Pelajar Pertukaran

Romance Completed 6578

Sebulan kemudian...

Menyambut pelajar baru seakan ingin menyambut kerabat diraja datang ke situ. Pelbagai persediaan serta kelengkapan yang tidak pernah ada dalam akademi selama ini mulai memenuhi setiap inci di dalam bangunan itu.

Mesin minuman layan diri, cafeteria menghidangkan makanan yang enak-enak. Dan bukan lauk dan makanan yang sama sepanjang minggu setiap bulan.

Paling teruk, siap pasang banner pula untuk menyambut kedatangan mereka. Apa bezanya pelajar dari akademi lain dengan akademi ni sendiri. Tetap seorang pelajar. Jadi setiap orang ada hak yang sama rata. Memang teruk betul akademi ni. Tak hairan la kalau pemiliknya sendiri pun berperangai teruk!

"Oi..Bel..""sapa Lucy yang lari mendapatkan Bella dari belakang lalu jalan sambil merangkul lengan rakannya itu kerana kesejukan. "Kau tahu hari pelajar-pelajar pertukaran tu tiba hari ni. Aku dapat tahu kelas kita ada seorang..kelas lain tak tahulah.."cerita Lucy.

Bella hanya membuat muka tidak peduli. Di kepalanya hanya ada satu perkara sahaja. Villius!

"Bella..kau dengar tak ni..."Lucy menyiku tepi rusuk Bella dengan perlahan.
"
Bella seluk tangan ke dalam poket kot dia sebab kesejukan.

"Ya. Aku dengar... kau nak aku cakap apa lagi..dah lah cepat jalan, kaki aku dah kebas ni..." gesanya.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bangunan, seluruh tingkap dan ruang yang mampu membuatkan udara dingin masuk telah di tutup.

Mesin pemanas mulai mengeluarkan haba untuk disebarkan pada seluruh ruang akademi agar penghuninya tidak mati kesejukan. Ya buat pertama kalinya. Elok juga kalau ada pelajar luar masuk sini. Dapatlah mereka merasai semua kemudahan ni.

Sedang Bella dan Lucy mendaki tangga untuk ke tingkat satu, sekumpulan pelajar perempuan dari atas dengan tergesa-gesa menuruni tangga. Membuatkan Lucy terus bergerak memegang rel besi tangga apabila asakan itu mendorong mereka bergerak hendak jatuh ke belakang.

Bella yang tidak sempat nak mengelak, jalan mengundur sebelum kakinya hilang ke seimbangan dan bergerak jatuh ke belakang.
Lucy yang lihat ternganga mulut, mata terbutang luas.

"Bella!"panggil Lucy yang menghulur tangan hendak memegang Bella tapi tak sampai. Tepat pada masa itu, tubuh Bella di sambut kemas oleh seseorang. Bella tergantung di atas lengan orang itu sewaktu wajah mereka saling bersemuka. Mata Bella tidak berkedip apabila melihat lelaki berambut coklat yang disisir kemas pacak ke tepi di depannya.

"Awak tak apa-apa?"tanya lelaki itu dengan suara dalam yang lunak. Membuatkan Bella terpukau seketika sebelum jeritan pelajar perempuan menyentaknya.

Kyaaaaa!!!!!!

Bella pandang ke balik bahu penyelamatnya ke arah kekecohan tersebut dengan muka pucat tak berdarah gara-gara terkejut nak terjatuh tadi.

Bella nampak, pelajar-pelajar perempuan mula berkerumun mengelilingi seseorang. Setelah itu dia kembali memandang penyelamatnya.

"Ya...saya tak apa-apa....te-terima kasih." "ucap Bella terketar-ketar. Masih terkejut yang amat sangat. Kalau bukan kerana lelaki di depannya, mungkin sekarang dia sudah patah riuk, paling teruk tragedy!

Lucy di atas tangga tergesa-gesa menuruni tangga dan mendapatkan Bella dengan muka gelabahnya.

