Dua hari kemudian....
Dengan riang langkahnya diatur menuju ke kelas. Selepas hampir seminggu bercuti kerana demam. Dia akhirnya kembali ke akademi. Yeah, tempat kegemarannya.
Sambil jalan, tangan dia berhayun depan dan belakang sambil memegang beg kertas berisi jus ektrak herba yang baik untuk kesihatan dengan riang. Sebab dia minum benda alah ni dia sihat. Mahal kot, kalau mama dia tahu dia habiskan semuanya yang ada di rumah. Pasti wanita itu akan meroyan sakan.
Pintu slidding kelasnya di tolak ke kanan sebelum dengan girang dia melompat masuk ke dalam kelas.
"Hello everyone!"sapa Bella dengan senyuman lebar. Membuatkan suasana kelas yang biasanya sunyi selepas gadis itu tidak hadir beberapa menjadi riuh semula. "I'am back! Do you miss me?"tanya Bella dengan mesra kepada pelajar lelaki sewaktu mengagihkan jus herba itu kepada setiap seorang dari mereka. "Minum ni untuk tambah tenaga."tepuknya pada bahu mereka.
Yuta hanya memerhati gelagat kawan baiknya itu. Sepanjang gadis itu sakit. Muka gadis itu sangat pucat dan cengkung dan sangat kasihan setiap kali dia melawat. Dan sekarang melihat keceriaan yang terpancar diwajah itu serta merta membuatkan Yuta tersenyum senang.
Bella nampak Yuta sedang memerhatinya terus dia angkat tangan ke atas dengan gembira dan teruja. Lama dia tak nampak Yuta. Memangla mereka jiran, tapi Yuta ni kan jenisnya bukan macam Bella.
Bella jenisnya main redah je rumah orang, sama ada di pelawa atau tidak. Tak kira masa dan waktu, Bella akan datang.
Sementara Yuta pulak jenisnya tak suka menganggu. Selagi tak di pelawa selagi tu lelaki ni tak datang.
Biasanya Bella je yang suka datang lepak rumah Yuta. Saja menyemak dekat situ. Kadang-kadang siap makan bersama keluarga Yuta dan bermalam di situ lagi tu.
"Mong-Mong!!!"Bella mendekati Yuta lalu menyua sebatang lollipop di depan muka Yuta. "Untuk kau...aku bagi kau lollipop perisa kesukaan aku ni..."
Yuta mencapai lollipop itu lalu di pandang lollipop itu.
"Dia orang kau bagi benda sihat...aku...kau bagi benda yang bawa penyakit? Bagus betul kau ni kan..."komennya semasa meletakkan lollipop itu di dalam poket kot sebelah kanan.
Bella ketawa kecil, alah Yuta tu hari-hari diberikan ekstrak herba dengan Bella. Ada masa tu siap berkotak-kotak lagi. Bukannya lelaki tu habiskan pun. Malah dibiarkan expired macam tu je dekat dalam stor!
Bella kemudiannya beralih ke pelajar perempuan dan lelaki yang lain. Dia serahkan satu persatu jus kesihatan itu sebelum kembali duduk di tempatnya.
Baru je dia nak ambik nafas, tak semena timbunan buku dan kertas diletakkan atas meja depannya.
"Ini kerja-kerja yang kau kena hantar hari ni jugak...""sua Lucy dari meja kanan Bella.
Dengan muka blur tak percaya Bella menoleh, keningnya terangkat.
"What?Serius la....banyaknya!"buku serta kertas-kertas di tangan Lucy di capainya. "Aku sakit kot...tak boleh ke bagi aku pengecualian?"soal Bella sambil buat mulut muncung itiknya pada Lucy.
Lucy membuat muka lalu menolak timbunan kertas ke meja Bella dengan muka ais dia.
"Sakit tak sakit, kerja tetap kerja. Jangan nak drama queen sangat eh. Nak buat macam mana, kita dah pelajar tahun akhir banyaklah kerjanya...make sure kau hantar sebelum balik nanti...kalau tak pensyarah potong markah..." pesan Lucy yang kembali fokus dengan kerjanya.
Bella mengerang penat, baru rancang nak lawat Villius. Dah lama dia tak jalankan misi untuk buatkan lelaki tu sukakan dia. Entah-entah lelaki tu langsung tak ingat pada dia langsung.
Kerja punya pasal, Nak tak nak kenalah dia tangguhkan dulu niatnya itu untuk siapkan kerja-kerja itu.
Dalam masa dua jam itu, Bella sibuk menyiapkan latihan dan kerja tambahan yang tertangguh selama lima hari kerana ketidakhadiran dia.
Selepas Bella selesai menyiapkan semua kerja itu, langkahnya terus di atur ke pejabat pensyarah untuk menghantar kesemua tugasan itu.
Belum habis lagi, dia beralih ke tapak projeknya pula untuk membuat pemantauan.
Tidak lama sewaktu dia hendak beransur ke bilik umum majlis pelajar, dia bertembung pula dengan Madam Lena. Wanita itu mengajaknya untuk menjawab kuiz yang dia tertinggal selama dua hari yang lalu. Terpaksa lah dia ke sana dan menjawab kuiz pulak.
Selesai menjawab kuiz, Bella kemudiannya perlu menghadiri tiga kelas deret tanpa rehat kerana masa kelas itu hanya sejam setiap satu. Belajar dan belajar tanpa sedar masa berlalu begitu cepat.
Dentingan loceng enam petang bergema di seluruh kawasan akademi itu. Menandakan waktu kelas telah tamat untuk satu hari itu.
Tanpa berfikir apa-apa Bella akhiri harinya di akademi dengan pulang ke rumah dengan menumpang Yuta sebab tak larat nak skateboarding sepanjang perjalanan sebab penat.
Share this novel