Flashback 5

Romance Completed 6578

Dulu dia sangka, apa yang Bella buat adalah lakonan semata dan cuma skema perempuan tu untuk hiburkan diri dan susahkan diri sendiri. Tapi bila diperhatikan betul-betul, baru la dia sedar.

Perasaan tak suka dan jengkel dia terhadap Bella buatkan dia tersuka sekali lagi pada Bella. Tak kira la berapa kali dia nafikan, Bella tak pernah tak buat dia kagum.

Setiap perbuatan dan kata-kata gadis itu sentiasa buat dia terkesan.

"Oh...ya sebelum lupa. Saya datang sebab nak jemput awak semua. Ahli Majlis pelajar untuk hadir ke Kempen Kebajikan Kelab Majalah Ahad ni."Bella tunduk mengocek sesuatu dari balik kot yang dipakai. Lalu sepucuk surat di keluarkan dari poket tu.

"Dan kenapa kita orang kena ikut arahan kau pulak?"sampuk dia. Apa lagi yang budak ni nak buat. Suka sangat tolong orang kenapa?

Bella jeling ke arahnya lalu mencebik menyampah.

"Ikut je la...kita ni kalau nak buat kebaikan jangan nak berkira sangat la...tak nak ya sudah...saya tak paksa pun."ujarnya pada dia dengan benci. Tapi reaksi Bella bertukar mesra semasa berpaling ke Villius. "Kan awak?" sampul itu di sua ke Villius.

Tanpa membalas lagi Damien tunduk menikmati makananannya. Menyampah dia bila tengok Bella baik pada Villius.

**************************************

"Awalnya kita dekat sini?"keluh rakan persatuannya.

"Dalam surat tu kata pukul 9 kan?"

Villius keluar dari van dengan muka ais batu sementara Damien menguap seluasnya. Kening dia berkerut bila tengok sekeliling sebelum matanya terarah pada seseorang dari kejauhan.

Tak payah lama-lama teka, memang dah tahu itu Bella. Sambil diperhatikan oleh seseorang Bella dengan gigih sendirian angkut barang keluar dari van.

Villius berdiri dekat situ dengan tangan berada di poket seluar sementara Damien dekat sisi cuma terpegun melihat Bella yang bertubuh kecil itu bersungguh mengangkut dua kotak sekali gus.

"Jatuh tu nanti. ."ujar rakannya di belakang tak semena.

Tak sampai sesaat perkataan itu keluar, Bella tersandung. Damien tersentak, dia hendak gerak ke depan tapi kawannya yang lain terlebih dahulu sudah memecut ke depan dan mendapatkan Bella.

Damien dan Villius melepaskan hela nafas jengkel sejurus lihat situasi yang terjadi.

"Ada-ada je la..."keluh Villius.

Sementara Damien hanya diam memerhati Bella bercakap dengan rakan mereka yang membantu tadi.

"Nasib baik sempat....terima kasih ya.."ucap Bella sambil mengurut bahu mungkin kerana lenguh.

Masa tu la Villius bersuara. Buatkan Bella tersentak lalu menoleh ke belakang. Dan perkara pertama yang Damien nampak adalah senyuman lega dekat bibir Bella.

"Awak datang!"sambut Bella.

Here we go again!

**************************************

Bella yang sejak awal lagi tidak berhenti bergerak itu tidak menunjukkan reaksi penat. Malah selepas makan petang dengan orang-orang tua di situ dia sempat buat konsert dengan mereka di situ.

Berbekalkan mikrofon bluetooth dan speaker, Bella berkaraoke dengan nenek atuk di situ dengan girang.

Meriah dewan umum rumah orang-orang tua tu dengan nyanyian dan sorakan para penghuni dan staf di situ. Tak cukup dengan tu Bella turut mengajak atuk dan nenek di situ tunjukkan bakat masing-masing. Sehingga satu permata muncul di situ dengan saksofon emasnya.

"Atuk boleh main ni?"tanya Bella dengan mata kagum dia.

"Sudah tentu...jangan pandang sebelah mata ya walaupun atuk berusia 75 tahun...bakat atuk masih muda.."seloroh atuk yang bernama Robin itu dengan bersemangat.

Bella yang dengar ketawa.

Damien yang perhati turut berasa gembira. Berbunga hati bila lihat senyuman di bibir Bella.

"Kau tengokkan apa tu?"tegur Villius di depannya tiba-tiba.

Damien menjungkit kening tersentak lepas di tegur. Mata dia dialihkan dari Bella sebelum memandang Villius.

"Tak ada apa-apa..."geleng Damien.

Villius pandang curiga ke Damien. Dia kenal kawannya ini. Hafal sangat dengan perangai Damien.

"Kau macam terganggu je?Ada apa-apa ke?"t anya Villius lagi.

Damien tunduk tersengih sebelum menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Aku cuma terfikirkan seseorang."jawab Damien sebelum memandang ke Villius.

"Siapa?"tanya Villius dengan kening berkerut.

"Percaya atau tak...girlfriend aku."senyum Damien pada Villius.

"Wo..hold up. Girlfriend?Kau?Sejak bila pulak kau ada girlfriend ni?"

Damien cuma tersengih. Dia angkat kepala dan memandang ke arah Bella yang sedang berdiri memerhati orang tua di situ sambil tersenyum manis.

Dan saat ini Damien yakin, perasaan yang dia rasai itu adalah yang sebenar-benarnya.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience