Pintu lokarnya di tutup tapi tak nak tutup. Dia tutup lagi sekali lagi masih jugak terbuka semula. Dengan bengang pintu lokar tu di hempas kasar. BAM! Baru la nak tutup.
Kemudiannya tali beg sandangnya di bawa ke bahu dengan kasar sebelum berpaling ke kanan dan berlalu mendekati mesin air layan diri. Hatinya masih jengkel dengan perbualan malam tadi.
Ramai-ramai orang kenapa Xavier jugak orangnya. Bukan dia tak suka, cuma tak gemar. Cukup la Adrian seorang memeningkan kepala dia. Jangan di tambahkan lagi.
Setelah dimasukkan beberapa keping syiling ke dalam mesin itu, dia menekan butang air kopi, namun bila ditekan, mesin itu mengeluarkan suara bahawa kurang duit. Hal itu membuatkan Bella merenggus jengkel.
Sedang gadis itu menyeluk tangan ke dalam poket mencari syiling lebih. Bila dia dah dapat boleh pulak syiling tu jatuh lalu bergolek masuk dekat bawah mesin air tu. Hek eleh..duit pun nak cari pasal dengan dia?
Bella cuba mengocek lagi poket dia kalau ada syiling lebih, masa tu jugak satu tangan muncul dari tepi lalu memasukkan syiling untuknya dan bunyi kedegang dari mesin tersebut kedengaran. Dan orang itu tunduk mencapai tin itu untuknya.
Mata Bella kaku memandang tuan punya tangan tu tak berkedip. Datang dah bahana dia!
"Pagi-pagi lagi awak minum air sejuk..pada waktu sejuk macam ni?"tanya Xavier semasa membuka pin tin minuman itu sebelum disua kepada Bella.
Bella mencapai tin itu dengan tangannya yang penuh dengan buku dan tablet PC miliknya.
"Terima kasih..."ucapnya lagi. Ucapan yang sering dia sebut setiap kali jumpa lelaki ini.
"Kasih diterima..."senyum Xavier semasa mencapai buku-buku itu dari tangan Bella. Setelah itu dia berdiri memandang Bella dengan mesra. Membuatkan telinga Bella kemerahan, pipi itu menjadi lebih merah kerana malu.
"Muka awak merah?Tak sihat ke?"secara tiba-tiba lelaki itu menyentuh pipi Bella.
Bella tersentak, dia terus mengangkat kepala memandang Xavier.
"Panas suam jer..."”tanya lelaki itu sewaktu membandingkan suhu pipi Bella dengan pipinya sendiri.
"Saya tak apa-apa...terima kasih sebab ambil berat..."ucap Bella yang menolak turun tangan itu ke bawah.
"Awak nak ke kelas ya?Kalau macam tu saya teman?"ajak Xavier. L
Bella menggeleng kepala enggan.
"Tak apa, saya boleh jalan sendiri..."ujar Bella yang hendak mencapai buku-bukunya dari tangan lelaki itu. Namun Xavier menjauhkan buku itu darinya.
"Biarlah saya hantar awak..."”kata Xavier yang memeluk bahu Bella lalu jalan seiring dengan gadis itu.
Disebabkan ketinggian Bella itu paras bahu lelaki itu, dengan mudah Xavier merangkul gadis itu tanpa berasa segan.
"Tapi saya boleh pergi sendiri..betul ni.."tolak Bella yang ingin jauhkan diri dari lelaki di sisinya.
Xavier mengeratkan pelukannya. Membuatkan Bella terus kaku dalam keadaan itu.
Sepanjang perjalanan itu semua mata terarah pada dua orang itu. Cemburu dengan keakraban mereka kerana di akademi itu pelajar lelaki dilarang bergaul dengan pelajar perempuan. Jadi apabila mereka melihat semua itu, membuatkan mereka sedikit hairan dan iri hati kerana mereka tidak biasa untuk perlakukan hal yang sama pada pelajar lelaki di situ. Disebabkan sudah terbiasa dengan peraturan tersebut.
Apabila Bella dan Xavier hampir mendekati kelas, Bella ternampak Yuta sedang berbual dengan Lucy di sisk. Membuatkan dia tersenyum lega apabila rakannya itu melihatnya.
Seperti tahu-tahu, Yuta dan Lucy dengan serentak memandang ke arah Bella. Dan bila mereka bertentang mata. Bella terus membuat muka supaya mereka menyelamatkan dia dari lelaki yang merangkul bahunya ini.
Yuta yang hendak bergerak masuk ke dalam kelas berhenti melangkah, berdiri memandang mereka.
"Bella..."panggil Yuta dengan suara mendatar biasanya.
Xavier berpaling ke depan apabila mendengar nama Bella di panggil. Lelaki itu berhenti melangkah sebaik sahaja bertembung mata dengan Yuta.
"Yuta...Lucy...hai.."Sapa Bella yang hendak bergerak mendekati Yuta tetapi Xavier menarik bahunya ke belakang. Membuatkan tubuhnya berlaga dengan tubuh sasa lelaki itu.
"Kita dah sampai ini kelas awak ke?"tanya Xavier semasa tunduk memandang Bella.
Bella mendongak kepala lalu perlahan-lahan mengangguk kepala.
”
"Kalau macam tu marilah masuk..."ajak Xavier yang hendak bergerak ke depan sebelum Yuta menghadang dengan badannya sendiri.
Xavier merenung dingin ke arah Yuta. Senyuman mesra lelaki itu hilang dari bibir.
"Lucy..bawak Bella masuk."arah Yuta tanpa mengalihkan renungan dia dari Xavier.
Bella mengangguk kepala laju-laju.
"Jom Bella."ajak Lucy yang mahu mencapai Bella tapi Xavier tak bagi. Terkedu Lucy dekat situ.
"Saya boleh jantar dia masuk."tegas Xavier.
"Tak apa, dia boleh masuk sendiri tanpa di apit..sampai sini sahaja.."arah Yuta saat merenung tepat ke mata Xavier. Menunjukkan kuasa dominannya selaku ketua kelas satu.
Buku di tangan Xavier di tarik kasar oleh Yuta. Dia melirik ke arah Bella sebelum menolak tangan itu jatuh dari bahu Bella.
Xavier kelihatan tidak berkuasa apabila berhadapan dengan Yuta. Terus dia berdiri kaku di depan lelaki itu sewaktu melihat Bella di tarik menjauh darinya dengan Lucy.
Bella memegang lengan Lucy semasa berpaling hendak masuk ke dalam."Terima kasih sebab hantar kan..."ucap Bella sambil tersenyum paksa.
"Tak apa,jumpa nanti..."balas Xavier.
Yuta menjeling tajam ke arah Xavier sebelum menolak Bella masuk ke dalam kelas. Sewaktu Bella telah masuk ke dalam kelas, Xavier bersuara perlahan, namun cukup jelas untuk Yuta dengar.
"Dia akan jadi milik aku..."ucap Xavier dengan nada dingin.
Langkah Yuta terhenti, dia memalingkan kepala ke kanan dimana wajah Xavier beberapa inci darinya.
Xavier tersenyum sinis.
"Jangan anggap aku mengalah depan kau ...yang sebenarnya aku tak nak malukan Bella." ujar Xavier sebelum berpaling dari situ.
Kening Yuta mencerun sebaik sahaja dia melihat langkah Xavier yang semakin lama semakin jauh dari situ. Setelah itu Yuta masuk ke kelas.
Melihat Bella yang sedang berbual dengan Lucy. Terus dia duduk di kerusi, mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas pada gadis itu. “
"Apa yang berlaku tadi?Kenapa budak lelaki tu?"”Yuta mengangkat kepala. Menoleh ke kanannya dimana Bella sedang tunduk membelek telefon. Tidak lama selepas itu mesej masuk.
"Dia adalah anak kepada kawan mama aku. Yang mana parents aku nak padankan dengan." balas Bella.
Yuta menoleh ke arah Bella, melihat Bella memandangnya dengan kening mencerun.
Share this novel