"Ingat perjanjian kita masa dekat menara tu?"

Romance Completed 6578

UNCENSORED

"Keluar tengok wayang?"tanya Lucy dengan pelik.

"Yalah...wayang. Jom la."ajak Bella.

"Aku ada kerja nak buat."keluh Lucy.

"Alah....jom la. Kejap je. Tak lama. Please." rengek Bella sambil mengekori langkah Lucy sepanjang lorong rak buku perpustakaan itu.

Lucy yang sejak tadi membelek buku rujukan untuk eseinya tidak menghiraukan Bella.

Bella menyandar ke rak. Dia mula menangis buat-buat. Di Letak tangan atas dahi lalu donggakkan sedikit kepala ke atas. "Uhuks...uhuks...apa la nasib. Sudah la ada ibu bapa tapi sibuk. Ada abang tapi terbiar. Ada kawan tapi tak sayang.."dramanya di situ.

Lucy buat muka menyampah. Terus dia palingkan kepala ke sisinya dimana Bella masih tersedu-sedu sedih mengada-ngada. Haih...apa la nasib dia dapat kawan macam Bella ni.

"Tak apa la...biar la aku bawa diri dengan hati yang lara ni.."rajuk Bella masa nak berpaling dari situ. Siap dengan efek mimik muka kasihan dan kepala tunduk ke bawah.

Kecik besar Lucy perhati tingkah Bella. Silap hari bulan ada yang kena timbus hidup-hidup jugak nanti ni."Fine."setuju Lucy dengan nada jengkel yang mengalah.

Terus tegak kepala Bella bila dia dengar. Dia berpaling ke belakang lalu menghadap Lucy dengan wajah bersinar penuh teruja.

"Serius?Kau pergi?"tanya Bella.

Lucy pandang Bella dengan menyampah lalu mengangguk kepala. "Ya...aku pergi. Mana tiketnya?"

Bella dengan girang seluk poket dalam kot dia lalu mengeluarkan sekeping tiket darinya lalu diletakkan ke atas tapak tangan Lucy.

"Thanks. Love you. Muah-muah." ucapnya.

Lucy pegang tiket tu lantas menggeleng kepala. "Dah pergi sana. Main jauh-jauh situ. Aku nak siapkan kerja aku."halau Lucy.

"Aip-aip bos!"Bella tabik dengan bersemangat sebelum pergi dari lorong tu sambil melompat-lompat riang.

Sampaikan petugas perpustakaan siap bagi jelingan tajam lagi tu sebab tak suka Bella buat kecoh dalam tempat tu. Bella menjadi Bella, dia buat jari 'peace' dekat petugas tu semasa melompat riang keluar dari situ.

Sambil menyanyi kecil, Bella jalan menyusuri koridor itu sendirian. Dia tunduk memandang benang yang terkeluar dari kolar kotnya mencari sesuatu untuk dilakukan.

Baru sahaja Bella nak gigit benang yang terurai itu, tiba-tiba satu tangan muncul dari salah satu pintu yang ada dekat koridor tu, lalu menarik Bella ke dalam.

"Mak!"latah Bella semasa dia ditarik dengan satu tenaga ke dalam sebuah bilik secara mengejut.

Tak sempat hendak buat apa-apa Bella cuma dapat rasakan sepasang tangan berada di pinggang dan belakang kepala dia. Dan satu kucupan hinggap di bibir sesaat kemudian.

Disebabkan semua itu berlaku sekelip mata, Bella hanya berdiri dekat situ untuk cuba proses apa yang berlaku. Dia cuma diam merasai bibir si assaulter menjarah bibirnya dan bau minyak wangi lelaki menyapa hidungnya pada masa yang sama.

Tangan yang berada di belakang kepala dan pinggangnya waktu itu terasa sangat cengkamannya.

Beberapa ketika kemudian, barulah bibirnya dibebaskan, dan orang berdiri di depannya tunjukkan muka. Dengan mata terbutang luas dan nafas tertahan di kerongkong, Bella berdiri dekat situ tak bersuara.

"Sorry."ucap lelaki itu pada Bella.

Kening Bella terus mencerun. Dia tumbuk dada lelaki di depannya dengan berang.

"What the f*ck!Boleh tak berhenti buat saya terkejut macam ni!Awak nak saya mati muda ke!"desis Bella dengan bengang. Tak boleh cakap kuat-kuat. Takut ada yang dengar.

"Sebab tu aku minta maaf awal-awal. Tahu kau akan marah macam ni.." lelaki tu tersengih semasa memandang Bella yang sedang berang itu.

"Dah kenapa pandang saya macam tu.." sentap Bella dengan bengis.

Lelaki tu ketawa kecil. Dia selak anak rambut Bella ke belakang telinga. "Kau nampak hot bila marah."pujinya sebelum mengucup sekilas bibir Bella.

Bella menjulingkan mata menyampah lepas dengar tapi tersenyum malu.

"Awak nak apa ni jumpa saya tiba-tiba macam ni."tanya Bella.

"Oh..lupa.Aku nak bagi ni..bagi tangan kau." lelaki tu mengocek sesuatu dalam poket kot yang dipakainya.

Bella dengan muka blur dia pun tadah tangan.

Lelaki tu kemudiannya pegang tangan kanan Bella lalu memakaikan sesuatu pada jari manis Bella. Setelah dia alihkan tangan, sebutir cincin plantinum terpasang kemas pada jari Bella.

"Apa ni?"tanya Bella masa sentuh cincin tu dengan minat. Bila dia lihat huruf pada cincin tu keningnya berkerut. "BD♡AL"sebut Bella sebelum mengangkat kepala memandang lelaki di depannya.

"Ingat perjanjian kita masa dekat menara tu?"pinggang Bella di pegang sebelum menarik tubuh Bella supaya rapat pada dadanya.

Bella angguk kepala.

Lelaki tu tunjal lembut kepala Bella sambil berkata."Disebabkan kau ni dikelilingi dengan lelaki, aku bagi kau cincin ni sebagai peringatan supaya kau ingat..."

Bella mencebik menyampah masa pandang lelaki tu dan cincin di jarinya silih ganti.

"Cebik lagi aku gigit. "

Bella tunduk memandang cincin semula. "Awak punya mana?"tanya dia yang memandang tangan berjari runcing dan berurat belirat timbul itu milik lelaki itu.

Lelaki itu angkat tangan lalu menunjukkan cincin yang sama jenis cuma sedikit besar dari Bella terpasang pada jari manisnya.

"Okay."angguk Bella.

Lelaki tu tarik Bella ke dalam pelukan lalu menyandarkan belakang badan Bella ke pintu. Bella cuma letakkan tangan dia ke dada lelaki tu tanpa bergelut. Dah biasa dengan layanan kasar tapi sweet itu.

"Beritahu aku...adakah program pertukaran pelajar ni sebahagian dari rancangan kau?"soal lelaki tu dengan suara berbisik depan muka Bella.

Bella dongak memandang lelaki yang lampainya atas dahi dia.

"Kenapa awak tanya macam tu?"

Lelaki tu sengetkan kepala dan mendekatkan bibirnya ke bibir Bella lantas berbisik perlahan.

"Sebab perempuan tu ada dekat sini.." lelaki tu memandang mata Bella sebelum turun ke bibir Bella dengan renungan craving.

Bella tersengih sinis. "Awak sedar tentang hal tu?"tanya Bella.

Lelaki tu pegang dagu Bella dan dongakkan kepala Bella supaya memandangnya. "I know you better than anyone honey.."senyumnya sebelum mengucup bibir Bella sekali lagi.

Bella tersenyum senang lepas bibirnya di kucup. Lalu dia lingkarkan tangan ke sekeliling leher teman lelakinya sebelum membalas kucupan itu dalam-dalam.

Rasanya ada bab yang tinta tk censored kn... hahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience