Dalam diam, Venessa berdiri dekat tepi semasa memerhati Villius dari jauh. Dia dengan wajah sugul namun tersenyum senang kelihatan sendirian dekat tepi tiang tu.
Villius yang duduk lepak dengan Damien dan rakan-rakan Majlis Pelajar lain sedang berborak sesama mereka tentang itu dan ini sama sekali tidak menyedari akan hal itu.
Dia yang sejak jadi memerhati pun rasa kesian."Awak tahu...saya bawa awak ke sini bukan nak buatkan awak nampak pathetic..." tegur Bella di sisi secara tiba-tiba.
Venessa apa lagi, terkejut la dia. Sampai tangan dia naik memegang dada sebab senak. Bila dia toleh ke sisi, dia melihat gadis cantik dengan aura ceria di sekelilingnya.
"Dia bencikan saya."kata Venessa dengan perlahan.
Bella yang memandang kumpulan Villius dari jauh itu toleh ke sisi. Bertemu muka dengan Venessa. Gadis yang dia temui tiga minggu awal sebelum program pertukaran pelajar diadakan.
Setelah mendapat maklumat siapakah bekas teman wanita Villius, Bella telah minta Yuta hack 9 akademi yang lain untuk mendapatkan maklumat sekiranya Venessa belajar di salah satu akademi tersebut. Dan bertuahnya memang ada.
Jadi Bella minta Yuta hack system senarai pelajar yang bakal ditukar ke akademi-akademi supaya dapat menempatkan Venessa ke akademi Crimson High. Yang mana berjaya.
Setelah Bella menemui Venessa, Venessa menceritakan segalanya pada Bella. Dari awal. Dari waktu Venessa mengenali Villius sehingga la gadis itu terpaksa berpisah dengan Villius.
Dan ini la senjata terakhir dia untuk ubah pendirian Villius. Sekiranya tidak berjaya jugak, terpaksa la dia buat keputusan terakhir.
"Dia bencikan awak sebab tak tahu. Kalau awak beritahu dia hal sebenar semua ni takkan terjadi. Percaya la. Kalau awak beritahu dia hal sebenar. Dia takkan bencikan awak. Dan pendirian dia terhadap perempuan akan berubah."pujuk Bella dengan perlahan.
Venessa pandang Bell dengan kening mencerlung sedih.
"Saya tak nak dia bersimpati pada saya Bella."
"Ianya bukan mencari simpati Venessa. Awak beritahu dia sebab tak nak dia terus menerus bencikan awak."tegas Bella. "Sampai bila awak nak macam ni...kalau awak sengsara, ini kan lagi Villius."
Venessa tunduk memandang ke bawah berasa serba salah.
Bella melepaskan hela pendek. Berasa kesal kerana Venesaa tidak mahu cuba pertahankan diri sendiri.
"Fine..suka hati awak. Kalau awak sanggup teruskan sisa hidup awak dengan penyesalan. Buat la apa awak nak buat...saya cuma cuba tolong apa yang patut sebagai seorang kawan." Bella gerak hendak berpaling pergi dari situ.
Venessa cepat-cepat capai lengan Bella dan menghakang gadis itu dari pergi dari situ.
"Macam mana kalau dia tak nak dekat saya semula lepas dengar semua tu nanti?"tanya Venessa dengan wajah sebak dan takut.
Bella berpaling menghadap Venessa dengan kening berkerut. Dia kenal Villius. Lelaki itu bukan la seorang yang mudah ubah pendirian apatah lagi perasaan. Sekiranya Villius dah lama move on, Villius takkan bersikap dingin begini. Melainkan, Villius masih sayangkan Venessa.
"Awak tak cuba...awak tak tahu Venessa. Pergi la..jumpa Villius. Jelaskan dekat dia semuanya."pujuk Bella buat kali terakhir.
"Boleh ke saya?"tanya Venessa inginkan kepastian.
Bella capai tangan Venessa lalu ditepuknya dengan perlahan sambil tersenyum. "Awak boleh."
Venessa pandang tangan Bella buat seketika sebelum memandang Bella semula.
"Kenapa awak buat semua ni?"tanya Venessa.
Bella tersenyum lebar menampakkan barisan gigi dia.
"Tipikal kehidupan sebagai seorang pelajar. Mesti lah nak rasa enjoy dan happy going kan?"jawab Bella sambil melentokkan sedikit kepala ke kanan.
Share this novel