Bella yang sedang bercakung depan kolam air pancut dengan roller cat didekati dengan senyap. Memerhati betapa gigihnya orang itu mencantikkan kawasan akademi itu. Katanya sebagai kenang-kenangan selepas mereka semua tamat belajar. Jadi pelajar yang seterusnya dapat menikmati suasana baru dan segar.
Villius berdiri di sisi Bella yang seorang diri mengecat kolam air pancut yang dibina oleh pelajar lelaki kelas satu. Sememangnya hasil kerja mereka tidak mengecewa. Seperti pakar yang menghasilkannya.
Bella mengesat pipi kanannya dengan belakang tangan kanannya kerana gatal disebabkan anak rambutnya sejak tadi asyik jatuh menyentuh pipi membuatkan rambut itu bergesel dengan pipi Bella. Villius yang lihat menyelak anak rambut itu ke belakang telinga kanan.
Tindakan itu membuatkan Bella tersentak lalu berdiri tegak serta merta.
Bella yang nak marah kembali tenang setelah menyedari orang itu adalah Villius sendiri.
"Lah..awak ke. Terkejut saya, ingatkan siapa tadi. Bila awak sampai?"tanya Bella dengan senyuman di bibir.
"Baru jer...""jawab Villius sambil mengerling ke cat biru langit yang mewarnai kolam yang disimen itu dengan tangan berada di belakang badan dia. "Seorang je?"tanya dia.
Bella senyum sambil mengangguk kecil sewaktu memandang kolam air pancur itu.
"Ha'ah..."Bella kembali memandang Villius. "Disebabkan masa saya tak ada, mereka yang uruskan selebihnya....jadi saya nak sumbangkan sikit tenaga saya untuk buat kerja yang ada..." ujarnya. "Kenapa awak ada dekat sini..."
Dengan wajah serius Villius bersuara.
"Aku nak tanya sesuatu pada kau."jawab Villius.
"Tanya pasal apa?"Bella menjungkit kening ingin tahu.
Villius memandang ke arah pokok-pokok bunga yang mekar mewarnai kawasan sekitar sambil memegang kuntuman bunga di situ.
"Biar aku tanya kau...perempuan ni sememangnya dilahirkan hanya untuk mempermainkan perasaan lelaki ya?Ke memang sikap dia orang untuk melekat pada mana-mana lelaki dengan niat hanya untuk menghiburkan diri sendiri?"tanya Villius dengan perlahan.
Kening Bella berkerut tak faham."Kenapa awak tanya macam tu?"
"Tak adalah...aku tanya sebab itu yang aku nampak dekat kau sekarang! Sebab ini lah aku buat perlarangan agar lelaki dan perempuan tak patut bersama sebab apa. Perempuan ni semuanya sama! Suka mempermainkan perasaan lelaki kau sendiri kata nak buat aku suka dekat kau lepas kau layan aku macam ni tengok-tengok kau keluar dengan lelaki lain, keluar lewat malam dengan lelaki lain..tak ada maruah ke?!"
Kening Bella mencerun, dia pandang terkejut dengan kata-kata itu.
"Apa yang awak merepekkan ni saya tak mainkan perasaan sesiapa okay!Lelaki lain apa yang awak maksudkan hah!Suka hati jer cakap saya tak ada maruah..."marah Bella.
Villius mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan gambar dimana Bella dipeluk dengan lelaki lampai memakai kot panjang sambil memegang beg shopping di tangan.
"Siapa dia..yang kau keluar sama hari tu." Selepas tu Villius menunjukkan gambar instagram yang di post Bella semasa makan lewat malam dengan Yuta. "Siapa dia yang ada dalam gambar ni pulak?"
"
Bella pandang skrin telefon Villius dengan kening mencerlung. Dia tilik gambar itu dengan tanda tanya. Villius stalk instagram dia?Tanpa follow?Wow! Terus Bella tersengih dan mula ketawa. Lelaki depan dia ni memang bukan sebarangan!
"Asal kau ketawa...aku ada buat lawak badut ke dekat sini?"soal Villius dengan tegang sampai timbul urat belirat di tepi leher lelaki itu.
"Takkanlah sebab semua ni awak tuduh saya macam ni sekali?"tanya Bella sambil menolak anak rambut depannya ke belakang telinga.
"Kau tak jawab siapa lelaki-lelaki yang kau bergaulkan tu. Kalau kau nak aku sukakan kau, aku nak pastikan kau serius dengan aku ke tak. Aku takkan sewenang-wenangkan serahkan perasaan aku pada sebarang perempuan macam tu je. Lagi-lagi pada perempuan macam kau ni."Villius tunding jari di depan hidung Bella.
Bella memandang tidak percaya pada Villius lalu melepaskan keluhan. Sabar je la. Ikutkan hati mahu dibagi tapak kasut dekat muka handsome depannya masa ni.
"Siapa dia orang?Spare part kau?Scandal kau?"tanya Villius.
"Kenapa?Awak dah suka dekat saya ke? Cemburu sebab saya bergaul dengan lelaki lain?"soal Bella.
"Boleh tak jangan jawab soalan aku dengan soalan?"sentap Villius.
"Saya nak tahu sebab tu saya tanya..."Bella menjungkit bahu tidak kisah dimarah.
Villius merenggus kasar. Dia menguak rambutnya ke belakang kerana kejengkelan. Tak pasal-pasal kepala dia serabut kerana Bella. Gadis mental yang suka buat perangai gila tak kira tempat. Dia nak lapangkan fikiran dia sebab itu dia tebalkan muka dan bertanya soal ini pada Bella. Sepanjang kelas berjalan fikirannya langsung tak boleh nak fokus.
"Dia orang budak akademi ni?"tanya Villius lagi.
Bella berdengus mengejek lepas dengar.
"Kenapa?awak nak buang pelajar lagi macam awak buat hari tu?"balas Bella berbaur mencabar. Terus tersentak Bella lepas seda akan sesuatu."Takkan lah awak buang pelajar lain sebab gambar ni?Sebab saya?"Bella sengih jahat.
"Arabella Luisa!"panggil Villius dengan berang, mata lelaki itu menjegil bulat kerana hilang sabar dengan sikap Bella yang bersahaja.
"Ya saya...ada apa?"sambut Bella dengan senyuman manis di bibir.
"Aku serius sekarang. Siapa lelaki yang bersama dengan kau!"
Bella menyilang tangan ke dada. Lalu bersuara.
"Sama la..saya pun serius. Lelaki yang sama dengan saya dekat shopping kompleks tu abang saya, yang ada dalam gambar tu Yuta." jawabnya acuh tak acuh.
"Yuta?Ketua kelas kau?"
"Ya...kami dah berkawan baik sejak sekolah rendah..sampai sekarang. Dia jiran saya."jelas Bella. "Jangan awak hukum dia pulak kerana kami berkawan je."
Villius merenung tidak puas hati ke Bella. Dia mengangguk kepala faham.
"Okay..aku takkan hukum dia. Tapi dengan satu syarat sahaja. Mulai saat ini, aku nak kau berhenti dekati aku. Jangan sesekali masuk ke dalam bilik umum majlis pelajar lagi. Laporan tu kau boleh pass pada Yuta untuk sampaikannya pada aku. Aku tak nak libatkan diri dengan kau lagi. Sebab aku fikir perempuan semuanya sama. Menyakitkan hati dan suka memainkan perasaan orang lain. Jadi sampai sini jer...sebab aku takkan balas perasaan kau tu!"ujar Villius dengan suara mendatar tiada perasaan.
Bella memandang bungkam dan terkedu sebaik mendengarnya.
"Apa awak cakap?"tanya Bella yang terkejut dengan kata-kata itu.
"Kau tak dengar ke aku cakap apa?Berhenti ganggu aku jangan dekati aku lagi. Aku tak nak orang buruk-burukkan nama aku dengan mengatakan aku cipta peraturan tapi tak boleh ikuti peraturan tu...jadi aku bagi amaran dekat aku kalau kau cuba-cuba dekati aku, tak teragak-agak untuk aku ambil tindakan terhadap kau..."pesan Villius dengan serius.
Bella terkedu. Kening gadis itu berkerut sebaik mendengarnya. Air mata mula mengalir turun ke pipi dia.
"Villius..."panggil Bella dengan air muka kecewanya dan air mata mengalir di pipi. "Please...bagi saya peluang.."rayu Bella dengan sedih.
Villius terus berpaling dari situ. Meninggalkan Bella sendirian.
"Awak...."raung Bella dengan sedih sewaktu Villius perlahan-lahan menjauh dari dia. "Huhuhuhu...." nangis dia sekuat hati sehinggalah kelibat Villius tidak lagi kelihatan.
Lepas yakin Villius sudah tiada, mimik muka sedih Bella berubah kepada reaksi jengkel. Well that easy. Tak sangka pulak senang macam ni.
"Ugh...annoying betul?Penat-penat aku perah air mata nak menangis...dia sikit pun tak terkesan?Hati batu betul kau eh Villius."keluh Bella masa kesat air mata yang dibuat-buat tadi dari pipi dengan menyampah.
Clap!Clap!Clap!
Bella tersentak, dia yang tengah menangis jadi terkedu bila palingkan kepala ke arah bunyi tepukan tangan tu.
"Bravo...marvelous. Apa lagi? Excellent. Aku rasa kalau ada anugerah pelakon terbaik, kau adalah calonnya...Bella."
Bella pandang lelaki yang muncul dari balik tiang itu. Lelaki itu memberi senyuman sinis kepadanya. Tanpa berkedip Bella pandang lelaki tu sewaktu dia dihampiri.
"Berapa lama awak bersembunyi dekat situ?"tanya Bella masa seka air mata dari pipi dia. Habis cair make up dia. Nasib baik dia pakai maskara water proof hari ni. Kalau tak sia-sia dia melawa.
"Cukup lama untuk dengar drama kau..."lelaki tu berdiri di depan Bella dengan tangan bersilang di dada. Dia tilik wajah Bella yang kemerahan sebab menangis tadi.
Bella menjuling mata menyampah sambil lap sisa air mata dengan belakang tangan.
"So apa kau nak buat sekarang?Misi kau nak buat dia jatuh cinta kau gagal."tanya lelaki tu. Dia seka tepi mata Bella dengan jari telunjuknya sebelum kembali menyilang tangan ke dada.
Bella kembali bercakung untuk menyambung kerja mengecat dia.
"Awak fikir pelan saya cuma satu je ke?" tanya Bella dengan sinis.
"Aku tahu kau bijak..tapi tak la bijak mana sampai sanggup dedahkan kawan baik sendiri. Kau tak takut ke kalau Villius apa-apa kan Yuta nanti..." perli lelaki tu sambil tersenyum mengejek.
Bella menarik sengih meleret dia lepas dengar.
"Berani dia nak buat macam tu?"Bella dongak memandang lelaki lampai yang berdiri menghadang matahari untuknya itu. "Saya Arabella Luisa la...awak ingat saya akan biarkan je dia buat macam tu?"
Lelaki tu ketawa.
"Bella...Bella. Kau ni memang something kan?"lelaki tu tersengih menampakkan barisan gigi.
Bella kembali memandang kolam air pancurnya dan mula mengecat. Dia tak sangka rancangan dia untuk buatkan Villius marah menjadi.
Sebenarnya pada awal sekali, Bella sengaja bawa Aron ke shopping complex yang sama Villius pergi satu hari tu. Mana dia tahu?Well dia adalah Miss Stalker mesti la dia siasat awal-awal tempat lepak Villius selalu pergi. Mulanya Bella tak yakin yang Villius akan bertembung dengan dia di situ. Tapi nak buat macam mana nasib baik menyebelahi dia.
Gambar di instagram pula hanya kebetulan saja. Dia sendiri tak sangka Villius akan stalk insta dia. Yang mana memberi bantuan pada Bella untuk cipta alasan supaya dapat keluar dari misi buat lelaki tu jatuh cinta pada dia memandangkan Bella yakin Villius takkan jatuh hati pada dia.
Dan BOOM! It working!
Share this novel