"Pengerusi...Dia orang datang ke nanti?"tanya Sandra dekat sebelah pengerusi kelabnya itu.
Bella yang sedang sibuk angkut turun barang dari van akademi tu tak cukup nafas. Anak buah dia boleh pulak tercongok dekat situ risaukan benda yang tak patut di fikirkan.
"Yang kau sibukkan dia orang tu kenapa? Dari kau tercongok dekat situ better kau tolong aku angkat barang ni.."bebel Bella semasa meletakkan kotak berisi barang-barang derma dari pelajar akademi.
Ahli kelab majalah yang lain sedang sibuk menyapa orang-orang tua di rumah Permata Sinar sambil menyerahkan goodies pada mereka waktu itu. Bella selaku pengerusi perlu pastikan semua barang yang mereka perlukan untuk gotong royong cukup dan lengkap.
"Alah...pengerusi kata mereka ada...sebab itu saya join aktiviti hari ni.." sungut Sandra sewaktu memerhati Bella gerak ke belakang van dan menarik dua buah kotak dekat pada Bella supaya mudah di angkat.
Bella peluk kotak coklat yang kecil lalu di tindankan ke atas kotak yang lebih besar sebelum berpaling ke Sandra.
"Kau nak buat ke tak nak?Kalau tak nak blah..kalau nak buat cara nak..." ujar Bella yang berasa jengkel dengan junior dia yang seorang ni. Budak-budak lain tak ada la macam Sandra ni. Kalut sangat pasal Ahli Majlis Pelajar tu dah kenapa!
Sandra dengan muncung sedepa terus hentak kaki dan tunduk mencapai kotak berisi plastik sampah dan glove getah di atas jalan tar itu lalu bergerak masuk ke dalam bangunan.
Sambil menggeleng kepala, Bella peluk kotak bawah sekali lalu di gendongnya dengan susah payah. Sedang Bella jalan ke depan dan kotak menghadang pandangan dia, kaki Bella tersandung batu pembahagi jalan masa melangkah.
Hampir hendak terjatuh, Bella cuba imbangkan diri dia lalu berjaya. Tapi kotak dekat atas kotak besar yang dia pegang tu meluncur hendak terjatuh. Bella apa lagi dia pun tersentak la. Habis!Rosak la barang dalam kotak ni nanti!
Pada masa itu la muncul tangan penyelamat dari arah tepi. Tangan itu sempat memegang kotak tu sebelum ia terjatuh. Tanpa di suruh, dua kotak yang di pegang Bella di angkat begitu sahaja.
Dengan senyuman lega Bella bersuara pada penyelamatnya itu. "Nasib baik sempat...terima kasih ya..."Mulanya dia sangka orang yang bantu dia adalah ahli kelabnya. Sekali bila kotak tu di angkat, senyuman Bella terus hilang. Wajahnya berubah reaksi terkejut semasa memandang lelaki di depannya itu.
What the heck!
"Ini kerja kebajikan kau seorang atau kelab kau?"tegur suara lain dari belakang Bella tiba-tiba.
Dengan pantas Bella toleh ke belakang pula. Nafasnya tersekat dikerongkong bila melihat beberapa orang lelaki berpakaian casual muncul dari balik van dan menghampirinya.
Di mata Bella masa tu macam dia tengah tengok barisan kesatria dengan pakaian pahlwanan bersedia nak berperang ibaratnya.
"Sengih-sengih...ingat comel ke?" komen Damien masa mendekat.
"Awak datang!"senyum Bella pada Villius yang jalan seiring dengan Damien di sebelah sambil diekori beberapa lagi ahli majlis pelajar yang lain di belakang.
Lelaki dari majlis pelajar yang bantu Bella tadi sudahpun bergerak masuk ke dalam terlebih dahulu.
Damien buat muka toya pada Bella sementara Villius seperti biasa, dengan muka serius dia lepas berdiri dekat depan Bella.
"Awalnya.."Bella mengangkat tangan kanan dimana jam tangan berada. Bila dia lihat waktu pada jam itu dia kembali memandang Villius yang sudah berdiri di depannya. "Saya rasa saya beritahu program start 9 pagi.." sengih Bella kerana senang hati.
"Hek eleh..banyak pulak bunyi dia...untung-untung kita orang nak datang tahu tak.." sentap Damien.
Bell buat muka. Dia pandang Damien. Apahal pulak mamat selenge ni, ada orang cakap dengan dia ke? "Ada saya cakap dengan awak?Takkan. Menyampuk je.."cebiknya dengan jelingan geram sebelum memandang Villius semula."Dah sarapan?"tanya Bella dengan manis pada Villius."Kalau belum saya baru nak mulakan sesi sarapan sebelum sesi gotong royong di jalankan..."
Damien buat muka lepas menerima layanan tak sama rata dengan Bella.
Villius yang sejak tadi memerhati sekeliling mengesan sesuatu tidak kena pada tempat itu. "Mana ahli kelab kau yang lain?"tanya dia apabila menyedari cuma Bella seorang saja di situ. Siap angkat barang tanpa kawan lagi tu. Kalau apa-apa berlaku macam mana? "Pengerusi jenis apa kau ni sampai tak reti nak manage program ni?" komen Villius sewaktu melipat lengan kemeja putih dia sehingga ke siku.
Bella menggaru belakang leher kerana segan sendiri.
"Hehehe...sebenarnya ada je yang lain. Cuma dia orang ada tugas masing-masing. Lagipun ahli kelab majalah saya bukannya ramai mana pun. Cuma enam orang je. Sebab itu saya jemput awak semua..."
Villius bagi muka dumbfounded dia.
Damien menjuling mata tak percaya dengan kata-kata Bella.
Sementara ahli majlis pelajar yang lain ada yang menepuk dahi tak terkata, ada jugak yang menggeleng kepala.
"Kalau macam tu kenapa still buat program ni kalau kau tak cukup ahli...benda macam ni bukan perlukan 18 orang je. Tapi satu kelas." bebel Damien dengan jengkel.
Bella tarik muncung merajuk masa tunduk memandang ke bawah.
"Sorry la...benda mendadak. Patutnya kelab Sivik yang jalankan program ni. Tapi dia orang tarik diri tiba-tiba. Cikgu cakap tak boleh nak cancel sebab duit dah keluar...jadi saya pun setuju la.."jelas Bella takut-takut.
Damien buat muka jengkel dia lepas dengar. Tengok la ni...perempuan memang suka menyusahkan!
Terus dia luku kepala Bella kerana geram."Aurgh....seriously Bella..one day kalau ada orang nak jantung pun kau bagi..." geleng Damien sebelum tunduk mengangkat dua buah kotak sekali gus dan masuk ke dalam bangunan.
Bella pegang kepalanya yang diluku tadi dengan kening berkerut.
Villius yang masih berdiri pandang Bella dengan renungan judging dia. Perempuan...perempuan!
"Menyusahkan!"detus Villius sebelum ikut menyertai rakan-rakan dia untuk bantu Bella angkut semua barang di situ masuk ke dalam.
Bella dekat belakang dah melompat-lompat riang kerana lengang kangkung tak perlu angkat barang.
"Terima kasih awak.."ucapnya semasa jalan seiring dengan Villius.
Share this novel