"Kau menang."

Romance Completed 6578

Muka itu ditonyoh dengan kain kapas yang terpalit dengan cecair pencuci make up. Saja sebab sakit hati dengan orang di depannya.
Bella mengesat kasar muka Villius membuatkan kening lelaki itu berkerut.

"Kau dah kenapa, reti tak buat kerja."marah Villius semasa memegang tangan Bella.

Bella buat muka tak puas hati dia masa pandang Villius.

"Saja."jawabnya.

"Dengan dia orang elok je..dengan aku kau tonyoh macam apa.."sungut Villius dengan kening berkerut.

"Sebab saya sakit hati dengan awak.."balas Bella semasa mengesat sisa eyeliner dari kening Villius.

Villius mendiamkan diri setelah itu. Dia hanya merenung dalam ke wajah Bella. Tak lama lepas tu suasana menjadi senyap seketika.

Waktu itu ahli majlis pelajar yang lain ada yang sedang tidur, ada yang duduk menghadap komputer, ada juga yang berehat sambil mengenakan headfon di kerusi goyang menghadap jendela bilik. Damien yang masih belum puas tidur, terbaring di atas sofa dengan lengan di atas mata.

Jam di dinding beritahu, masa sudah pun hendak masuk makan tengah hari. Tapi disebabkan cuaca sejuk dan tidak bermatahari itu buatkan keadaan sangat lembab dan malas.

"Kau yang rancang semua ni ke?"tanya Villius dengan perlahan.

Bella memandang mata Villius sebelum perlahan-lahan menurunkan tangannya ke bawah. Dia terdiam sekejap semasa merenung tepat ke mata itu.

Mata Villius bergerak ke kanan dan kiri semasa meneliti setiap inci wajah Bella seakan terpukau dengannya.

"Dekan..dia jumpa dengan aku minggu lepas masa sesi makan malam dengan family aku." kata Villius tanpa mengalihkan pandangan dia dari mata Bella.

"Apa dia cakap?"tanya Bella dengan perlahan.

"Dia ceritakan dekat aku semuanya."bisik Villius yang tanpa sedar tangan dia bergerak naik memegang atas tangan Bella yang berada di peha gadis itu.

Mata Bella gerak memandang tangan Villius yang menyentuh lembut tangannya.

"Dia beritahu aku, idea program pertukaran pelajar tu adalah idea asal kau masa musim panas tempoh hari. Dia jugak beritahu aku, kau yang tolong aku carikan Venessa dan bawa kan dia ke sini untuk bertemu dengan aku."kata Villius sambil meramas lembut jari jemari Bella.

Bella mengangkat kepala lalu bersemuka dengan Villius semula.

"Venessa dah jelaskan dekat aku semuanya. Dia beritahu aku, dia tinggalkan aku bukan sebab lelaki lain tapi disebabkan dia perlu dapatkan rawatan untuk kanser dia. Disebabkan dia tak nak aku susah hati dan kesiankan dia, sebab itu Venessa tipu dan pindah keluar dari sini..."cerita Villius lagi semasa merenung ke dalam mata Bella.

Bella tersenyum lega.

"See...hidup ni tak ada la seteruk yang awak sangkakan...macam yang saya pernah beritahu awak awal dulu...orang tinggalkan kita bukan sebab tak sayang. Sebab sayang mereka tinggalkan kita. Venessa tinggalkan awak bukan sengaja nak kecewakan awak..."kata Bella sambil tersenyum riang.

Villius ikut tersenyum taktala melihat senyuman Bella.

"Kau menang."ujarnya.

"Apa maksud awak?"Bella pandang tak faham.

"Aku tersenyum...macam apa yang kau kata. Kalau aku tersenyum, peraturan tu akan di mansuhkan."

Bella ketawa kecil lepas dengar. "Serius?"

Villius angguk kepala perlahan. "Um. Aku dah bincang dengan dekan tentang hal ni dua hari lepas. Dia akan proses semua apa yang patut dan larangan tu akan dimansuhkan secepat mungkin."

"Tapi kenapa?Saya ingat awak nekad nak kekalkan peraturan ni?"

Villius pandang tangan dia yang sedang meramas jari jemari Bella.

"Lepas Venessa jelaskan semuanya. Perasaan benci aku dah tak ada. Ianya hilang macam tak ada apa-apa yang berlaku. Betul cakap kau..semua ni ego aku. Jadi untuk tu...aku akan try enjoy tahun terakhir ni dengan gembira macam kau cakap."Villius tersenyum lagi semasa mengentel jari Bella dengan jarinya sendiri.

Bella tepuk tangan Villius yang meramas tangannya. "Bagus la."

Villius angkat kepala, dia berkerut kenng kebingungan."Tapi macam mana kau boleh tahu semua ni?Setahu aku tak ada sesiapa pun yang tahu tentang Venessa selain aku dengan Damien?"

Bella menjungkit bahu. Lalu menopang pipi dengan tangan kanan dia."Who knows..."balas Bella sambil buat muka tak tahu.

Villius mengecilkan mata curiga dia pada Bella. Lalu matanya terarah pada jari manis Bella yang terpasang cincin padanya.

"Sekejap."dia capai tangan kanan Bella lalu di belek cincin tu dengan kening berkerut. "Ini bukan ke cincin couple?"

Bella tersenyum lalu mengangguk kepala.

"Ha'ah."

Villius pandang tak percaya ke Bella. "Sejak bila kau couple? Dengan siapa?"

Bella sentuh cincin pada jari manisnya sambil tersenyum pada Villius.

"Saya akan beritahu lepas pemberitahuan pemansuhan peraturan tu diadakan secara rasmi. Buat masa ni...biar la rahsia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience