Kaki yang berkasut kulit berkilat hujung bulat dengan tumit tebal itu menyepak-nyepak rumput sewaktu tunduk memandang laman hijau yang beranak bunga.
Oleh kerana pokok bunga yang ada di situ baru di tanam, tidak banyak bunga yang dapat dilihat selain daun hijau dan kolam air pancut yang telah siap di bina.
Bella berdiri di luar itu tanpa mengenakan sebarang pakaian tebal selain kemeja putih dan skirt merah merun ketatnya. Dia nak cepat itu yang tidak sempat untuk ambil kot dan jaketnya yang berada di dalam lokar.
"Menung apa tu?"satu suara menegurnya dari belakang. Secara refleks dia melompat terkejut.
Bella menoleh, melihat lelaki lampai di sebelahnya, lelaki itu menghadap ke laman taman bunga itu sambil tersenyum.
"Cantik rekaannya..."puji lelaki itu.
Bella pandang lelaki yang telah menyelamatkan dia tempoh hari sekejap sebelum kembali memandang ke tamannya.
"Terima kasih..."”ucap Bella dengan perlahan.
"Sejuk-sejuk macam ni kuat betul awak ya… keluar dalam keadaan macam ni..."lelaki itu tunjuk pemakaian Bella yang hanya mengenakan kemeja dan skirt sahaja. Tiada baju tebal mahupun mafela.
Bella tunduk memandang pakaiannya lalu kembali memandang lelaki di depannya.
"Sekejap jer...saya nak tengok keadaan tumbuhan dekat sini..."”dia tilik wajah kacak lelaki yang dia sendiri tidak tahu namanya. Dan dia tidak peduli pun untuk ambil tahu.
"Awak yang reka semua ni?Termasuk susunannya?"lelaki itu tunjuk ke arah kolam air pancur dan pondok kecil di hujung taman.
Bella mengangguk kepala sambil memandang sekeliling taman tersebut bersama senyuman nipis di bibir.
Lelaki itu menghulur tangan untuk berjabat tiba-tiba.
"Oh ya...Kenalkan..saya Xavier Foster, dari Akademi Royal High. Maaf sebab baru perkenalkan diri..."lelaki itu menarik senyuman boyishnya.
Bella mengangkat kepala, memandang lelaki kacak di depannya lalu tunduk memandang tangan yang dihulurkan oleh lelaki itu kepadanya.
"Arabella Luisa. Akademi Crimson High."Bella mencengkam lembut tangan besar Xavier. "Tak apa. Saya faham."dia pandang Xavier.
Xavier meramas erat tangan Bella lalu melepaskannya secara perlahan-lahan.
"Nama yang cantik seperti orangnya..."”komen lelaki itu dengan senyuman di bibir.
Bella yang lihat terikut senyum.
"Tak adalah...biasa-biasa jer..."”ucap Bella sambil menyelak anak rambut ke belakang telinga.
"Jomlah masuk, sejuk ni..awak pula tak pakai pakaian tebal. Nanti masuk angin jatuh sakit pulak."”ajak Xavier semasa memegang belakang Bella untuk mendorong gadis itu ke depan.
"Awak kelas mana tahun berapa?"tanya Xavier di sisi sewaktu mereka berdua naik tangga.
"Kelas satu tahun lima..."Bella tunduk memandang langkahnya sewaktu mendaki tangga.
"Saya pun...dekat akademi tempat saya belajar.."borak Xavier yang berminat dengan Bella.
Bella hanya tersenyum nipis.
Sewaktu mereka tiba di tingkat tiga dan hendak membelok, mereka bertembung dengan pelajar dari kelas lima tahun lima. Bella mengangkat kepala sewaktu hendak memandang ke depan sebelum bertembung dengan Villius.
Bella tersenyum mesra ke Villius sebaik mereka sahaja bertentang mata.
"Tak sangka banyak perubahan dekat akademi ni..."borak Vennessa di sisi Villius sambil tersenyum senang.
Bella yang melihat gadis jelita itu terus menundukkan pandangannya sebelum jalan melewati Villius begitu sahaja.
Villius yang berselisih dengan Bella memandang ke depan tanpa perasaan sewaktu perasan akan pelajar lelaki yang berada di sisi Bella.
"Kita nak ke mana lepas ni?"”tanya Venessa kepada Villius.
Langkah lelaki itu terhenti. Villius berdiri tegak memalingkan badan menghadap Venessa. "Aku beritahu kau awal-awal, layanan ni tak lebih dari tuan rumah melayan tetamunya. Jadi aku harap kau jangan cuba-cuba hendak melangkaui batasan yang aku dah gariskan antara kita berdua..."tegas lelaki itu semasa memandang Venessa.
Venessa tersenyum, dia mencapai tangan Villius.
"Awak, janganlah macam tu, saya tahu saya salah. Lagipun perkara tu berlaku masa saya tak matang janganlah marahkan saya lagi awak tahu tak betapa susah payah saya hendak ke sini semata untuk bertemu dengan awak.."pujuk Venessa.
Villius menarik tangannya dari di pegang oleh Venessa. “
Semua tu dah berlalu Venessa. Kau dengan aku dah tak ada apa-apa sejak kau tinggalkan aku demi lelaki lain. Jadi jangan cuba nak berbaik dengan aku sebab aku takkan terima kau semula."Villius terus berlalu dari situ.
Venessa mengekori langkah Villius.
"Ya...ya. Saya tahu tapi sekurang-kurangnya kita boleh kawan kan?"
Villius tidak menghiraukan Venessa. Lelaki itu diam mengepal penumbuk menahan sabar.
Mereka berdua kemudiannya menuruni tangga sebelum tiba di tempat di mana taman projek Bella.
Membuatkan Villius berhenti di depan tangga menghala taman. Merenung tempat itu yang dulunya hanyalah kawasan tanah tidak terurus dan rumput panjang menjalar.
Kini telah menjadi cantik, dihiasi dengan deretan pokok renek dan pohon bunga serta kolam air pancut mini di tengah-tengah laluan taman itu.
Tinggal beberapa benda sahaja yang tinggal untuk lengkapkan taman itu, seperti bangku, lampu dan menunggu pokok bunga di situ membuahkan kuntuman bunga.
"Cantiknya..."puji Venessa yang memandang kagum ke taman itu.
Villius hanya mendiamkan diri.
"Kalau dating mesti seronok..."”ujar Vennessa semasa tangannya naik memeluk lengan Villius.
Villius tunduk memandang tangan Venessa dengan kening mencerlung.
"Jangan sentuh aku!?"sentap dia yang terus menolak tubuh Venessa agar jauh darinya. "Kau jalan-jalan lah sana sendiri! Aku tak nak dekat dengan kau...buat sakit mata je." ”kata lelaki itu dengan renungan benci.
Venessa terkedu, gadis itu berdiri kaku di situ saat melihat renungan itu. Gadis itu kelihatan sedih dengan reaksi Villius hanya mendiamkan diri.
Share this novel