"Ikut je la..kita ni kalau nak buat kebaikan jangan nak berkira sangat la"

Romance Completed 6578

Dengan kemas tangannya memegang bekal bersama senyuman lebar di bibir semasa mendekati meja di mana sekumpulan pelajar lelaki berunifrom hijau lumut, uniform khas yang dipakai oleh majlis pelajar sahaja sedang berkumpul.

Sepanjang perjalanan untuk ke meja tu, Bella dimatai dengan penuh tanda tanya oleh pelajar sekitar, terutama sekali pelajar perempuan. Bukan cemburu tapi tertanya-tanya. Entah apa lagi la yang hendak dilakukan oleh Bella pada ahli majlis pelajar tu.

"Good morning~"nyanyi Bella dengan ceria sambil menolak bahu lelaki yang duduk di sebelah Villius sehingga buatkan pelajar lelaki itu terpaksa anjak memberi ruang dengan tidak rela padanya.

Pelajar lelaki itu kemudiannya menjeling jengkel ke Bella sewaktu Bella duduk di tengah-tengah mereka.

Villius tidak mempedulikan Bella, dia hanya fokus pada makanan yang ada di dalam bekal makanannya. Baru sahaja garfu dia hendak sentuh makanan, tiba-tiba sahaja bekalnya di tarik jauh darinya. Dia memandang terkejut ke bekalnya yang kini berubah tempat. Iaitu di depan Bella.

Sambil tersengih kambing, Bella menyua bekal makanan dia pada Villius.

"Jangan makan yang ni...apa kata makan makanan yang saya sediakan ni. Bukan saja segar malah menyihatkan lagi tu..."bekal milik Villius ditolak ke depan Damien yang duduk menghadap mereka.

Damien tunduk memandang bekal Villius di depannya sebelum memandang Villius di sebelah kanan Bella. Damien jungkit kening pada Villius seakan bertanya 'apa yang berlaku'. Villius yang nampak cuma menjungkit bahu tanda tak tahu.

Bella sibuk membuka bekal-bekal penuh dengan makanan yang dihias cantik. Bentou kalau dalam bahasa jepunnya lalu di hidangkan ke depan Villius.

Kening Villius mencerlung tidak suka.

"Apa yang kau cuba lakukan ni?"tanya Villius semasa memandang Bella yang duduk rapat dengannya. Bahu bertemu bahu.

Bella memandang wajah Villius lalu tersenyum.

"Apa awak dah lupa ke?Ini misi saya untuk buat awak suka pada sayalah apa lagi..." jawab Bella semasa meletakkan chopstick ke tangan kanan Villius. "Makanlah...penat saya bangun awal untuk siapkan semua ni..."Bella menarik senyuman manis sewaktu menatap wajah serius Villius yang sedang berkerut kening.

Pelajar lelaki yang rehat bersama Villius memandang minat ke arah bekal yang tersusun di atas meja itu. Warna warni dan kelihatan sangat menyelerakan sekali.

BAM!

Namun begitu fokus mereka terganggu apabila bunyi kuat dan mengejutkan kedengaran di meja itu. Mata mereka serta merta terarah pada Villius sebelum turun ke tangan lelaki itu.

Dimana chopstik yang digunakan untuk memukul permukaan meja tadi berada di bawah tapak tangan berurat belirat Villius. Bella di situ membutang mata.

"Ada aku setuju ke?"soal Villius dengan jengkel. Dia mengetik rahangnya sampaikan urat timbul di pelipisnya. Dia merenung mata Bella dengan renungan gelap dia.

Bella pandang Villius tanpa berkedip.

"Relaks la yang nak melenting kenapa?Kan saya yang nak buat awak suka saya...bukan saya paksa awak sukakan saya..."pujuk Bella dengan perlahan.

"Yang kau suka hati nak buat keputusan sendiri dah kenapa!?" marah lelaki itu dengan nada yang rendah agar tidak memalukan Bella. Namun cukup kuat untuk didengari oleh mereka yang ada di meja itu sahaja.

Bella tersenyum nipis. Kenapa?Takut ke?

"Janganlah marah-marah...nanti perut awak sakit kalau masa makan marah macam ni." pujuk Bella lagi yang sepertinya tidak terkesan dengan deraman bengang Villius. Malahan dia buat muka selamba dia.

Damien yang duduk berhadapan dengan Bella perhatikan lagat Bella. Nekad betul minah sorang ni! Tak nampak ke orang dah tak suka. Dijengkelkan lagi kenapa?Tak faham bahasa agaknya?Merimaskan betul.

"Kenapa?Awak tak suka dengan bentou?Nak sushi?Ke masakan western?Asian?"tanya Bella yang sepertinya tidak kisah kalau lelaki ini mengherdik atau menengkingnya. Sebab hatinya kental demi misinya!

Villius memberi renungan mengalah sebelum melepaskan dengusan pendek, sudah tidak tahu hendak kata apa lagi dengan perempuan yang degil dan tidak reti putus asa depannya itu. Dia picit dahinya saat tunduk menopang siku ke meja.

"Penting sangat ke untuk mansuhkan peraturan ni?Hah?" Villius mengangkat kepala dan memandang Bella dengan kening mencerun.

"Of course...demi saya dan demi awak semua. Kalau semua ni di mansuhkan, akademi ini akan lebih meriah dan tidak terlalu formal."Bella menggosok perlahan belakang badan Villius. "Kalau awak tak nak saya ganggu ketenteraman awak, mansuhkan je peraturan tak guna tu supaya saya gembira dan semua orang akan gembira..."ugut Bella dengan senyuman di bibir sewaktu menepuk dada Villius pula sewaktu bercakap.

Mata Villius memandang tangan yang sedang menepuk dadanya. Terus dia tolak tangan tu jauh darinya.

"Jangan suka hati sentuh aku..." desis Villius dengan benci.

Bella mengangkat tangan surrendernya. "Okay..okay. No skinship. Humm?"senyumnya lagi. Dia mencapai chopstick bersih lalu diserahkan kepada Villius. "Makan ya..."pelawanya kepada Villius sahaja.

Namun tangan lain pula yang menyibuk terlebih dahulu. Bella pandang tak puas hati ke ahli majlis pelajar tu lalu memukul tangan-tangan itu dengan sudu.

Tok!Tok!Tok!

"Eh...Jangan sibuk!Ini untuk Villius je...makan makanan awak tu..."sentap Bella dengan garang.

Ketukan itu membuatkan mereka tersentak lalu cepat-cepat mengosok tangan mereka sambil membuat muka menyampah pada Bella.

Lantas Bella pandang Villius dengan renungan fangirl dia.

"Oh..ya sebelum lupa. Saya datang sebab nak jemput awak semua. Ahli Majlis pelajar untuk hadir ke Kempen Kebajikan Kelab Majalah Ahad ni."Bella tunduk mengocek sesuatu dari balik kot yang dipakai. Lalu sepucuk surat di keluarkan dari poket tu.

Mereka di situ pandang Bella dengan minat. Dah apa lagi minah tiga suku ni nak buat.

"Dan kenapa kita orang kena ikut arahan kau pulak?"sampuk Damien.

Bella jeling ke Damien lalu mencebik menyampah.

"Ikut je la...kita ni kalau nak buat kebaikan jangan nak berkira sangat la...tak nak ya sudah...saya tak paksa pun."ujarnya pada Damien dengan benci. Tapi reaksi dia bertukar mesra semasa berpaling ke Villius. "Kan awak?"sampul itu di sua ke Villius.

Villius pandang sampul tu beberapa saat sebelum mencapainya.

"Dekat dalam tu ada alamat lokasi, masa dan instruction yang awak perlu tahu..."jelas Bella dengan senyuman lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience