Suka hati je!

Romance Completed 6578

Segelas jus oren dituang ke dalam gelas panjang sebelum dicapainya lalu diteguk. Salad dada ayam yang disediakan oleh mamanya di masukkan penuh ke dalam mulut sebelum di kunyah rakus. Kelaparan sebab tidak makan sewaktu di akademi tadi gara-gara hendak elakkan diri dari Adrian.

"Bella...makan perlahan-lahan,bukannya lari pun makanan tu.."arah Andrew yang sejak tadi memerhati anak bongsunya makan seperti tidak makan setahun gayanya.

Bella mengangguk kepala sambil menyuap tomato ke dalam mulutnya yang sedia penuh. Membuatkan dia tersedak lalu terbatuk-batuk akibat rasa perit di tekak.

"Hah-hah...makan lagi gelojoh-gelojoh..." tepuk Aron yang baru muncul dari tingkat atas, lelaki itu berdiri di belakang kerusi Bella sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan adiknya.

Bella tunduk mengosok kepala sebelum mencapai gelas berisi air lalu diteguk. Untuk hilangkan rasa sakit di dadanya.

Air mata jatuh menitis di pipi Bella saat gadis itu kembali mengunyah dan berlagak seperti tiada apa-apa telah berlaku. Felixa menggeleng kepala. Tidak tahu hendak kata apa lagi dengan Bella yang sememangnya jenis manusia tidak makan saman. Cakaplah apa sahaja, pesan berpuluh kali sekalipun budak ini tidak akan dengar.

"Makan Aron.."arah Felixa pada anak sulungnya yang baru sahaja sampai rumah.

"Urm..."angguk Aron semasa ambil tempat di kerusi. "Terima kasih untuk makanannya.." ucap Aron sambil tersenyum ke arah Felixa.

Andrew mengangkat kepala, memandang Bella sewaktu mengunyah makanan.

"Papa dengar kamu sedang merancang mansuhkan peraturan akademi betul ke?"

Bella terus menoleh ke kanannya, dia pandang curiga ke Aron yang bermuka selamba sebelum kembali memandang Andrew.

"Dari mana papa tahu?Aron beritahu ya?"
"
"Apa sahaja yang kamu ceritakan pada abang kamu, dia akan laporkanya semula pada papa..sebab yang jaga kamu bukan abang kamu tapi kami berdua, mama dengan papa tidak rapat seperti mana Aron rapat dengan kamu jadi kami gunakan dia sebagai perantara...""jawab Andrew semasa tunduk memandang makanannya lalu disuap masuk ke dalam mulutnya.

Bella mencebik bibir, marah dengan Aron yang suka sangat buka mulut. Dasar mulut tempayan!

"Malam esok, pastikan kamu balik awal. Sebab papa nak ajak kamu makan malam di restoran mama kamu bersama dengan kawan papa beliau hendak perkenalkan kamu dengan anak mereka"

Kening Bella terangkat.

"What?"tanya Bella dengan mata terbutang hampir nak tercekik dia.

"Ya...jadi jangan nak buat hal atau malukan kami. Datang sahaja malam tu. Berkenan atau tidak belakang cerita..."ujar Felixa pula.

"Alah...apa ni mama...papa, suka sangatlah." rungut Bella yang terus bersandar pada kerusi.

"Siapa mama?Muda ke tua?"sampuk Aron yang ingin tahu.

"Dengar katanya sebaya Bella. Mereka nak buat perjumpaan sebab anak mereka ada di sini."jawab Felixa.

Bella buat muka cemberut tak puas hati dia. Suka hati je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience