Kenapa! Kenapa!
Dihantuk-hantuk kepala dia ke dinding beberapa kali setiap kali teringat akan kata-katanya yang sememangnya tidak dirancang dan terkeluar dengan sendirinya.
"Kenapa aku cakap macam tu."hantuk."Kenapa!"hantuk lagi."Kenapa......"hantuknya lagi!"Mong-Mong macam mana ni otak aku yang gila ni dah buat hal lagi..."raung Bella dengan dramatik pada lelaki yang sedang fokus bermain video game online depan komputer.
Yuta yang memakai headfon dikepala itu tidak dengar apa yang dikatakan oleh Bella sejak gadis itu datang ke rumahnya beberapa minit yang lalu, membebel akan sesuatu yang Yuta sendiri tak nak dengar.
Bella memandang Yuta dengan kening mencerun geram bila Yuta tak menyahut mahupun memberi sebarang reaksi.
"Wei...aku cakap dengan kau ni!"Bella menurunkan headfon dari kepala Yuta dengan kasar."Boleh tak kau fokus dekat aku sekejap main tu boleh nanti-nanti kan..."renggus Bella.
Yuta memandang ke depan skrin komputer sebelum melepaskan keluhan panjang. Dia bersandar malas pada kerusi sebelum memandang Bella yang sedang berdiri di sebelah mejanya.
"Ada apa lagi?"keluhnya.
Bella pandang Yuta dengan muka cuak dan gelabah dia. Keningnya mencerlung tak puas hati.
"Macam mana kalau dia setuju?"tanya Bella lagi soalan yang sama berulang kali.
Yuta menjungkit bahu tidak tahu hendak jawab apa."Sebab dia sendiri tak tahu apa yang Bella serabutkan.
"Kenapa kalau dia setuju sekalipun...bukan kau yang nak ke?"balas Yuta bernada tidak kisah.
Bella membutang mata luas. Dia memandang terkejut ke Yuta.
"Itu masalahnya...kenapalah aku pandai sangat sampai boleh ajukan kata-kata tu dekat dia.Aku?Dengan Dia?A big NO!"geleng Bella dengan over seakan dia baru mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya dia dengar.
Yuta membuat muka.
"Itulah..aku pun tertanya-tanya jugak macam mana kau, dengan otak pandai kau tu boleh masuk kelas pandai..."perlinya.
Bella memberikan satu tamparan di lengan kiri Yuta kerana sakit hati. Sudah lah dia tengah sakit hati, di tambah lagi.Tak guna betul!
"Apa kau cakap?Nak kena dengan aku ek?" Bella menjegil mata kegeraman.
Yuta bercemberut sakit.
"Auw~~Sakit la kau dah kenapa...memang betulkan!"marah Yuta. "Budak terencat pun tak adalah macam kau! Orang putus fius pun masih boleh control behaviour dia orang...tak macam kau ni sudah la waras, pandai, cantik tapi tak boleh nak fikir panjang..."balas Yuta sambil menggosok lengannya yang tidak beralas kerana mengenakan singlet sahaja. Bila dia tengok tepi lengan dia yang putih itu, berbirat lima jari dibuatnya pada permukaan kulitnya itu.
Ganas betul!
Bella bersandar pada tingkap. Kepalanya dongak memandang siling.
"Semua tu sebab komen dekat fac lah aku tak tahan dia orang kutuk dan cakap benda yang bukan-bukan pasal kau orang. " satu hela nafas pendek di lepaskan dari bibirnya.
Yuta menurunkan tangan. Dia pandang Bella dengan renungan serba salah.
"Kenapa kau kisah..itu kan cuma komen, kita tak boleh nak tutup mulut orang biarlah dia orang nak fikir apa..nak cakap apa, yang penting kita orang ni pelajar lelaki akademi tahu batas dan sedar mana baik mana buruk lagipun kita orang suka dengan peraturan ni boleh fokus terhadap pelajaran dan tak ada isu rebut teman wanita dan peminat bagai" jelas Yuta dengan bersahaja.
Bella memalingkan kepala ke arah Yuta dengan muka penat. Kerutan di kening berkurangan sebaik mendengar kata-kata tersebut.
"Betul ni kau orang tak terasa?"tanya Bella untuk kepastian.
Yuta mengangguk kepala.
"Bagi aku lah..kalau orang lain aku tak tahu la. Maybe yes maybe not..."ujar Yuta.
Bella menggigit bawah bibirnya. Tiba-tiba sahaja perasaan tidak sedap hati itu kembali bertandang. Terus Bella termenung memandang bingkai gambar dimana Yuta mengucup pipinya sewaktu dia tersenyum memegang skrol tamat belajar sekolah menengah rendah di dinding sebelah pintu bilik.
Dengan renungan nekad, Bella berniat. Dia akan hentikan peraturan semua ni tak kira apa sekalipun cara dan pengorbanan yang dia perlu ambil.
Share this novel