"Bella...kau okay tak?"tanya Lucy yang terus mendapatkan Bella lalu memeriksa keadaan rakannya itu dari atas ke bawah dengan cemas.

Bella pandang Lucy lantas tersenyum nipis. "Aku okay."angguknya.

Lelaki tadi bantu Bella untuk berdiri tegak, tangan lelaki itu memegang belakang badan Bella sewaktu tunduk memerhati kaki Bella yang sepertinya terjengket sedikit. Tetapi apabila Bella berdiri tegak dengan kaki itu, lelaki tersebut mengangguk kepala lega.

Lucy belek Bella dari atas ke bawah dengan kening berkerut sebelum memandang ke kumpulan pelajar perempuan yang berpusu-pusu mengerumuni seseorang.

"Apa masalah dia or-...""pandangan Lucy mencerun ke satu arah sebelum dia mengangkat kening tinggi terkejut. Punca kenapa dia tidak dapat teruskan kata-kata. "Wei...Bel.. Aku rasa kau kena tengok ni.."Lucy menggoyangkan tangan Bella dengan kalut.

Kening Bella berkerut pelik masa pandang Lucy.

"Ada apa?""soalnya sewaktu berpaling ke belakang dan memandang ke bawah tangga.

Lelaki disebelah Bella turut ikut pandang ke arah yang sama.

Dengan serentak Bella dan Lucy ternganga apabila melihat Adrian sedang berjalan masuk sambil diiringi sekumpulan pelajar perempuan akademi tersebut. Lelaki itu tersenyum senang dan menyapa dengan mesra pelajar-pelajar di situ.

"Siapa budak perempuan berambut pendek tu?"tanya lelaki yang berdiri di sebelah Bella.

"Huh?"Bella tersentak terus, dia pandang lelaki lampai di depannya dengan muka bingung. Masih pening-pening lalat dengan semua kejadian ini. "Mana satu?"tanya dia sebab tak tahu siapa yang lelaki sebelahnya maksudkan.

"Yang itu..."tunjuk lelaki itu pada Mandy dan Belinda yang sedang tergedik-gedik depan Adrian.

Lucy yang lihat buat muka menyampah. "Oh..itu Mandy dengan Belinda. Pelajar popular akademi kami...""jawab Lucy.

Lelaki itu mengangguk kepala.

"Dia yang tolak awak tadi kalau awak tak perasan."maklum lelaki itu.

Bella memandang terkejut ke lelaki di depannya sebelum realiti menyentaknya. Dah lama lelaki tu berdiri baru dia sedar lelaki ini mengenakan uniform yang berbeza darinya. Memberitahu Bella lelaki ini adalah seorang dari pelajar pertukaran dia itu.

"Ya tuhanku..maafkan saya...saya tak perasan."ucap Bella yang menepuk lembut tepi lengan lelaki itu.

Lucy yang turut sedar akan hal yang sama hanya mampu ternganga.

"Hai...selamat datang ke Akademi Crimson High." aju Bella sambil hulur tangan untuk berjabat dengan lelaki di depannya.

Dengan senyuman boyish di bibir, lelaki itu mencapai tangan Bella lalu dibawa dekat ke bibir lalu dikucup lembut.

Mulut Bella dan Lucy masing-masing terbuka kerana terkejut melihat keadaan itu.

"Maaf...saya kena cepat. Kita akan berkenalan dengan lebih baik lagi. Jumpa lagi."pamit lelaki itu yang perlahan-lahan melepaskan tangan Bella sewaktu mematai Bella dengan renungan dalam.

Bella yang seperti dipanah cinta mengangguk kepala sambil mengikut langkah lelaki misteri itu menjauh darinya.

"What?~~~~"tanya Lucy dekat sisi dengan muka tergamam.

Bella alihkan mata dia semasa perasan ada yang memerhati. Dan bila dia palingkan kepala ke balkoni tingkat atas, mata Bella terarah pada Damien. Dan disebelah lelaki itu berdirinya Villius dengan renungan gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience