Tahun kelima...
Villius berjalan keluar dari pejabat madam Lena semasa Damien kebetulan hendak dapatkan rakannya. Tapi tak sempat nak bukak mulut Villius dah belok ke selekoh lain. Damien pun cepat-cepat jalan nak kejar Villius.
Masa dia lintas depan pintu pejabat madam Lena yang tak tertutup rapat, Damien berhenti dari melangkah bila dia terdengar suara dari dalam bilik tu. Kalau suara lain dia tak kisah, tapi suara itu adalah milik orang itu.
"Puas hati kamu sekarang?Kamu dah dengarkan apa yang Villius cakap tadi.."Madam Lena brrsuara.
"Yeah...Nice madam! Ni yang saya sayang dekat madam ni.."ucap Bella yang mana mengundang senyuman di bibir Damien lepas dia dengan suara riang itu.
"Perlu ke kamu buat semua ni Bella?"
"Of course. Untuk mansuh peraturan ni saya akan lakukan apa saja. Saya tak boleh biarkan Villius buang pelajar membuta tuli macam tu je..."
Damien dekat luar berdiri termenung memandang ke lantai. Tak lama lepas tu dia beredar dari situ.
*************************************
"Kau tak balik lagi ke Damien?"tegur Villius kepada timbalananya.
"Kejap lagi lepas kemas kini laporan kewangan kelab persatuan ni selesai."jawab Damien tanpa menoleh. "Yang kau tak balik lagi kenapa?"jari jemari dia laju menaip.
Villius melepaskan keluhan, dia menghenyak punggung di sofa yang berada di tengah-tengah bilik umum itu.
"Madam Lena minta tolong aku untuk tengokkan proposal pelajar dia pasal satu projek ni...aku suruh dia datang lepas habis waktu akademi ni aku tunggu dia kejap..." jawab Villius.
Damien mengangguk kepala lalu kembali fokus pada kerjanya semula. Tidak lama mereka mendiamkan diri, pintu bilik umum itu terbuka. Seseorang melangkah masuk ke dalam sambil memegang pc di tangan.
"Selamat petang semua..."sapa suara ceria yang membuatkan kedua-dua kepala menoleh serentak ke arah pintu bilik itu.
Mata Damien terarah pada Bella yang tersenyum senang pada Villius. Yang membuatkan Damien diam-diam mengetap gigi dan mengepal penumbuk kerana rasa cemburu. Dia tak suka tengok Bella senyum dekat lelaki lain macam tu.
"Hai..."”senyum Bella semasa mengambil tempat di sisi Villius tanpa menunggu dirinya di pelawa.
"Apa kau buat dekat sini?"”tanya Villius dengan muka dumbfounded dia sambil menjarakkan diri kerana terkejut.
Bella dengan senyuman goofy dia pandang Villius dengan mata bulat.
"Apa?Bukan ke awak suruh saya ke sini?” " tanya Bella sambil meletakkan pcnya di meja depan sofa mereka duduk. Lalu membuka pc itu. Dia taip itu dan ini sebelum menayangkan slide yang disediakan untuk projek atau misi baru untuk rapatkan pelajar perempuan dan lelaki akademi ni.
"Aku ingatkan-?"tanya Villius masa pandang Bella seperti Bella itu virus berbahaya.Dia tilik Bella dari atas ke bawah seakan mencari sesuatu.
Bella menahan diri dari menarik sengih jahatnya bila lihat reaksi kelakar Villius. Biasanya lelaki ni tenang dan stay collected. Tak sangka pulak sampai macam ni sekali reaction yang dia dapat dari Villius.
"Yang saya ni lelaki?"sambung Bella yang faham apa Villius cuba hendak katakan. "Well sorry for dissapointed you. But I'm a girl.." ”ujar Bella sambil mendepakan tangan, menunjukkan dirinya dengan bangga. Dia kemudiannya berpaling ke arah meja dimana lelaki berkaca mata dan berhidung mancung itu sedang duduk memandangnya sejak tadi. "Hai Damien..."sapa Bella dengan senyuman sakat dibibir.
Masa tu Damien rasa jantung dia macam nak meletup seperti valkano sebab terkejut disapa begitu dengan Bella. Tak tahu nak buat apa dia cuma mendiamkan diri dan tunduk menyambung kerja dia.
Share this novel