Laman Akademi Crimson dipenuhi dengan kanopi dan para pengunjung yang meraikan hari karnival musim sejuk yang berlangsung pada hari itu
Di Akademi Crimson High, karnival akan diadakan setiap tahun dengan setiap musim yang berbeza. Antara tarikan dan Budaya yang amat digemari oleh para pelajar di akademi tersebut.
Kerana di dalam karnival itu terdapat pelbagai gerai yang menarik untuk dikunjungi. Dari booth arked sehinggalah gerai makanan. Malah kelab-kelab akademi membuka booth untuk promote perihal akademi masing-masing.
Suara pelajar-pelajar tahun akhir memanggil-manggil pengunjung agar mengunjungi booth mereka memeriahkan hari itu. Pelbagai jenis booth di buka dengan pelbagai ragam manusia.
Pelajar junior turut datang memeriahkan hari itu dengan membeli dan menyertai aktiviti yang diadakan di setiap booth dan gerai arked yang ada di situ.
Di celah orang ramai di situ, gadis berkamera berada di tengah-tengah kesibukan. Mengambil gambar dan video yang menarik sebagai bahan untuk artikelnya.
Bella yang sedang mengiringi 15 orang pelajar pertukaran seronok bercerita, itu dan ini seakan dia sudah lama dengan pelajar-pelajar di situ. Mendengar celoteh Bella yang sememangnya sentiasa menaikkan seri tempat itu.
"Kalau minat datang lah setiap musim, nanti musim bunga dengan musim panas kita orang ada karnival yang berasingan dan aktiviti yang berbeza...alau musim sejuk istimewanya makanan hangat dan aktiviti indoor, tapi nanti masa musim panas lagi seronok sebab ada konsert, kolam renang musim panas, aktiviti padang..."jelas Bella semasa berjalan melewati kanopi di situ lalu berhenti di tengah-tengah jalan.
Mereka di situ memandang penuh perhatian ke arah kanan dan kiri mereka. Kelihatan tidak sabar hendak mencuba semua gerai di situ.
"Itu sahaja penerangan saya...jadi awak semua boleh ambil masa dan menikmati masa ni, selamat berjamu selera dan bergembira !" Bella mendepakkan tangan mengalu-alukan mereka untuk menjelajah sekeliling tempat itu.
Tanpa berlengah mereka semua berpecah, bergerak ke arah yang dikehendaki. Sedang Bella tersenyum sendiri melihat pelajar-pelajar pertukaran mengunjungi gerai di situ. Satu mafela melilit sekeliling lehernya dari belakang sebelum tangan itu merangkul bahunya.
"Dah habis ke sesi penerangan kau?Boleh kita enjoy tak?"ajak Yuta di sebelah kiri.
Bella toleh ke Yuta dan membuka mulut hendak bersuara tapi belum sempat nak bercakap satu pelukan erat pada lengan kiri menghentikan niat dia.
"Uhh...sejuknya. Jom lah masuk dalam. Aku dengar kelab drama ada jual steamboat.."ajak Lucy sambil melompat setempat.
"Hei...tunggu saya!"panggil Venessa dekat belakang.
Bella dan yang ikut toleh ke belakang semasa memerhati Venessa berjoging mendekati mereka dengan senyuman di bibir.
Sejak sebulan setengah pelajar pertukaran verada di sini, Venessa menjadi kawan mereka bertiga. Semua ini kerana jasa baik Bella yang berjaya memulihkan hubungan Villius dengan Venessa sendiri. Dan sejak itu sikap Villius ikut berubah.
Lalu diikuti dengan para pelajar Akademi Crimson High sendiri. Mereka yang dulu kaku dan dingin tidak bersosial kini lebih mesra dan ceria.
"Hah. Dapat pun kejar. Awak berdua ni kan..." keluh Venessa lepas berdiri di depan mereka bertiga.
"Kenapa awak berlari?"tanya Bella dengan senyuman di bibir.
Lucy yang lihat menarik senyuman menahan ketawa dia.
"Mereka ni..saya suruh jalan sama. Malah menonong sahaja pergi tinggalkan saya.."luah Venessa sambil mencekak pinggang.
"Mana ada...kami berdua cuma nak berikan ruang untuk awak bersama dengan Villius je." jelas Lucy.
"Betul-betul-betul..."angguk Yuta.
Venessa memberi jelingan main-main dia sambil berderam.
"Grrr...kami tak perlukan waktu berdua...apa salahnya kalau jalan sama."sungut Venessa.
Bella tersenyum melihat perbalahan mereka. Terus dia angkat kamera dan mengambil beberapa gambar situasi perbalahan tiga orang di depannya.
Beberapa klik kedengaran sebelum ia terhenti bila lensa kamera Bella terarah pada lorong di depan dia. Di lorong itu, sekumpulan lelaki hottie yang mengenakan pakaian casual jalan dalam satu barisan berbual sesama mereka dengan senyuman di bibir.
Lelaki di tengah, orang yang dulu perenggus dan dingin sedang tersenyum manis sewaktu berbual dengan orang di sebelah kiri yang pada awalnya berebut inginkan dia. Sementara orang disebelah kanan berdirinya orang yang menjadi mastermind disebalik kejadian yang berlaku dalam akademi ini sepanjang tempoh 9 bulan ini.
Dengan senyuman di bibir, Bella ambil beberapa gambar sewaktu kumpulan hottie itu jalan menghampiri ke arah mereka.
"Ha..itu pun mereka."maklum Venessa yang memandang ke satu arah. "Sini...Damien,Villius, Xavier!"panggilnya.
Dengan serentak ketiga-tiga lelaki itu memandang ke tempat dimana mereka sedang berdiri.
Yuta dan Lucy dalam dunia mereka sejak tadi saling berbisik dan ketawa akan sesuatu. Bella yang perasan ambil beberapa gambar pasangan itu dengan senyuman senang di bibir.
"Lah..ingatkan dah dekat dalam tadi."kata Villius lepas tiba di depan mereka.
"Kami baru je jumpa Bella ni."maklum Venessa dengan ceria.
Dengan serentak ketiga-tiga lelaki tu memandang Bella.
Bella tersenyum manis pada mereka bertiga. "Jom la kalau macam tu.."ajak Bella dengan kepala dia dijuih ke arah kirinya.
Mereka semua di situ mengangguk kepala dan mula bergerak dalam kumpulan masing-masing.
Lucy bergandingan dengan Yuta di hadapan sekali. Venessa yang merangkul erat lengan Villius berada di belakang. Sementara Bella yang berdiri di tengah-tengah antara Damien dan Xavier asyik dengan kameranya.
Beberapa gambar di ambil semasa dua pasangan itu dengan gembira berbual akan sesuatu sesama mereka. Setelah puas mengambil gambar, Bella menurunkan kamera dia.
"Okay guys. Nak makan apa dulu?"tanya Bella masa pandang kanan dan kiri dia. Merujuk pada dua lelaki di sisinya itu.
Damien yang jalan dengan tangan dalam poket seluar cuma memandang ke depan, sementara Xavier dekat sebelah tersenyum.
"Apa yang awak suka makan Bella?"tanya Xavier.
Bella buka mulut hendak bersuara. Tapi suara lain pula yang keluar.
"Sotong bakar..."sampuk Damien dekat sebelah.
Bella toleh ke kiri dia dengan kening berkerut.Mana Damien tahu?
Xavier yang dengar ketawa kecil. "Saya ganggu awak berdua ke dekat sini?"tanya Xavier pada Bella.
Bella dongak memandang Xavier lantas menggeleng kepala hendak versuara, tapi disampuk sekali lagi.
"Kalau dah tahu tanya lagi buat apa."Damien berpaling memandang Xavier dengan renungan bosan.
"Wow...cool down bro. Aku dah lama undurkan diri okay."Xavier angkat tangan surrender dia pada Damien.
Damien menjuling mata 'what ever' sebelum membetulkan cermin mata yang melurut turun di batang hidungnya.
"Saya gerak sama dengan Villius kalau macam tu.."pamit Xavier yang terus maju ke depan meninggalkan Bella sendirian bersama Damien.
"Tu-"Bella gerak hendak panggil Xavier tapi terhalang bila jari jemari dia di cengkam erat di celah cari jemari orang di sebelahnya.
"Nak ke mana tu.."tanya Damien.
Bella toleh memandang geram ke Damien. "Perlu ke?"tanya Bella sambil tunding jari ke arah Xavier.
"What...dia buat aku rimas. Beside..kau teman wanita aku. Rasanya tak salah pun apa aku cakap tadi."balas Damien dengan muka selamba dia semasa pandang ke depan.
Bella buat muka menyampah lepas dengar. Berlagak betul!
"Ingatkan saya balik kenapa saya terima awak sebagai teman lelaki saya?"tanya Bella dengan jengkel.
"Supaya kau dapat tahu rahsia Villius dan mansuhkan peraturan dia dari akademi ni." jawab Damien. "Kau rasa macam mana kau berjaya buatkan dia mansuhkan peraturan tak masuk akal tu kalau tanpa aku?"Damien palingkan kepala ke kanan dia.
Bella dongak memandang Damien lalu membuat bibir mengajuk kata-kata berlagak Damien. Lalu dijentik bibir tu dengan Damien.
"Auw..."aduh Bella yang kemudiannya menampar dada Damien kerana geram. "Berlagak!"komen Bella.
"Berlagak-berlagak pun, boyfriend kau jugak." seloroh Damien sambil mengeratkan cengkaman dia pada jari jemari Bella.
Bella melepaskan renggusan tak puas hati.
"Saya still tertanya-tanya. Kenapa awak bagi syarat untuk minta saya jadi teman wanita awak masa tu?Ada sebab tertentu atau awak sengaja nak annoyingkan saya? Yalah dari awal lagi kita kan tak mutual. Ada je yang nak disakitkan hati."tanya Bella masa dia perhati Yuta dekat depan dah dukung Lucy dekat atas bahu menyakat gadis itu. Meledak ketawa Lucy dibuatnya.
Sementara Villius dan Venessa yang lihat cuma ketawakan lagat dua orang itu.
Damien termenung memandang ke depan sambil tersenyum. Panjang ceritanya kalau nak diberitahu.
"Aku ceritakan nanti."
"Alah....sekarang la. Suka la nanti-nanti." lengan Damien digoncang-goncang dengan Bella.
"Ya...aku cerita tapi bukan sekarang. Nanti." balas Damien masa tersenyum gembira.
Share this novel