Hujung minggu tu Bella habiskan masa dengan terperuk dalam bilik operasinya yang berada di lonteng rumah.
Dari pagi sampailah petang, tak keluar-keluar untuk makan atau minum.
Lalu muncul Aron, niat lelaki itu hendak melawat orang tuanya dan makan tengah hari bersama. Setelah Aron perasan Bella langsung tak keluar bilik, Aron mengheret adik perempuannya itu untuk keluar rumah.
Lepas berperang mulut dan bergusti akhirnya Bella selamat di bawa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa pergi oleh Aron petang itu.
Untuk kali ke berapa Bella sendiri tak ingat, abangnya itu tukar pakaian. Tak satu, satu pakaian di cuba namun tiada yang berkenan di hati lelaki itu.
Bella yang duduk bersila di kerusi menunggu menghadap cermin besar pintu fitting room menopang dagu dengan tangan kiri. Memandang bosan ke arah Aron yang sudah mencuba berpuluh pasang pakaian selepas melawat lima buah butik pakaian lelaki sejak tadi.
Siapa sangka lelaki ni sebenarnya lagi complicated dari wanita. Pilih baju jer pun, pakai apapun tetap nampak lelaki jugak. Apa isunya?
"Apa sebenarnya yang kau nak ni hah?Baik kau shopping sendiri la dari ajak aku...aku ada banyak benda nak buat dari hadap kau ni." keluh Bella sewaktu Aron keluar dengan pakaian formal pejabat. Berdiri di depannya sambil membuat posing ala model. Sengaja hendak mengjengkelkan dia. Buang masa betul!
Aron tersengih handsome depan Bella. Sampaikan promoter butik tu ikut senyum perhatikan abang Bella.
"Habis kau pandang macam tak suka je...aku try lah baju lain..."ujar Aron semasa membelek kot labuh warna coklat beige yang terpasang di badan. "How do I look?Handsome macam Lee Dong Wook tak?"Aron memandang Bella dari balik pantulan cermin sambil menari-narikan kening dia pada Bella.
Bella menjuling mata menyampah, letih dengan sikap kaki shopping Aron. Dia sendiri pun tak adalah nak macam Aron ni.
"Urgh...cepatlah aku dah lapar ni dari tadi tunggu kau pilih baju tak habis-habis." ngerangnya.
"Ya..ya dah pilih la ni... kejap lagi.."Aron masuk semula ke dalam fitting room. Tak lama lepas tu, Aron keluar bersama beberapa pasang pakaian yang berkenan untuk di serahkan kepada promoter butik itu.
Setelah selesai membuat pembayaran, mereka berdua terus singgah ke booth aiskrim dalam pusat beli belah mewah itu. Aron beli aiskrim untuk Bella, yang mana telah berjaya membisukan gadis tersebut dari terus menerus merungut.
Sedang Bella asyik menjilat aiskrim kon, sambil di apit Aron sebelah kiri, muncul sebuah keluarga yang membawa anak-anak mereka dengan menaiki skuter kanak-kanak dari arah kanan Bella.
Oleh kerana kelincahan kanak-kanak itu, seorang dari mereka meluncur laju ke arah Bella, dah hampir melanggar dia dengan skuter tersebut.
Aron yang perasan hal tu terus menarik Bella ke dalam pelukan dengan erat sewaktu kanak-kanak itu laju meluncur ke arah adiknya.
Berasa geram dengan keadaan itu, Aron memberi renungan tajam ke arah ibubapa kanak-kanak tersebut sebelum tunduk memeriksa Bella. Apa la...jagala anak tu sikit..main lepas je macam tu. Bahaya tau tak!
"Kau o-"Aron mengatup mulut serta merta bila melihat keadaan Bella.
Bella memejam mata kerana aiskrim putih itu tertepek tepat pada mukanya sewaktu Aron dengan mengejut memeluknya dan membuatkan tangannya terdorong ke depan lalu mengenai muka.
Mata Aron terbutang luas bila menyedari apa yang berlaku pada Bella. Lelaki itu terus tunduk menekup mulut. Lucu melihat rupa Bella.
Bella membuka mata dia yang terpalit dengan aiskrim vanilla di sekitar wajahnya itu.
"Kau dah kenapa!Habis kotor semuanya!" marah Bella sambil mengangkat kaki hendak menyepak tulang kering Aron. Kejadah dia!
Aron cepat-cepat elak dari tendangan tu bersama sisa ketawa kecilnya.
"Wei sorry,tadi aku nak elak..tak ingat pula kau makan aiskirm...hahahahah....wei sorry wei..serius..."Aron menyeluk saku poket kot labuh hitamnya lalu mengeluarkan sapu tangan bersih.
Aiskrim pada muka Bella di kesat perlahan agar mata itu dapat di buka semula.
"Kau okay tak?"tanya dia sambil mengesat muka Bella tersengih-sengih hendak ketawa.
Bella membuka matanya, dia memukul dada Aron kerana geram. Keningnya mencerun tajam tak puas hati.
"Tak guna kau ni tahu tak...aku baru jer jilat sekali dah habis muka aku yang makan! Lain kali aku tak nak keluar dengan kau lagi..." rajuk Bella yang berlalu meninggalkan Aron.
Dengan sisa ketawanya, Aron mengekori langkah Bella. Cuba memujuk dan meminta maaf pada gadis itu. Sambil diperhatikan oleh seseorang dari jauh yang kebetulan melalui tempat itu.
Share this novel