"Kau keluar sendiri atau aku yang heret kau keluar macam karung kentang"

Romance Completed 6578

"Hei kau!Perempuan pervert!"panggil satu suara dari belakang kedengaran.

Pelajar-pelajar perempuan yang dalam perjalanan hendak ke padang bagi menghadiri kelas PE mereka itu tersentak.

Dengan serentak semua yang baru keluar dari bangunan berpaling ke suara itu. Setelah mereka berpaling, mereka menghadap sekumpulan pelajar lelaki dari kumpulan basketball akademi mereka.

Selama lima saat pelajar-pelajar perempuan di situ termangu seketika apabila melihat abang-abang lampai berwajah handsome di depan mereka.

"Bukan kau orang tapi si ketot dekat belakang kau tu.."ujar kapten pasukan itu yang melalukan jari telunjuk menghalau pelajar perempuan yang berdiri menghadang target mereka.

Pelajar-pelajar perempuan di situ saling memandang antara satu sama lain. Cuba mencari orang yang dimaksudkan oleh kapten tersebut.

"Kau keluar sendiri atau aku yang heret kau keluar macam karung kentang depan semua orang dekat sini."ugut lelaki yang mengenakan fesyen rambut lebat di bahagian tengah nipis di bahagian tepi seperti Christiano Ronaldo itu. Dia membuat muka bengang setelah mengesan kelibat orang yang menyorok di balik celah pelajar perempuan di situ cuba mengelat.

Perlahan-lahan kepala itu terjengah dari balik bahu rakannya dan mengintai takut ke kapten pasukan basketball itu. Tepat dia intai, masa tu jugak lelaki tu pandang dia macam nak telan bulat-bulat dekat situ.

"Hehehehe...hai Kian."sengih Bella dengan takut-takut di belakang Lucy.

"Jangan kau nak berhai dengan aku..ke sini sekarang.."Kian alukan tangan dia memanggil Bella supaya mendekat.

Bella cepat-cepat menggeleng kepala, dia menyorok dekat belakang Lucy.Kecut perut dia!Mana taknya, kumpulan lelaki di depan dia ni adalah model tak berbayar yang gambarnya di ambil tanpa kebenaran tempoh hari.

Bella tahu kenapa Kian naik angin. Majalah untuk bulan ni baru je keluar dua hari lepas. Yang mana buat kali pertamanya jualan majalah tu tak sampai dua jam dah habis di jual sehingga tak tinggal satu pun cetakan.

Kian memejam mata untuk menahan sabar dia sambil kedua-dua tangan mencekak pinggang.

Pelajar-pelajar perempuan dekat situ hampir hendak tersengih kambing apabila terkesan dengan reaksi marah Kian yang kelihatan hot bagi pandangan mereka.

Perlahan-lahan Kian membuka mata. Renungan dingin penuh amarah diberikan kepada Bella.

"1....2...ti-"hitung Kian tiba-tiba.

Bella yang dengar jadi kalut, dia cepat-cepat tersentak cemas.

"Okay...okay...aku keluar."dia angkat tangan surrender ke sisi. "Geez...why so bitter. Chill la.."cebiknya. Dia terus maju ke depan mendekati kumpulan Kian.

Sementara pelajar-pelajar perempuan yang lain hanya diam memerhati abang-abang basketball di situ dengan minat. Yalah sejak keluaran majalah hottie akademi mereka ini, pelajar-pelajar perempuan mulai memasang minat terhadap ahli pasukan basketball tersebut.

Terima kasih pada Bella kerana membekalkan imej serta gambar yang tidak ternilai kualiti estetikanya.

"What the hell!Siapa izinkan kau letakkan gambar kita orang dalam majalah kau!Kau tahu tak aku boleh kenakan tindakan terhadap kau!" marah Kian serta merta setelah Bella berdiri di depannya. Dia tunjuk majalah yang berada di tangan dia dengan berang.

Bella pandang majalah dekat tangan Kian dengan kening berkerut sebelum pandang pelik.

"Kau beli majalah tu?"tanya Bella dengan sengih goofy dia. Sikit pun tak peduli dengan amarah Kian.

"Bella!"bentak rakan Kian pula.

Senyuman Bella hilang, dia pandang mereka dengan muka tak bersalah.

"Alah...gambar badan je pun..bukan dari atas ke bawah. Lagipun kau orang tak rugi apapun. Patutnya kau orang berterima kasih dekat aku sebab aku tolong famous kan kau orang..." Bella tunding jari ke majalah yang ada di tangan Kian.

Kian dan mereka semua di situ buat muka terkejut tak percaya. Ada jugak perempuan macam Bella dekat muka bumi ni!

"Kepala kau famous!"carut Kian kerana bengang dengan sikap Bella. Dia kibas-kibas majalah tu depan muka Bella dengan ganas.

Bella ketawa bila lihat reaksi berang Kian. Dia angkat tangan nak lindungi mukanya dari kibasan majalah tersebut. Mana dia tak ketawa, dengan muka ala-ala Shawn Mendez tu, kalau marah bukannya nampak menakutkan malah makin hot adalah.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?"tegur satu suara dalam tiba-tiba.

Habis terkejut beruk semua yang ada dekat situ sebab kenal sangat siapa pemilik suara tu. Dan seperti yang di duga, bila mereka palingkan kepala ke arah suara tadi, mereka nampak orang terakhir yang mereka mahu bertembung dekat sini.

Ah!Sudah...tak pasal-pasal pulak!

Ramai-ramai yang ada dekat situ, cuma seorang je tak kecut perut.

"Oh!Hai Villius!"sapa Bella dengan girang saat melambai tangan ke lelaki tu.

Mata Villius bergerak ke Bella sebelum ke kumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang berkumpul di situ.

"Kau orang dah lupa ke peraturan akademi ni?"tegur Damien di sisi Villius dengan nada dingin.

Peraturan dimana pelajar lelaki dan perempuan takl boleh berkumpul ramai-ramai macam ni!

Tanpa kurang mili saat, semua di situ mulai bubar dan beransur pergi ke destinasi masing-masing.

"Dan kau!"Damien tunding jari ke Bella yang sedang tersengih macam kambing!

"Ya saya."sahut Bella sambil angkat tangan ke udara.

"Berhenti timbulkan masalah!"deram Damien di balik ketapan gigi.

Bella ketawa lepas dengar, dia turunkan tangan ke sisi.

"Alah..Villius tak cakap apa-apa pun..yang awak nak over kenapa?" balasnya sambil tunding jari ke Villius.

Lucy dan semua yang berada dekat situ dah buat muka cuak bila dengar Bella lawan kata Damien. Memang la mereka dah sedia maklum dengan sikap kartun Bella, tapi tak ada la sampai macam ni sekali.

Kalau orang lain mahunya mereka terkucil dekat situ bila berhadapan dengan mana-mana ahli majlis pelajar. Ini tak, Bella boleh pulak selamba badak dengan dia orang.

Damien buat muka bengang. Dia mengepal penumbuk nak menengking Bella tapi Villius menyampuk.

"Cukup..bubar dari sini sekarang." arahnya dengan nada mendatar tenang.

Bella nak buka mulut tapi tak jadi lepas Lucy yang berdiri dekat sebelah dia tarik lengan dia dan bergerak pergi dari situ.

Lucy tarik Bella bersama semasa beredar dari situ. "Apa kau ni..main tegur je Villius macam dia tu kawan kau.."desis Lucy dengan keras.

Bella toleh ke belakang sewaktu dirinya di tarik maju ke depan. Dia pandang ke arah Villius yang hanya berdiri di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience