"Kiss aku. Dan rahsia terbesar Villius ada dekat tangan kau."

Romance Completed 6578

Terintai-intai seperti pencuri Bella terhendap-hendap elakkan diri dari tertangkap sewaktu selinap untuk ke menara tempat rahsia dia lepak. Dengan kunci utama itu dia seluk ke dalam mangga lalu membukanya. Sebelum dia masuk, Bella pandang kiri dan kanan dia dengan awas. Memastikan tak ada sesiapa nampak barulah dia masuk ke kawasan larangan tu.

Bella mendaki anak tangga berpusar tu terus naik ke puncak menara. Setiba dia di situ Bella duduk di atas tembok batu dengan posisi dia selalu duduk. Selesai selesakan diri Bella termenung memandang pemandangan hutan yang terbentang luas di belakang akademi itu.

"Mana dia ni...?"keluh Bella semasa tunduk memeriksa jam tangan dia. Kejap lagi dia ada kelas Sejarah. Kuiz lagi tu, jadi dia tak boleh lewat atau missed class.

Seminit menjadi lima minit. Lalu menjadi 10 minit. Berputus asa untuk menunggu orang tu datang Bella lompat turun dari tembok tu untuk pergi dari situ. Tak nak dia tunggu lama dekat sini.

Kalau bukan sebab janji dia pada orang tu, dia takkan jejak kaki dekat sini semata untuk tahu apakah rahsia Villius yang seterusnya yang dia perlu tahu supaya dapat musnahkan peraturan tak masuk akal lelaki tu!

Baru sahaja tangan dia hendak pegang tombol pintu, secara tiba-tiba pintu tu di tarik keluar dan orang itu muncul di depannya dengan muka selamba tak ada perasaan.

"Seriously?Baru sekarang awak nak muncul?"tanya Bella semasa berdiri dekat depan pintu tu dengan muka tak percaya dia.

Lelaki depan Bella hanya buat muka selamba. "Aku tak macam kau, tak ada kerja nak buat selain ponteng kelas.." seloroh lelaki tu.

Bella buat muka. Tak balas. Dah memang betul nak balas apa lagi. Lelaki depan dia ni kan apa je tak tahu tentang dirinya?

"Whatever... Lain kali je beritahu. Saya ada kuiz yang kena di ambik ni..." Bella gerak ke tepi lelaki tu untuk meloloskan diri. Tapi belum sempat dia nak dekat dengan pintu, lelaki tu hadang laluan dia. Bella pandang lelaki lampai di depannya dengan kening berkerut."Uh?Apa awak cuba buat ni?Tepi.."

"Ingat perjanjian kita Bella."

Bella berdiri tegak dekat situ. Tak jadi nak keluar dari situ.

"Good."senyum lelaki tu kerana berpuas hati dengan sikap mengalah Bella.

"Fine..So what?Apa awak nak beritahu saya?"

Lelaki tu tutup pintu terlebih dahulu sebelum gerak ke tiang yang ada di situ lalu bersandar padanya dengan tangan bersilang di dada.

"Na-ah-ah...semua maklumat tu bukan free okay. Ada bayaran dia. Kalau kau nak, kena bayar dulu."aju lelaki tu dengan senyuman sinis meleret dia.

"Berapa?"tanya Bella. Apa saja dia sanggup buat asalkan dia tahu rahsia Villius yang boleh bantu dia untuk buatkan Villius jatuh cinta pada dia.

"Dekat la...takkan aku nak cakap kuat-kuat." lelaki tu lambai tangan ke Bella supaya mendekat.

"Hish...ada-ada je la. Cakap je pun susah." renggus Bella semasa mendekati lelaki yang bersandar pada tiang tu. Dan bila dia dah berdiri depan lelaki tu. Bella bersuara. "Hah..apa dia. Beritahu la."

Lelaki tu turunkan tangan lalu di letakkan ke atas kaki sewaktu membongkok sedikit kedepan untuk bertemu muka dengan Bella.

Bella apa lagi, dia undurkan kepala dia kebelakang sedikit bila jarak hidung mereka hampir hendak bersentuhan. Mata dia tidak berkedip dari renungan lelaki depannya.

Lelaki depan Bella pegang dagu Bella lalu di dongakkan sedikit memandangnya.

"Kiss aku. Dan rahsia terbesar Villius ada dekat tangan kau. Lepas ni kau boleh buat apa kau nak tanpa bantuan aku."bisik lelaki tu depan muka Bella dengan nada menggoda dia.

Kening Bella mencerun tajam sebaik mendengarnya."Kalau saya tak nak?"

Lelaki itu memandang bibir lalu tersengih jahat."Terpulang...kau yang yang nak rahsia tu..."

Bella menggigit bawah bibirnya sewaktu berfikir, keningnya berkerut-kerut dalam dilemma. Kiss je pun. Bukan hal besar.

"Deal."angguk Bella dengan nekad.

Lelaki tu kembali berdiri tegak dan sandar ke dinding.

"Tapi kau kena ingat. Tak ada siapa boleh tahu hal ni sampai peraturan Villius dimansuhkan. Faham?"

Bella angguk kepala. "Okay."

Sebaik perkataan itu keluar dari bibir Bella, lelaki tu terus angkat Bella dan didudukkan atas tembok batu dan memagari kanan kiri Bella dengan tangan dia.

Bella yang tergamam dengan situasi itu membutang mata seluasnya.

"Kiss aku sekarang."lelaki tu sua muka dia dekat pada Bella sambil memandang tepat ke mata Bella.

"Rahsia tu dulu."aju Bella.

"Macam mana aku nak beritahu kalau kau tak kiss aku dulu. Macam mana kalau kau lari lepas dengar rahsia tu?" aju lelaki tu pula.

Bella berkerut kening. Lelaki di depannya ini memang pandai! "Macam mana kalau awak tipu saya lepas saya kiss awak?"

"Alah..macam la ni first kau.."

"Kalau memang ya kenapa?"

Lelaki tu buat muka betul-betul terkejut."What?Ini first kiss kau?"

"Ugh...rahsianya dulu!"ngerang Bella kejengkelan.

Lelaki tu tersengih boyish."Kiss dulu." dia dekatkan bibirnya pada Bella.

Bella pandang wajah lelaki depannya dengan muka kejengkelan. Sebelum mata dia turun memandang bibir merah jambu bersih itu sehingga tidak sedar dia menelan air liur gemuruhnya.

"Kenapa?Tak tahu nak kiss ke?"tanya lelaki tu dengan senyuman menyakat dia.

Bella menjegil mata bulat kegeraman lepas dengan komen tu. Memangnya kalau dah first kiss ada pengalaman? Berlagak betul!Terus dia tekap kedua-dua belah pipi lelaki depannya sebelum memejam kan mata.

.

FILTERED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience