"Beria betul kau ni nak buat aku jatuh cinta dekat kau kan?Berani betul."

Romance Completed 6578

Bukan cuma dia seorang tapi semua yang ada dalam bilik tu terasa. Yalah, biasanya kan setiap hari tanpa miss dan tepat pada masa, pasti kelibat Bella akan muncul dan meriuhkan suasana senyap bilik tu. Tapi seminggu kebelakangan bilik ni dah kembali ke suasana asal dia.

Senyap dan suram.

Kalau boleh siap ada bunyi cengkerik sekali. Nak mengambarkan betapa sunyinya bilik Majlis Pelajar tu.

Tepat jarum panjang di nombor dua belas, jarum pendek di nombor 11, pintu bilik itu terbuka seperti biasa.

Buatkan mereka semua yang ada di situ berharap orang itu yang masuk. Tapi bila di pandang, harapan itu punah apabila melihat lelaki bermata sepet pula yang masuk.

Villius bersandar malas pada kerusi sambil melepaskan keluhan kesalnya. Terus dia alihkan mata dia ke skrin komputer.

"Selamat tengah hari...""sapa Yuta semasa menyerahkan fail pada Villius. "Itu adalah laporan kewangan untuk perbelanjaan sepanjang kolam air pancut mini di bina. Serta perkembangan rupa bentuk binaannya. Sekarang ni kami telah selesai hampir 70 peratus. Sehingga bunga-bunga dan rumput renek yang ditanam tumbuh dalam tempoh ni..semua dah selesai.""maklum Yuta dalam satu nafas.

Villius mencapai fail tadi dan menyelak helaian kertas pada fail itu dengan sambil lewa sewaktu mendengar penjelasan Yuta. Dia membuat muka tidak suka dan berkerut kening tidak puas hati.

Villius menutup fail itu dengan malas lalu memandang Yuta.

"Kenapa?Ketua projek kau tak hadir lagi ke? Dah dekat seminggu lebih kot...teruk sangat sakit dia tu?"tanya Villius bernada marah.

Kening Yuta terangkat tinggi lantas menggeleng kepala.

"Bella dah lama masuk kelas. Dekat tiga hari yang lepas...tapi disebabkan banyak kerja tertangguh sepanjang ketidak hadiran dia Bella langsung tak ada masa untuk beri laporan.Jadi dia suruh saya sebagai wakil kelas..."jelas Yuta.

Villius buat muka menyampah lalu duduk tegak menghadap Yuta yang berdiri di depan meja kerjanya.

"Sibuk?Apa yang sibuknya...macam lah dia handle akademi ni..."ujar Villius yang kemudiannya mencampak fail itu di meja kerana hilang sabar.

Damien serta beberapa orang lagi ahli majlis persatuan pelajar yang ada di ruangan itu berpaling ke meja Villius, mereka memandang pelik. Jarang mereka lihat Villius melenting begitu sekali.

Yuta menggaru belakang telinga kerana tidak tahu hendak jawab apa. Nasib baik la Villius ni anak owner akademi ni kalau tak lama dah dia hamun. Suka hati je nak naik angin dekat dia. Kalau nak marah, marah la Bella.

"Dah keluar sana..."arah Villius sebelum memusingkan kerusinya menghadap jendela.

Dengan kening mencerun tak puas hati, Villius menarik kasar tali leher yang mengikat kolarnya. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia rasa sesak dan sebu di bahagian dadanya.

Yuta memberi tundukkan kecil pada Villius sebelum berlalu keluar dari situ. Baru sahaja Yuta hendak sentuh tombol pintu, terlebih dahulu daun pintu tersebut terkuak dan orang itu terjegul di depan pintu. Memandang terkejut ke Yuta.

"Dah ke?"bisik Bella dengan perlahan.

Yuta menarik garis nipis di bibir pada Bella. Dah datang pun makeluk ni. Tak pasal-pasal dia yang kena sentap dengan Villius tadi.

"Dah...tapi macam tak sudi je aku yang laporkan...kau tengoklah sendiri..."balas Yuta semasa jalan melepasi Bellakeluar dari situ.

Bella masuk ke dalam ruangan itu setelah pintu di belakangnya di tutup oleh Yuta. Baru saja dia gerak selangkah, kehadiran dia disambut dengan suasana tegang.

Tapi ketibaannya di sedari semua di situ kecuali Villius kerana lelaki itu duduk membelakangkan pintu masuk dan dia. Sambil jalan tu dia lambai tangan dan tersenyum menayang barisan giginya.

Jadi orang pertama yang ditegur adalah Damien memandangkan lelaki itu paling hampir dengannya. Di tangannya membawa dua bekal untuk makan tengah hari semasa melambai ke Damien.

Bella jalan mendekati meja kerja Damien sambil diperhatikan oleh semua yang ada di situ dengan minat."Hai..."senyum Bella pada Damien walaupun lelaki tu selalu buat perangai bitches pada dia.

Damien mematai Bella dengan curiga. Berasa awas dengan perempuan yang terkenal dengan otak hantunya. Dan bila Bella berhenti di depan mejanya, kening Damien berkerut tak suka.

"Kau nak apa?"tanya Damien masa pandang Bella letakkan bekal atas meja dia.

Bella tersengih."Untuk awak..."katanya sewaktu menepuk bekal itu di depan Damien sebelum mendekati meja Villius.

Setelah dia berdiri di depan meja Villius, Bella buka mulut hendak menyapa, tapi tak sempat sebelum suara marah-marah Villius menyentaknya.

"Kau nak apa lagi...kan aku kata keluar!"
arah Villius tiba-tiba apabila lelaki itu menyedari ada orang berdiri di depan meja dia lagi. Dia ingatkan Yuta.

Sekali bila dia pusingkan kerusi ke hadapan. Kening Villius terangkat tinggi terkejut lepas nampak gadis yang mengikat rambut satu di belakang dengan anak rambut menutupi dahi berdiri memandangnya dengan muka terkedu.

Bella memandang terkejut ke Villius lepas lelaki tu pusingkan kerusi menghadapnya. Well..nampaknya dia datang pada waktu yang salah.

"Uhmm..."Bella tunduk memandang bekal di tangannya lalu ke Villius pulak. "Uhm..maaflah kalau menganggu. Saya datang sebab nak berikan bekal ni pada awak...kalau awak tak nak di ganggu saya boleh keluar.."kata Bella sambil menolak beg kertas yang berisi bekal khas untuk Villius.

Lepas Bella letakkan bekal tu Bella gerak nak berpaling ke belakang. Villius yang terkejut sendiri tu tersentak bangun dari situ.

"Bella sekejap!"panggil Villius dengan cemas. Dia tak sengaja...serius semua tu refleks. Bukan sengaja dia nak panggil macam tu.

Bella cepat-cepat menoleh, dia tersenyum lebar masa pandang wajah kacak Villius.

"Ya..."balasnya serta merta dengan bersemangat.

Villius menarik muncung merajuknya lalu menyilang tangan ke dada semasa kembali duduk di kerusi. Dia memandang Bella dengan kening mencerun.

"Asal kau dah lama tak datang hantar report dekat aku sebaliknya orang lain kalau kau dah lama masuk kelas?"tanya Villius dengan nada marah.

Bella berdiri dekat pada meja. Matanya terbuka luas sewaktu bertentang mata dengan Villius. Lah...Yuta tak beritahu ke kenapa dia sibuk?

"Sebab saya sibuklah. Bukan awak seorang sahaja yang sibuk dalam akademi ni okay." ujarnya. "Lagipun saya kan cuti lama, jadi kerja saya berlambak...nak kena siapkan pada masanya..kalau tak habis la.."jelas Bella bernada mengalah.

