"Kau seorang yang bijak Bella. Marah bukan cara kau selesaikan masalah...."

Romance Completed 6578

"Bella!"Damien dekat belakang tergesa-gesa mendapatkan Bella, dengan beg sandang yang asyik hendak terjatuh dari bahunya, buatkan dia kalut. Damien jalan laju hendak dapatkan Bella. Malas nak berlari sebab beg dia berat dengan buku teks.

Bella dekat depan dah jalan macam gorilla. Kening berkerut seribu, hidung kembang kempis keberangan dan dada naik turun kerana hendak hilang sabar. Kepalan penumbuk di kedua-dua tangan.

"Bella, stop!"panggil Damien dekat belakang dengan lantang.

Serta merta Bella berhenti melangkah, dia tak menoleh tapi kekal berdiri dekat situ membelakangkan Damien. Pandangannya mencerun ke lantai.

Damien terus jalan laju mendekati Bella dan berdiri di depan Bella dengan wajah tegang hendak naik angin.

"Apa kau nak buat?Huh?"tanya Damien dengan nada tegas hendak melenting semasa menatap wajah sedih dan marah Bella.

Bella memandang bengang ke Damien.Bibirnya menggeletar mahu menangis. Keningnya mencerun semasa dua pasang mata bulat tu mulai kemerahan.

"Saya nak bercakap dengan Villius la. Apa lagi!"marah Bella.

"Hentikannya. Nanti bukan dua orang tu je yang kena buang akademi, tapi dengan kau-kau sekali kena buang."pesan Damien dengan kening mencerlung.

Air mata mulai bergenangan di kelopak mata Bella."Sampai hati dia keputusan macam ni...dosa apa dua orang budak tu."nangis Bella. "Sampai kena buang dari akademi. Dia orang cuma suka sama suka...mencintai seseorang bukan satu jenayah!"

Damien mengepal penumbuk menahan sabar. Ikut hati dia nak je bentak Bella. Tapi tidak, dia sabar kan je diri dia kali ni!

"Saya ingatkan dia dah beri kelonggaran. Saya ingatkan Villius dah berubah..."Air mata berjuraian dekat pipi Bella. Sedih dia!Mana tak sedih, sekali lagi pelajar dibuang sebab bercinta. Biar la dia orang bercinta.

"Kau tak kenal dia Bella."keluh Damien.

Bella mengetap gigi menahan marah. "Apa yang tak kenal?Saya tak kenal dia yang dia buat peraturan tak masuk akal ni sebab dia rasa tertipu lepas kekasih lama tinggalkan dia?Macam tu?"soal Bella. "Itu masalah dia la..yang di tinggalkan dia...salah ex dia..bukan kami semua dekat sini..."marah Bella dengan air mata mengalir turun.

Damien memandang air mata yang turun dekat mata Bella sebelum air mata itu jatuh ke lantai.

"Saya tak tahan dengan semua ni...saya nak buat perhitungan dengan Villius sekarang jugak. Saya nak tanya dia kenapa dia buat semua ni!"Bella bergerak hendak maju ke depan.

Damien ikut berpaling lepas Bella jalan melepasi dia. Lengan atas Bella di cengkam Damien sebelum dia tarik Bella sandar ke dinding secara paksa.

"Auw!"aduh Bella bila belakang dia terhentak pada dinding.

"Aku takkan izinkan kau jumpa dia. Bukan sekarang. Bukan dalam keadaan kau marah macam ni Bella. Kau akan rosakkan semuanya." tegah Damien dengan nada tenang dan collected.

Bella pandang Damien dengan kening berkerut tak faham. Sisa air mata yang bertakung dekat kelopak jatuh menitis ke pipi.

"Kau seorang yang bijak Bella. Marah bukan cara kau selesaikan masalah...."Damien memberi renungan gelap ke Bella semasa tangan dia kuat mencengkam lengan Bella. Tapi tak cukup kuat untuk sakiti Bella.

Bella yang dengar cuma mendiamkan diri, dia menggigit bahagian dalam pipi dia seakan sedang berfikir dengan kata-kata Damien.

Damien perlahan-lahan menurunkan tangan dia dari lengan Bella setelah gadis itu bertenang. Dia berdiri menghadap Bella sewaktu menatap wajah Bella dengan lama.

"Fine..."renggus Bella sewaktu menyilang tangan ke dada dan palingkan kepala ke kanan tanda enggan memandang Damien.

"Good."ucap Damien.

Bella menjeling ke Damien dengan muncung itik tak puas hati dia.

"Adakah awak tahu tentang hal ni dari awal?"tanya Bella yang ingin tahu.

Damien menggeleng kepala. Jujur beritahu dia sendiri baru tahu hari ni. Memang la tak terkejut kalau Villius buang pelajar. Tapi tak adalah secepat ni. Baru sebulan lepas dua pasangan pelajar dibuang lepas tertangkap kerana bercinta. Ni lagi!

"Lelaki mereng tu akan menyesal...dia tak tahu dengan siapa dia berurusan."cemberut Bella dengan renungan nekad dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience