"Make me. And we'll see."

Romance Completed 6578

Seminggu kemudian...

Deretan kanopi putih tersusun sepanjang laman berumput akademi. Bendera berwarna warni tergantung di merata tempat. Alunan lagu dari stereo gergasi memeriahkan suasana. Pelbagai belon dan banner di merata tempat, mewarnai pesta sukaneka musim panas itu dan menjadikan pesta itu ceria dan bervariasi.

Di luar laluan pintu masuk akademi, pelbagai warna bas terparkir. Nama-nama dari pelbagai akademi berderetan tersusun. Pelajar-pelajar akademi Crimson yang mengenakan baju sukan berwarna merah velvet berada di merata-rata penjuru.

Disertai dengan pelajar-pelajar yang mengenakan baju suka berwarna, hijau, kuning, royal blue, oren, hitam putih dan beberapa lagi pattern pakaian sukan tersendiri dari akademi-akademi luar yang hadir ke situ.

Pada hari Sabtu itu, sukaneka musim panas telah dimulai dengan ucapan pembukaan, lalu diikuti dengan sesi senam robik bersama wakil pelajar dari kelab Olaharaga. Setelah itu pengagihan peserta untuk setiap acara sukaneka yang dimulakan.

Beberapa gerai dan booth makanan, minuman serta permainan dibuka untuk memeriahkan majlis. Pelajar lain boleh hiburkan diri dengan menyertai aktiviti yang diadakan booth dan gerai-gerai tersebut.

Dari kejauhan lagi boleh nampak kelibat Bella. Dalam kesibukan orang ramai di situ, gadis itu sedang berborak riang dengan beberapa orang pelajar lelaki dari akademi lain, yang kebetulan kenalan dia sewaktu dia sekolah rendah.

"Serius?"soal Bella dibalik ketawanya.

"Ya...aku sendiri tak sangka game dekat sini lebih seronok dari musim tahun lepas. Aku rasa tahun ni paling best sebab game dia macam-macam...."

Tengok la siapa yang bagi idea game tu?

"Iya? Bagus la.."Bella tersenyum bangga.

"Tapi kan asal aku rasa macam idea-idea ni mirip dengan seseorang?"

"Kan aku pun rasa macam tu jugak?Lari secara berpasangan sambil bawa bola pingpong dalam keadaan kaki terikat antara satu sama lain?Itu belum lagi bawa belon dekat dada pasangan? Dukung pelajar perempuan sambil harungi rintangan tertentu?"

"Kau tak rasa ke semua tu macam untuk game couple?"

Bella yang dengar mengetap bibir menahan diri dari ketawa. Mana taknya, sebab dia yang cadangkan semua game tu. Dan dia boleh agak sekarang ni Villius Si Mr. Complicated tu tengah cuba cari dia.

"Kan...tapi aku enjoy game ni. Seronok gila. Ramai yang berebut nak dapat tempat pertama. Game paling best teropah gergasi.Memang tak boleh blah betul masa aku tengok kumpulan dari akademi lain sampai ada yang tergolek jatuh masa berjalan..."

Mereka di situ ketawa sesama sendiri dengan riang sewaktu berdiri di tepi padang semasa acara sukaneka lain sedang diadakan.

Acara dimana larian berganti sedang dijalankan. Papan kenyataan di sebelah pentas memaklumkan akademi Crimson seri dengan Prince High.

Bella tersenyum melihat suasana dimana pelajar lelaki dan perempuan dari akademinya sedang berbual dan bergaul secara normal tanpa menunjukkan sebarang kerisauan di wajah mereka.

Tengah dia khusyuk perhatikan sekeliling, lengan atasnya di pegang kuat sebelum tubuhnya dipaksa supaya berpaling ke belakang.

Bella menahan nafas terkejut sewaktu dia berpaling ke belakang dengan laju. Dan bila dia memandang depannya. Lelaki yang sudah hampir dua minggu tidak ditemuinya itu berdiri di situ.

Walaupun dengan muka marah dan kening berkerut, Villius masih lagi kelihatan kacak dan lebih hot dari biasa.

"Ikut aku sekarang!"arah Villius yang terus menarik Bella bersewaktu dia berjalan pergi dari situ. Membuatkan rakan-rakan lelaki Bella terkebil-kebil ditinggalkan tepi padang.

"Hei!Apa ni!Lepas lah!"marah Bella.

Kaki Bella tersandung-sandung sewaktu mahu menyaingi langkah besar Villius sambil bergelut hendak lepaskan diri. Tapi cengkaman seperti kuku besi itu sikit pun tidak berganjak dari lengannya.

Setelah mereka melewati dari kerumunan orang ramai, Villius heret Bella ke belakang bangunan. Jauh dari kesibukan orang ramai dan perhatian. Dia campak Bella ke dinding bangunan di situ sebelum berdiri dengan tangan mencekak pinggang.

"Ni semua rancangan kau kan!"bentak Villius tak semena.

Bella melompat terkejut dengan bentakan itu. dia pandang Villius dengan mata terbutang luas.

"Awak dah kenapa! Tiba-tiba je nak melenting dekat saya!" marah Bella pula setelah sedar dari terkejutnya.

Dengan muka menakutkan seperti mahu menumbuk seseorang, Villius berdiri dekat pada Bella. Tangan kanannya berada di tepi kepala Bella sementara dia tunduk mendekatkan wajah ke depan muka Bella.

"Kak Amanda dah beritahu aku semuanya. Apa yang kau dah buat dan apa yang kau dah arahkan dia supaya lakukan apa! Kau ingat benda ni kelakar ke?"soal Villius dengan nada tenang tapi berbaur marah.

Kening Bella berkerut, dia tenung tepat ke mata Villius. Ingat dia takut kalau lelaki ni marah? Please la..dalam hal ni yang patutnya dia yang marah.

"M-memang saya yang buat...A-apa awak nak buat sekarang?Buang semua pelajar yang ada dekat sini?Huh?"balas Bella buat-buat berani sedangkan bercakap pun tergagap-gagap.

Villius berdengus, senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Yang mana membuatkan Bella mengigit bawah bibir.

Villius bongkok sedikit supaya dia sama paras mata dengan Bella. Dia mendekatkan wajahnya ke muka Bella sehingga membuatkan deru nafasnya menyapa anak rambut Bella.

"Kau tak nak tahu apa yang bakal aku lakukan Arabella Luisa...kalau bukan dia orang yang aku buang...kau adalah orangnya."

Kening Bella berkerut tajam.

"Buang saya dari akademi ni?"tanya Bella.

"Ya!Patutnya aku buang kau dari awal. Perempuan bermasalah macam kau ni patutnya dihapuskan dari awal supaya semua masalah ni takkan timbul!"deram Villius di depan muka Bella.

Bella berdengus kecil lantas tersenyum.

"Cuba la kalau boleh. Awak fikir saya takut dengan ugutan awak tu?"cabar Bella dengan renungan jahat dia.

Villius berkerut kening. "Apa kau kata?" soalnya dengan nada tak percaya.

Bella angkat kepala perlahan-lahan lalu bertentang mata dengan Villius. "Saya tak peduli apa yang awak akan lakukan...sebabnya, selagi saya ada dekat sini. saya akan pastikan awak mansuhkan peraturan tu dan beri kebebasan pada pelajar-pelajar dekat sini enjoy masa belajar mereka tanpa rasa terancam dibuang dari akademi..."kata Bella dengan perlahan bersama renungan mencabar pada Villius.

Villius berdengus mengejek bila dengar. Perempuan ni memang tak reti takut agaknya. Bella tak tahu dengan siapa tengah berurusan sekarang ni.

"Hanya satu panggilan je...nama kau akan di blacklist dari mana-mana akademi, apa yang kau akan lakukan sekarang ni?"soal Villius dengan kening dijungkit sebelah.

Bella menarik sengih sinisnya, dia silangkan tangan ke dada lalu sandar bersahaja ke dinding di belakangnya. Dia pandang Villius.

"Oh really?Call la...!"lawan Bella pula. Hek eleh..berlagak, macam la lelaki tak guna ni je boleh ugut mengugut!

"Jangan cabar aku Bella!"deram Villius dengan tegas.

Kita tengok siapa superior dekat sini.

"Well...apa yang awak lakukan kalau semua pelajar dalam akademi tahu awak cipta peraturan tak guna awak yang tak masuk akal ni sebab trauma yang menimpa awak?"aju Bella pula.

Kalau Villius boleh mengugut Bella, apa lagi dia.

Villius tersentak, mata lelaki tu terbuka luas dengan kening terangkat tinggi. Dia tak nak balas sebab tak nak buat kenyataan tu lebih jelas. Macam mana Bella boleh tahu?

"Hmmm..."jeda Bella masa ketuk jari ke dagu dia. Keningnya berkerut semasa dia buat muka tengah berfikir."Apa headline yang sesuai untuk artikel majalah bulan ni ya?"

Dalam diam Villius mengepal penumbuk menahan sabar. Dia lupa yang Bella adalah pengerusi kelab majalah. Memang dia ada kuasa untuk hentikan kelab majalah. Tapi dapat ke dia hentikan Bella.

Dengan renungan gelap dan senyuman jahat di bibir, Bella memandang Villius.

"Saya tahu...Headline majalah kita, Villius Si Waris, cipta peraturan melarang pelajar bercinta sebab dia trauma setelah ditinggalkan oleh kekasihnya..."Bella angkat tangan dia dan buat headline imaginasi dekat atas kepala dia. "Amacam okay tak?"tanya Bella. "Mesti laris...hahaha.."ketawa Bella dengan girang.

Villius mengetap gigi kuat-kuat sampai urat belirat timbul dekat leher dan pelipis dia."Kau takkan berani..."desis Villius.

Bella berdengus kecil lalu menolak diri dia jauh dari dinding. Dengan berani dia jalan mendekati Villius lantas berbisik di depan muka lelaki tu.

"Make me. And we'll see."cabar Bella. Dia memberi senyuman paling manis untuk Villius. "Kalau saya jadi awak...saya akan fikir dua kali sebelum cuba ugut saya..."dia tepuk bahu Villius lalu beredar dari situ meninggalkan Villius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience