"Selamat pagi Villius...Damien."sapa Bella masa berdiri di depan pintu masuk dewan perhimpunan sewaktu mereka saling berselisih di situ.
Villius memandang Bella dengan jelingan dingin dia sebelum berjalan serentak masuk ke dalam dewan tu bersama Damien, Bella di sisi dan Lucy.
"Awak tak rasa ke hari ni hari yang indah?" tanya Bella yang tidak berputus asa untuk berkomunikasi dengan Villius.
Damien yang dengar bersuara bila Villius sepertinya tidak berminat hendak berborak.
"Kau tak nampak ke orang tak nak bercakap yang kau paksa jugak kenapa?"sentap Damien kejengkelan di belakang Bella.
Bella toleh ke belakang lalu menjelir lidah seperti kebudak-budakkan.
"Ada saya cakap dengan awak ke? Menyibuk.Hmmph!"dia palingkan kepala menyampah ke depan dan kembali memandang Villius.
Villius yang berwajah serius itu hanya pandang ke depan.
"Senyum la sikit. Kita kan didatangi para tetamu dari luar. Kena la tunjuk ekspresi positif untuk mereka."ajak Bella lagi yang tidak mahu berputus asa.
Lucy dekat sebelah cuba tarik Bella menjauh dari Villius tapi Bella malah berdegil.
Lengan Bella di pegang."Dah la tu Bella. Jom kita duduk...majlis nak mula dah tu.."ajak Lucy dengan muka risau dia. Berani betul Bella berurusan dengan Villius dan Damien.
Dua lelaki yang terkenal dengan watak sebagai King dan Bishop dalam akademi ni.
Bella tanggalkan cengkaman jari jemari Lucy dari lengan sambil memandang Villius."Nak bertaruh tak?"Ajak Bella semasa berdiri di depan Villius bila lelaki tu tak menghiraukan dia.
Terus berhenti langkah Villius bila Bella berdiri dekat depan dia. Dia tenung wajah Bella dengan dingin. Tak faham dengan Bella. Kata nak jauhkan diri dari dia tapi still perempuan ni masih jugak cuba cari perhatian dia.
Bella senyum lebar masa berdiri dengan kedua-dua tangan dekat belakang badan.
"Percaya atau tak. Saya akan buatkan awak tersenyum dan mansuhkan peraturan ni pada masa yang sama."ujar Bella. "Dan bila hal tu berlaku, awak tak boleh salahkan sesiapa lagi. Awak tak boleh bencikan sesiapa lagi. Dan paling penting, awak tak boleh marah sesiapa tanpa sebab. Deal?"
"Dan kenapa aku kena setuju dengan kau?"tanya Villius.
Bella melentokkan kepala di ke kanan lantas tersenyum sampai mata dia pun ikut tersenyum.
"Sebab awak kawan saya...penghuni akademi ni. Manusia seperti saya. Awak ada hak untuk rasa gembira. Dan paling penting awak ada hak untuk tersenyum."kata Bella.
Damien yang berdiri di belakang Villius hanya diam, tidak menyampuk seperti biasa. Lelaki itu kelihatan terpegun dengan ucapan Bella.
"Apa yang kau dah buat Bella?"tanya Villius yang dapat mengesan ada sesuatu yang Bella sedang sembunyikan dari dia.
Bella menjungkit bahu.
"Tak ada apa-apa. Saya cuma rasa bersalah pada awak. Jadi saya nak minta maaf untuk semuanya dari awal. Dan harap dapat mulakan semuanya dari awal seperti tak pernah berlaku apa-apa."jelas Bella dengan jujur.
Villius menjuling mata kejengkelan sebelum berlalu pergi melepasi Bella begitu sahaja.
"What ever.."ujar Villius dengan jengkel.
Bella berdiri dekat situ bila Villius pergi. Dia masih berdiri menghadap Damien yang turut masih berdiri di depannya. Lucy dekat sisi kebingungan.
"Apa yang berlaku?"tanya Lucy yang berasa terkejut sebab Villius tak naik angin seperti mana lelaki tu selalu bereaksi setiap kali bertembung dengan Bella.
Bella palingkan kepala ke Lucy lalu tersenyum.
"Tak ada apa-apa. Kau pergi lah dulu. Chop tempat untuk kita...aku ikut kau kejap lagi." kata Bella sambil tersenyum.
Lucy yang tersedar akan hal itu bertepuk tangan sekali.
"Ha'ah tempat...lambat nanti kita dekat barisan hujung pulak."kata Lucy semasa berpaling dari situ dan masuk ke kerumunan pelajar yang memenuhi dewan perhimpunan itu.
Sambil tersenyum Bella perhati langkah Lucy. Terus dia seluk tangan ke dalam poket kot dia. Telefon bimbitnya di capai. Terus nama Yuta di sentuh pada skrin sebelum dibawa ke telinga.
"Hello."sapa Yuta dalam panggilan.
"Oit...kau dekat mana?"tanya Bella semasa jengah leher mencari kelibat Yuta.
"Dah ada dalam dewan ni. Aku ada simpankan tempat untuk kita."maklum Yuta.
Bella tersengih lepas dengar. "Iya?Dekat mana tu?"Bella nampak kelibat Lucy yang sedang berkerut kening mencari tempat, tapi nampaknya banyaknya tempat di situ sudah di duduki.
"Tiga baris dari depan, kerusi empat depan pentas."jawab Yuta.
Bella ikut akan penjelasan Yuta sehingga dia nampak kelibat Yuta dekat depan pentas, sedang bercakap melalui telefon.
"Okay-okay. Jumpa nanti."pamit dia cepat-cepat sebelum memutuskan panggilan.
Setelah itu Bella menghubungi Lucy pula. Hendak memberitahu Lucy dimana tempat Yuta duduk.
"Hah...aku tak jumpa la..nampaknya kita duduk dekat barisan belakang nanti.."sambut Lucy dalam panggilan.
Bella tersengih nakal. "Tak apa. Yuta dah simpan tempat untuk kita. Kau pergi tiga baris depan kerusi keempat depan pentas. Aku sakit perut pulak tiba-tiba..."tipu Bella.
"Lah...tadi okay je."
"Nak buat macam mana...perut ni bukannya boleh agak kalau nak buat hal.."kata Bella yang acah-acah berdesis kesakitan.
"Yalah...kalau ada apa-apa beritahu aku.."
"Okay. Bye." Bella putuskan panggilan tu dan kembali menjengah kepala ke arah Lucy.
Seperti yang diarahkan, Lucy gerak ke barisan depan lalu menemui Yuta. Dua orang itu bercakap seketika sebelum Lucy ambil tempat di sisi dan dua orang itu duduk di samping antara satu sama lain.
"Kau ni memang jenis tak boleh nak duduk diam eh?""tegur Damien dekat sebelah tiba-tiba. "Nak jadi hero la...nak jadi cupid la.."
Bella yang dengar melompat terkejut, alah mamat ni kan. Suka tau munculkan diri tetiba macam ni. Mujur la dia bukan seorang yang lemah semangat. Kalau tak, dah kena heart attack dekat sini jugak.
"Kenapa awak dekat sini lagi...pergi lah teman Villius tu..."
Damien menyeluk tangan ke dalam poket seluar lalu melepaskan hela nafas panjang.
"Nah..aku rasa aku lebih suka duduk dekat baris belakang."katanya.
Bella yang dengar tersengih sendiri.
Share this novel