Pejam celik-pejam celik, sekelip mata projek taman bunga Bella berkembang dengan baik. Dari laman yang duku berupa seperti tempat pembuangan sampah dan terbiar perlahan-lahan ada rupanya.
Semua ini kerana komitmen yang diberikan oleh Bella dan rakan sekelasnya yang lancar dibawah pimpinan Bella yang sentiasa mengikut jadual. Mereka cepat sehari dengan membina kolam ikan yang di bantu oleh pelajar lelaki.
Sementara pelajar perempuan sibuk menanam pokok bunga dan tumbuhan renek mengikut rekaan yang telah di lukis oleh Bella pada kertas blueprint. Bella yang perlu melaporkan setiap perkembangan itu sentiasa berulang alik dari bilik umum majlis pelajar.
Namun di sebabkan terlalu letih, gadis itu jatuh sakit dan tidak hadir ke akademi selama beberapa hari. Jadi projek itu diteruskan di bawah pimpinan Yuta atas arahan Bella sendiri.
"Itu sahaja laporan dari saya..."ujar Yuta kepada Villius sewaktu berdiri di depan meja lelaki itu. Yuta pandang Villius dengan renungan tidak berminat dia.
Villius yang dengar hanya mengangguk kepala.
"Urm...."balasnya dengan pendek.
Yuta angguk kecil."Kalau macam tu saya minta diri dulu...""pamit Yuta sebelum berpaling.
Villius mengangkat kepala, mengalihkan perhatiannya dari skrin ipad setelah melihat Yuta membelakangkan dia. Sebenarnya dia tak nak ambik tahu, tapi masalahnya dia sendiri tertanya nak buat macam mana.
"Mana ketua projek?Bukan ke dia yang sepatutnya laporkan perkembangan ni?Dah masuk dua hari aku tak nampak dia?"tanya Villius dengan renungan tajam.
Yuta berpaling semula ke Villius, dia mengangkat kening haira saat memandang Villius yang menanyakan soalan. Ya hairan la..lelaki dingin depan dia ni jarang pedulikan orang lain.
"Bella dia demam...dah dua hari.."jawab Yuta bernada mendatar.
Kening Villius bergerak sedikit, cuba mengawal reaksi mukanya.
"Ya ke kalau macam tu kau boleh pergi." halaunya.
Yuta memberi anggukan kecil kepada Villius sebelum beredar dari bilik tersebut.
Sebaik sahaja Yuta keluar, Villius duduk bersandar, termenung memandang skrin komputernya dimana gambar perkembangan projek yang dia terima melalui email yang dihantar sendiri oleh Bella.
Gambar dimana-mana pelajar lelaki dan perempuan bersama-sama gotong royong sambil bergaul mesra. Keluhan kesal dilepaskan dari bibirnya.
Damien yang perasan akan hal itu bersuara sewaktu tunduk menyiapkan tugasannya dimeja kerja.
"Haik baru dua hari dah rindu ke?"tanya Damien dengan senyuman sinis di bibir.
Villius mengerling ke arah Damien, berkerut kening mendengarnya.
"Apa kau tiba-tiba jer."
"
"Aku tahu lah..aku sendiri pernah bercinta..rupa kau tu sama macam aku bila rindu dekat orang...kalau rindu lawatlah dia dekat rumah sana tak payah nak ego sangat. Benda dah lama kot...lagipun kau dengan bekas teman wanita kau tu dah lama putus, dekat lima tahun dah..."seloroh Damien semasa menulis.
Dengusan pendek kedengaran dari mulut Villius. Kelihatan tidak berpuas hati apabila mendengar kata-kata itu.
"Asal kau ungkit benda tu?"tanya Villius tidak berpuas hati.
Damien mengangkat kepala, menghentikan coretannya. Dia pandang Villius dengan senyuman nipis di bibir.
"Memang betulkan. Alasan kenapa kau kuatkuasa undang-undang larangan pergaulan antara pelajar perempuan dan lelaki sebab dendam kau dekat dia kan dan jadikan semua orang dekat sini sebagai mangsa keadaan aku tak rasa pun apa yang Bella buat tu ada salahnya. Dia cuba bantu kau untuk move on dan aku boleh nampak perubahan tu dekat kau sejak Bella dekati kau..."
"
Villius mendiamkan diri. Malas hendak bersuara ketika dia sedang marah. Lagipun kata-kata Damien tak ada yang salahnya. Semuanya betul. Memang benar dia cipta peraturan merepek ni kerana ditinggalkan oleh kekasihnya.
Bukan dia jadikan pelajar akademi ni sebagai mangsa keadaan. Dia cipta peraturan ni supaya apa yang berlaku pada diri dia tidak akan berulang. Lagipula sejak peraturan ni dicipta keputusan dan gred pelajar akademi ini meningkat dengan cemerlang.
hahha ..tinta tgk ramai pegi akaun sebelah..
Share this novel