Program Pertukaran Pelajar

Romance Completed 6578

Dua minggu kemudian...

Dalam keadaan mencakung, dia duduk diam di tempat persembunyiannya dalam keadaan berpeluh-peluh dan bergelap. Dekat sejam jugak dia dalam keadaan begitu. Semua ni gara-gara nak dapatkan maklumat.

Lepas dia dapat makluman dari Kak Amanda tentang mesyuarat tertutup ni, dia apa lagi tanpa membuang masa terus rangka rancangan untuk ke sini.

Seusai sahaja kelas matematik tambahan tamat, dia terus masuk ke ruangan mesyuarat ni. Selama sejam tu orang-orang tua dalam bilik tu serius berbincang mengenai Program Pertukaran Pelajar yang bakal diadakan tak lama lagi.

Sepanjang sejam tu banyak maklumat yang di telah peroleh. Antaranya nama-nama akademi yang bakal terlibat dalam program ni. Kriteria pelajar yang bakal dipilih untuk pindah ke akademi lain. Yang mana Bella sangat yakin dia takkan terpilih memandangkan rekod pelajar dia tak 'secantik' Lucy atau Yuta.

"Jadi kami telah memilih 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar cemerlang dari setiap semester untuk wakilkan akademi kita ke akademi lain."

"Jadi berapa orang yang akan berada di akademi kita sebagai pertukaran..?"suara dekan kedengaran sayup dari hujung bilik.

"Lebih kurang 20 orang semuanya terdiri daripada 10 akademi kebanyakan dari tahun akhir..."

"Tak menganggu mereka ke?"

"Pihak akademi dah membincangkan soal isu peperiksa silibus dan beberapa aspek, kebanyakannya sama dengan kita. Jadi semua tu bukan satu masalah buat pelajar-pelajar tu....dan tidak akan menggangu pembelajaran mereka."

"Kalau begitu hantar borang pengesahan bahawa kita bersetuju untuk mengikuti program ini."

"Kami telah sertakan maklumat peribadi pelajar di setiap akademi yang akan diduduki selama beberapa minggu itu.

"Beberapa minggu?Sekejap juga ya harap-harap adalah perubahan untuk akademi kita ni..."

"Hahah...kenapa?Puan nak akademi ini bersifat casual?"

"Bukannya apa...sepatutnya mereka semua tahu rasa hendak bergembira bergurau senda..tapi ini tidak semuanya serius sepanjang masa susah betul nak lihat mereka senyum...."ujar dekan bernada terkilan.

"Tak semua..."suara Madam Lena. "Saya ada seorang pelajar yang sangat aktif dan ceria, dan paling penting jenis tak reti nak duduk diam. Ada saja idea gila-gila yang nak dilakukannya."

"Tahu tapi dengan dia seorang tak cukup untuk menceriakan suasana akademi kita..."

"Siapa cakap...."bantah Madam Lena."Hanya dia seorang sahaja dah cukup buatkan keadaan akademi ni tungang langgang. Tempoh hari sewaktu hari sukaneka tu dia sendiri yang ubah permainan yang diadakan supaya pelajar lelaki dan perempuan boleh bergaul. Villius naik angin pada saya..."

"Bella...maksud kamu Arabella Luisa?"

"Ya..siapa lagi Bella dalam akademi ni.."

"Hahaha...dia tu dari tahun pertama sampai lah nak habis belajar masih lagi dengan perangai lama dia..."

"Saya dengar dia yang bina taman berkolam air pancur di laman terbiar tu?"

"Ha'ah...dia dan kawan sekelasnya.."jawab Madam Lena.

"Bagus budak tu ya..."

Bella yang dengar Madam Lena memuji-mujinya menarik senyum lebar. Kembang setaman!

"Kalau begitu sampai di sini sahaja perbincangan kita sehingga hari pertukaran tu tiba, kita uruskan semuanya dengan baik. Terutama sekali disiplin pelajar. Maklumkan pada mereka lebih awal supaya tidak timbulkan masalah dengan pelajar pertukaran lain untuk elakkan nama buruk pelajar dan akademi ni.." pesan dekan.

Tak lama lepas tu bunyi seretan kerusi kedengaran sebelum lampu bilik tersebut di tutup dan membuatkan Bella ditinggalkan seorang diri dalam kegelapan.

Setelah pasti semua orang keluar barulah Bella keluar dari tempat persembunyian, iaitu di tepi belakang almari rak piala. Tanpa meninggalkan sebarang bukti Bella mencicit keluar dari ruang itu dengan pelbagai idea di dalam kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience