarate orang. Setelah menyedari dirinya melatah, Bella lekas-lekas berdiri tegak. Matanya terarah pada kereta yang berada betul-betul diparkir bersebelahan di bahu jalan.
Bella tunduk mengecilkan mata bila perasan cermin kereta tinted itu perlahan-lahan di turunkan. Sebaik cermin itu turun, wajah si pemandu terus terdedah.
"Oii...makcik masuk cepat!"panggil Aron dari dalam kereta kepadanya.
Wajah Bella bercemberut masam tidak puas hati bila menyedari siapa orang itu.
"Woi kurang ajar kau kan sengaja jer nak mengejutkan aku macam tu..."marahnya semasa membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam.
Aron ketawa, lucu melihat keletah Bella yang seperti makcik-makcik.Terkejut sikit terus melatah.
"Hahahaha....sengaja. Aku suka tengok kau melatah macam tadi kalau kau tengok sendiri gerenti kau pun ikut gelak...."ketawa lelaki itu sewaktu memandu kereta itu jauh dari akademi.
Bella memberi jelingan tak puas hati. Lalu memandang ke depan.
"Asal kau balik rumah?Bukan ke kau suka duduk dekat apartment mewah kau tu..."perli Bella yang sakit hati dengan Aron sebab lelaki itu telah memungkiri janji untuk pulang ke rumah hujung minggu semalam.
Tapi lelaki itu tidak pulang dengan alasan sibuk dengan makan malam bersama klien besar syarikat tempat dia bekerja. Aron mengerling ke kirinya lalu mencubit pipi itu.
"Alololo...merajuk ke cik adik seorang ni nak buat macam mana aku sibuk..."
"Tak payah pegang aku..."tepis Bella dengan kening berkerut.""Kau tahu tak pertandingan tu dimenangi Mandy dengan pasangan dia habis semua hadiah dia orang bolot."luah Bella dengan perasaan mengerutu.
"Alah...hadiah tu semua aku boleh belikan untuk kau kalau kau nak tak payahlah tarik muncung macam tu nak aku gantung penyangkut baju ke?"
Bella memalingkan badan ke arah Aron lalu memberi renungan mencerun cemberut merajuknya.
"Aku serius ni kau main-main pulak! Aku tak peduli pasal hadiah tu aku peduli maruah aku! Si Mandy suara suneo tu bukan main lagi berlagak depan aku..tayang teman lelaki dia yang super perfect tu dekat aku yang single mingle ni....kalau kau datang boleh lah aku acah bajet yang kau ni teman lelaki aku ke apa tapi kau tak datang, lagilah dia suka membahan aku cakap aku masuk akademi terkenal dengan pelajar lelaki yang kacak, tapi seorang teman lelaki pun aku tak dapat sampai aku dah masuk tahun terakhir ni.."luah Bella.
Aron tersengih, suka mendengar bebelan adik perempuannya. Setiap kali dia tertekan dengan kerjayanya, hanya mendengar suara adiknya ini semuanya hilang seperti tidak pernah berlaku.
"Kalau macam tu carilah teman lelaki takkan lah semuanya nak harapkan aku kalau aku dah kahwin nanti takkan kau masih nak harapkan aku jugak.."kata Aron.
"Mestilah. Kau abang aku kut takkan lah aku nak harapkan mama dengan papa pulak..."balas Bella sambil menarik muncung geram dia.
Share this novel