..."
"Terlalu sibuk sampai tak ada masa nak ke sini?"marah Villius lagi.

Bella yang tersedar akan sesuatu terus menarik sengih penuh maksud, mengesan sesuatu yang pelik dari reaksi Villius.
Something going on here....heheheh.

"Asal kau sengih macam tu?"tanya Villius dengan muka pelik.

Sambil tersenyum, Bella jalan ke belakang meja lalu duduk di lengan kerusi dimana Villius sedang duduk. Dia letakkan tangan kanan di atas bahu Villius sementara tangan kirinya memegang lengan Villius. Kakinya di silang.

Villius hanya membiarkan semua itu sewaktu memerhati tingkah Bella.

Dengan senyuman menggoda di bibir, Bella bersuara.

"Maaflah..bukannya saya sengaja tak nak jumpa awak...serius saya cakap saya berusaha untuk jumpa awak...tapi setiap kali saya nak datang ke sini..ada sahaja yang menghalang." "jelas Bella sambil membetulkan tali leher Villius yang sepertinya telah direntap kasar supaya longgar. "Awak rindukan saya ke?"soal Bella dengan nada menggoda gemersiknya.

Villius berikan jelingan ke Bella, tiba-tiba saja dadanya yang berombak marah tadi menjadi sejuk apabila menatap wajah Bella. Mendengar suara manja itu serta merta memujuk hatinya.

"Aku dah kata jangan suka hati sentuh aku kan?"Villius alihkan tangan Bella, lalu menolak gadis itu menjauh darinya.

Bella senyum menampakkan barisan gigi semasa menatap wajah Villius. Apa la..mengaku je la kalau rindu. Apa yang nak di malukan. Rindu je pun!

Dalam Teori Psikologi Cinta. Terdapat tiga fasa untuk tentukan seseorang itu telah jatuh cinta. Fasa Pertama, Penafian. Individu tu akan nafikan perasaan yang berputik dalam hati berkali-kali sehingga melepasi Fasa Kedua, iaitu rindu. Ya. Bila individu terlalu kerap menafikan, terlalu kerap la dia fikirkan orang yang dia suka. Dan hal ini akan mendorong individu tu ke Fasa Terakhir iaitu jatuh cinta.

"Awak mesti lapar kan...biar saya hidangkan awak makanan. Boleh kita makan sama-sama.." pelawa Bella semasa bangun dari lengan kerusi lalu mengeluarkan satu persatu bekal dari beg kertas itu.

Empat bekal di situ terisi dengan pelbagai jenis lauk serta nasi. Dia susun atas meja kerja Villius depan lelaki itu.

Villius tunduk memandang makanan itu saat sudu itu dibawa ke tangannya oleh Bella. Villius dongak memandang Bella, membuat muka tak suka.

"Beria betul kau ni nak buat aku jatuh cinta dekat kau kan?Berani betul." Villius melepaskan dengusan mengejek.

Bella yang dengar hanya tersenyum. Sebab berani la dia buat semua ni. Kalau tak mananya dia lakukan kerja gila ni!.

"Awak beritahu saya okay, kalau awak dah suka dekat saya. Kemudian awak mansuhkan peraturan ni, saya happy, awak happy semua orang happy.""minta Bella sambil merangkul bahu Villius dan tunduk bongkok sedikit untuk pandang wajah lelaki tersebut.

Villius tidak menjawab. Lelaki itu diam kerana sibuk mengunyah makanan.

Bella menarik senyuman gembiranya, senang hati kerana perlahan-lahan Villius mula menyukai kehadiran dia.

Dengan ini dapatlah dia jalankan rancangan seterusnya. Misi untuk rapatkan semula jurang pelajar lelaki dan pelajar perempuan akademi ini.

Sedang Villius sibuk makan, Bella angkat kepala bila terasa dirinya diperhatikan. Dan bila dia angkat kepala, matanya serta merta terkunci pandangan dengan Damien di tepi ruangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience