"Prince High, Beuoxton High, Royal Knight, Crossword Art and Sword, Crimson High, Dumstrang, Dominion, Xavier St, Beaver High dan James St. adalah akademi yang bakal terlibat dalam program tu nanti..."jawab Damien sewaktu memandang papan carta di tangannya dimana laporan mengenai program pertukaran pelajar berada diatasnya.
Villius termenung memandang skrin komputer dimana email yang dihantar oleh dekan kepadanya tadi. Email itu dihantar untuk menjelaskan kenapa program itu diadakan dan sebagainya.
Yang mana Villius langsung tidak suka akan idea tersebut. Yalah kalau ada pelajar luar masuk, pelajar perempuan dan lelaki akademi ini akan bergaul bebas dengan pelajar-pelajar pertukaran di situ.
"Senarai pelajar yang akan dipindahkan ke sini dah ada ke?"soal Villius.
Damien tunduk menyelak-nyelak helaian kertas yang ada di papan carta itu. Ingin meneliti sekiranya ada senarai pelajar di dalamnya. Namun tiada.
"Belum..."
"
Villius mengangguk kepala sewaktu pintu bilik umum itu terbuka. Serta merta suara ceria itu menyapa gegendang telinga.
"Hai guys...""sapa Bella sewaktu jalan mendekati meja Damien. Langsung tidak mengerling ke arah Villius.
Mereka yang ada di dalam ruangan itu memandang Villius. Ingin melihat reaksi ketua mereka itu dengan kehadiran Bella di situ.
Damien terlebih dahulu bersuara jalan mendekati meja kerjanya dan menghadap Bella.
"Apa kau buat dekat sini?Mana Yuta?"soal Damien sewaktu memandang fail laporan mengenai projek taman bunga Bella di mejanya. Kening lelaki itu berkerut seakan menunjukkan betapa tidak sukanya dia dengan kehadiran Bella di situ.
"Oh Yuta..."Bella teringat yang dia minta Yuta lakukan sesuatu untuk dia di bilik komputer akademi. Hack sistem data base akademi sementara ada masa ni. "....dia busy. Sebab tu saya ada dekat sini."jawab Bella dengan senyuman mesra di bibir. Lagipun Saya nak ajak awak keluar sekali."kata-kata itu buatkan semua kepala tersentak terkejut memandang Bella dan Damien yang saling menghadap.
Damien yang dengar hanya buat muka selamba, tak ada reaksi. Sementara yang lain terutama sekali Villius dah membutang mata luas.
"Untuk teman saya pantau perkembangan taman tu...""pelawa Bella dengan kedua-dua tangan di belakang badan.
"Busy."tolak Damien serta merta sambil mencapai fail Bella dan dibeleknya.
Villius hanya memerhati tingkah Bella dengan perasaan jengkel dan menggerutu tidak puas hati. Yalah patutnya laporan tu diserahkan kepada dia, dan orang yang sepatutnya memantau taman tu adalah dia bukan Damien!
"Kalau macam tu saya ajak mereka lah...""Bella pandang dua orang pelajar lelaki lain yang ada disitu dengan renungan ternanti-nanti. Tapi mereka berdua cepat-cepat sibukkan diri dengan hal sendiri. Memberitahu Bella yang mereka enggan libatkan diri dengan Bella.
"Dia orang sibuk..."sampuk Villius di hujung bilik.
Bella yang dengar buat tak dengar. Dia terus pandang Damien dengan senyuman lebar di bibir. Dia pekakkan telinga. Mahu menganggap Villius tiada di situ.
"Jomlah..siapa lagi nak tengok tempat tu."ajak Bella lagi pada Damien.
Damien mengangkat kepala, dia pandang Bella dengan renungan rimas.
"Dah kata aku busy kan.Tak faham ke?Boleh tak jangan nak mengada-ngada sangat?"soal Damien.
"Mana ada saya mengada-ngada..."Bella menarik muncung rajuknya. "Fine..kalau awak tak nak. Sudah.Saya pergi dulu..." pamit Bella dengan kepala tunduk memandang ke lantai seperti kecewa.
Seinci sebelum Bella sentuh tombol pintu, seseorang muncul di belakangnya lalu memegang tombol pintu terlebih dahulu dan menarik pintu itu ke dalam.
Bella tersentak, dia toleh ke kanannya dimana Villius sedang berdiri di sebelahnya. Sebab terlalu terkejut, dia hanya pandang Villius seperti lelaki itu ditumbuhi tanduk dekat kepala.
Villius pandang Bella setelah gadis itu hanya berdiri memandangnya dengan mata bulat itu.
"Tunggu apa lagi. Kata nak tengok taman?"soal lelaki itu pada Bella.
Bella pandang Villius dengan muka tak percaya sebelum bergerak keluar terlebih dahulu lalu diikuti Villius dekat belakang.
Sepanjang perjalanan itu Bella hanya mendiamkan diri dan berjarak 5 meter dari lelaki itu. Kepalanya tunduk memandang ke bawah.
Beberapa minit kemudian akhirnya mereka tiba di taman tersebut. Bella berdiri di depan laluan masuk sewaktu Villius jalan melihat sekeliling taman itu.
Yang dulu asalnya gersang dan bertanah serta dipenuhi dengan akar kayu kini sudah berubah menjadi satu taman bunga yang indah dan dilengkapi dengan pondok kecil, kolam air pancur dan pokok renek yang rendang.
Bella pandang belakang badan Villius dengan minat, namun dia cepat-cepat larikan pandangannya ke tempat lain setelah menyedari lelaki keras kepala berhati batu itu hanya akan sakiti dan menjengkelkan hati dia setelah berpaling memandangnya.
"Aku tak sangka dengan perangai suka bergurau kau ni boleh hasilkan semua ni dalam masa yang singkat...""komen Villius sewaktu berpaling menghadap Bella.
Bella tidak bersuara, dia hanya mendiamkan diri. Dia palingkan badannya ke arah lain.
Villius menyeluk tangan ke dalam poket selepas melihat reaksi Bella yang sepertinya memperlakukan dia tidak wujud di situ.
"So silent treatment huh?""soal lelaki itu dengan senyuman sinis di bibir. Dia perlahan-lahan mendekati Bella.
Ekor mata Bella bergerak memandang ke bayang Villius sewaktu lelaki itu berdiri melangit di tepinya. Bau wangian lelaki itu terus membuatkan Bella memejam mata menahan nafas.
"Kalau tak ada apa-apa..saya pergi dulu." "pamit Bella serta merta bila Villius berdiri rapat. Tanpa berlengah Bella bergerak hendak pergi dari situ.
Dengan wajah tenang Villius terus pegang lengan Bella, dia tarik gadis itu berlanggar dengan dadanya secara paksa.
"Not so fast princess.."
Bella menahan nafas terkejutnya. Dia dongak memandang Villius dengan mata terbutang luas. Mulutnya terbuka sedikit sewaktu kagum menatap wajah kacak Villius yang hanya berjarak dua inci dari wajahnya.
Namun Bella cepat-cepat sedarkan diri dan cuba menolak dirinya supaya menjauh dari lelaki itu.
"Apa yang awak cuba lakukan ni..lepaskan saya!"gelut Bella sambil menolak dada Villius.
"Asal?Bukan ini ke yang kau nak?""Villius peluk pinggang Bella, dia tolak badan Bella rapat ke dadanya dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang belakang kepala Bella. "Aku dekati kau?Layan kau macam ni...?""soal lelaki itu dengan suara menggodanya pada Bella.
Bella memejam mata apabila hujung hidung Villius menyentuh tepi wajahnya. Nak lemah lutut dia dibuatnya. Untuk elakkan dirinya dari terduduk dekat situ, Bella cengkam kain kemeja Villius dengan erat.
"Villius...tolonglah..."minta Bella dengan nafas tertahan-tahan.
Villius sakat Bella dengan hanya melalukan sahaja bibirnya pada bibir Bella.
"Tolong apa?"tanya Villius sewaktu bibir dia menyentuh hujung hidung Bella dengan lembut.
Bella membuka mata, memandang kesal ke bahu Villius.
"Lepaskan saya..."sebut Bella dengan mendatar. Jelas terpancar di wajah gadis itu tiada satu pun emosi pada renungan itu.
Villius tersentak membuka mata, seperti baru menyedari apa yang dia cuba lakukan. Dia langsung tak sedar apa yang dia buat. Apa yang Villius tahu kebisuan Bella dan tindakan gadis itu menghalimunan kan dia buatkan Villius geram.
Bella tolak Villius jauh darinya sebelum undur ke belakang beberapa langkah.
"Apa sebenarnya awak nak sebenarnya?"soal Bella dengan kening mencerun.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"
Bella melepaskan keluhan panjang. Kesian betul dia pada Villius ni. Lelaki depan dia ni sedang alami pergolakan emosi yang mana buatkan Villius tak pandai nak kawal diri. Tapi tak apa. Dia tahu apa yang dia boleh buat untuk lelaki ni nanti. Tunggu ya Villius.
"Tak adalah...awak sendiri cakap nak saya jauhkan diri dari awak. Sebab awak tak nak terima perasaan saya. Sekejap awak bencikan saya, sekejap awak suruh saya pergi, bila saya mendekat awak minta saya jauhkan diri dari awak...sekejap awak arahkan saya jangan dekati awak... sekejap awak dekati saya....apa awak nak sebenarnya?"soal Bella dengan kening mencerlung sewaktu Villius undur ke belakang menjauhkan diri dari dia.
Villius memandang Bella dengan renungan bingung seperti anak kucing sesat namun berubah emosi kepada marah tiba-tiba.
"Kau tu yang menjengkelkan aku...""jawab lelaki itu sambil menguak rambut ke belakang dengan kening berkerut tidak faham apa yang berlaku. "Aku Cuma nak kau rasa apa yang aku rasa. Sekarang kau dah tahu macam mana perasaan tu bila kau didekati secara paksa?""balas lelaki itu bernada sinis.
Bella memandang Villius sambil menggigit bawah bibir."Fine. Saya mengaku salah saya. Tapi Saya dah berhenti dari dekati awak... awak yang berkelakuan menjengkelkan sekarang ni."
Villius membuka mulut hendak bersuara, tapi Bella angkat tangan. Menghalang dia dari bercakap.
"Awak adalah lelaki paling merumitkan yang pernah saya jumpa."geleng Bella dengan muka tak percaya dia. "Ya sudah. Kalau saya menjengkelkan. Saya takkan ganggu hidup awak lagi. Apa lagi buat awak rimas. Saya akan uruskan hal saya. Awak uruskan hal awak. Habis cerita."kata Bella bernada jengkel. Dia jeling ke Villius dengan geram.
"Kau yang mulakan semua ni. Kalau kau tak mulakan, semua ni takkan berlaku."
"Kan saya dah minta maafkan apa lagi yang awak nak. Saya dah cuba jauhkan diri dari awak. Awak sendiri yang mengaku tak suka dekat saya. Tak nak ada kaitan dengan saya. Awak nak saya buat apa lagi. Nak saya merayu dekat awak. Minta maaf sebab saya mulakan semua ni!"luah Bella dengan satu nafas.
Villius memandang terkejut ke arah Bella. Bella tunduk memandang ke lantai kerana malu, dia mengepal penumbuk.
"Jangan risau. Saya takkan ganggu awak untuk paksa awak mansuhkan peraturan ni lagi. Saya dah putus asa. Saya harap awak akan bahagia di samping ego dan hati batu awak selamanya."Bella berpaling pergi dari situ sejurus itu tanpa memandang Villius.
"Bella!""Panggil Villius dengan lantang.
Bella terus berlari pergi dari situ tanpa berpaling.
Dada Villius naik turun, lelaki itu kelihatan kecewa dan seperti orang yang baru sahaja ditampar termenung memandang ke arah koridor dimana Bella menghilangkan diri tadi.
Share this novel