"Psst...siapa tak suka kalau benda murah dan mudah didapati"

Romance Completed 6578

Kasut beroda meluncur lancar di atas jalan bersimen tepi jalan raya. Kaki itu bergerak dengan cekap sewaktu menyusuri laluan menuju ke arah akademi.

Selalunya kalau dia nak ke akademi, dia akan skateboarding atau rollerblading. Suka, sambil ambil angin, dia menikmati pemandangan pagi semasa merentasi barisan pohon rendang yang berada di sepanjang laluan itu.

Rambut yang diikat satu itu bergerak kanan dan kiri dengan anggun sewaktu angin meniup anak rambut yang menutupi dahi licin itu. Kain skirt atas lutut itu beralun lembut setiap kali dia meluncur.

Reben merah merun yang kemas terikat di kolar menampakkan uniform rasmi Akademi Crimson Hight kelihatan berkelas dan berprestij.

Sedang kasut beroada itu bergerak lancar di atas jalan, secara tiba-tiba orang yang memakainya menyendengkan kasut rodanya ke tepi. Kasut roda itu kemudiannya berhenti secara mendadak apabila beberapa orang pelajar lelaki yang mengenakan uniform putih berdiri sambil mendepakan tangan menghalang laluan dia.

"Stop-stop!"arah Adrian kepada Bella sewaktu mendepakan tangan di depan laluan Bella.

Bella serta merta mengiring ke kanan untuk menghentikan luncurannya. Setelah dia berhenti, Bella berdiri menghadap empat lelaki di depannya. Keningnya berkerut kerana marah dengan tindakan berbahaya mereka itu.Tak ada otak ke!

"Nak ke mana?"tanya Adrian semasa berdiri dekat dengan Bella.

Bella cepat-cepat undur selangkah ke belakang secara refleks bila dada Adrian hampir hendak bertemu dengannya.

"Nak ke mana lagi akademi lah..takkan berkerja pulak..."seloroh Bella.

Adrian tersengih, dia menyilang tangan ke dada sewaktu mendekati Bella, dia memandang wajah comel itu.

"Bila kau nak masuk group chat tu?Aku dengar kau tengah cari teman lelaki? Aku tengah kosong...apa kata kau dating jer dengan aku." aju lelaki yang belajar di Akademi Prince High bersebelahan dengan akademi Bella tanpa malu. Lelaki pelik yang gatalnya mengalahkan ulat beluncas sendiri!

Bella kawal diri dia dari melenting dekat situ. Tak nak malukan nama baik akademi apa lagi merosakkan imej akademi dengan sikap baran dia.

"Saya sibuk jadi tak ada masa nak hadap phone sepanjang masa..."balas Bella tidak berminat.

"Sibuk apanya?"soal Adrian dengan tangan bersilang di dada.

Bella merenggus kasar, dia menarik muncung tak suka dengan sikap Adrian. Rakan-rakan lelaki itu apa kurangnya. Mereka tu dua kali lima macam Adrian jugak. Jadi mereka langsung tak peduli untuk bantu Bella atau halang Adrian dari menganggu Bella.

"Bukan urusan awak untuk tahu...dah ke tepi saya dah lewat ni..."Bella tolak Adrian ke tepi.

Tapi Adrian tidak berganjak, dia malah berdiri tegak di depan Bella seakan tidak terjejas dengan tolakan itu.

"Janganlah jual mahal sangat...nanti rugi tahu tak.."lelaki itu tersengih seperti lelaki miang.

Bella mencebik menyampah semasa mencerun pandangan ke Adrian. Gosh! This man gonna be death to her!

"Tak adanya saya nak rugi dari melayan lelaki gatal macam awak ni..."selorohnya. "Buang masa saya."

Kening Adrian berkerut. Tangannya yang bersilang di dada jatuh ke sisi sewaktu terasa dengan komen itu.

"Apa kau cakap?Lelaki gatal?Hei. Kau tahu tak dekat akademi kau tu aku lah paling digilai oleh pelajar perempuan dekat situ berani-berani kau cakap macam tu dekat aku?!"soal Adrian bernada tidak bercaya dan kecewa.

Bella berdecit tak percaya.

"Psst...siapa nak suka kalau benda murah dan mudah didapati."Bella terus menolak Adrian ke kanan lalu terus meluncur laju meninggalkan mereka di belakang menuju pintu pagar akademi dia.

"Bella!!!!"panggil Adrian di belakang dengan kuat. "Kau tengoklah nanti satu hari kau akan sukakan aku!!!!"

Bella membuat muka tidak suka bila dia tiba di depan pintu pagar. Jarak pintu pagar akademi dia dengan Adrian tak adalah jauh mana. Cuma beberapa meter sahaja.

Terus dia berhenti meluncur, tunduk menekan butang yang berada di tumit kasutnya, lalu roda tersebut masuk tersimpan di dalam tumit kasut tebalnya. Setelah itu dia terus berlari menuju ke pintu pagar. Namun baru sahaja dia hendak masuk ke dalam pagar dua tubuh lampai berdiri menghadang laluannya. Sekali lagi!

Ugh!

"Lambat..."maklum Kembar Rambut Perang di depannya dengan serentak. Dua pengawas kembar akademinya. Leon dan Liam.

Bella buat muka kejengkelan. Dengan kasar dia menggaru belakang rambutnya kerana bengang!

Ini semua sebab Adrian!Gara-gara lelaki tu dia kena penalti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience