Semuanya jadi tiba-tiba

Romance Completed 6578

Pagi Isnin selepas perhimpunan umum di dalam dewan, pelajar-pelajar mula bersurai dan masuk ke kelas masing-masing. Sejurus itu Bella terus adakan meeting di depan kelas menghadap rakan-rakannya.

Dua baris dipenuhi dengan pelajar lelaki, dua baris lagi di penuhi dengan pelajar perempuan. Masing-masing memandang ke arahnya dengan ekpresi yang berbeza.

Satu baris tu dengan kepala atas meja. Satu baris menopang dagu memandang bosan ke arahnya. Satu baris dengan muka tertunggu-tunggu. Satu baris hanya memandang ke arahnya seperti mahu tak mahu bersama renungan kenapa-aku-ada-dekat-dalam-kelas-ni padanya.

Buku catatan biasa yang penuh dengan startegi ditutup setelah dia selesai menerangkan projek taman bunganya. Lantas Bella angkat kepala dan memandang rakan-rakannya dengan senyuman lebar."

"Dan itulah rancangannya... Kau orang faham?"tanya Bella kepada rakan sekelasnya.

"Semua orang?"tanya Lucy.
"
"Urm...semua kita kan sekelas jadi semua orang mesti terlibat."Bella tersenyum.

Pelajar lelaki menanti Yuta untuk bersuara, sama ada mereka perlu terlibat atau tidak. Tetapi Yuta hanya mendiamkan diri dan kelihatan tidak berminat dengan celoteh Bella sejak tadi.

Bella tumbuk udara dengan bersemangat.

"Kalau macam tu..Let's start!"ajak Bella.
Go...go..go!"ajak Bella yang bergerak ke arah pintu. Dan pelajar perempuan terus bangun untuk mengikut Bella ke tapak projek taman bunga. Lucy yang berada di sisi Bella bersuara semasa mereka semua menuruni tangga.

"Bella...dia orang tak ikut pun?"tanya Lucy.

"Urm?"Bella menjungkit kening."Siapa?"soal Bella sambil toleh ke belakang.

"Budak lelaki lah..."jawab Lucy kedengaran jengkel.

Bella hanya tersenyum, tidak lama selepas itu mereka semua tiba ditapak projek yang terletak di tengah laman antara bangunan sukan dan bangunan dewan kuliah. Satu laman yang tidak berapa besar namun cukup untuk menanam bunga dan membina kolam air pancut saiz sederhana.

"Besarnya...boleh ke kita buat semua ni sendiri " tanya Lucy semasa berdiri memandang laman berumput itu."Bila kau dapat kelulusan ni?"soal Lucy sewaktu memandang tepi wajah Bella.

Bella mencekak pinggang semasa menghadap laman di depannya itu.

"Mestila aku dah dapat kebenaran...dan aku target dalam masa sebulan macam tu?"jawab dia.

Jumaat lepas dia dapat pelepasan dari Villius tentang tapak untuk projek dia. Itupun lepas dia desak Villius tanpa henti dengan mengekori kemana saja Villius pergi. Sebab rimas Villius terus menyentap. Marah-marah Bella dan terus bersetuju untuk berikan tapak projek untuk Bella.

"Aku dapat kelulusan jumaat lepas."sengih Bella dengan bangga.

Lucy mengangguk kepala dan mula menyertai pelajar perempuan yang lain seperti tertarik dengan idea Bella. Tidak lama kemudian, Bella terasa ada yang berdiri di sisi kirinya, sebaik sahaja gadis itu dongak, Yuta bersama rakan-rakan lelakinya berdiri memegang peralatan untuk bergotong royong. Lantas gadis itu tersenyum.

Bella meletakkan kedua-dua tangan di sisi mulut.

"Okay...boys boleh mulakan dengan alihkan batu-bata, girls korek tanah untuk bajakan tapak bijih benih bunga...""laung Bella dengan bersemangat.

Serentak itu 35 orang pelajar kelas satu tahun akhir itu memulakan kerja-kerja gotong royong bersama-sama. Walaupun mereka semua buat kerja sama-sama masih belum ada komunikasi antara mereka. Hal itu membuatkan Bella yang memerhati berasa bengang.

"Haih,bercakaplah..."deramnya semasa menghampiri pelajar perempuan sebelum turut mengembur tanah. Sedang dia menggembur tanah, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan sedang bergelut untuk menarik keluar akar dari tanah.

Namun pelajar lelaki yang ada di sekitar buat tak tahu. Bella apalagi, dia menoleh ke arah Yuta lalu memberi renungan sebagai isyarat pada lelaki itu agar melakukan sesuatu.

Yuta yang perasan akan renungan itu, berpaling, dia yang sedang mencakung mengeluarkan batu-bata dari tanah terus berdiri. Menepuk lengan beberapa orang rakannya sebelum bergerak ke arah kumpulan dimana pelajar perempuan sedang bergelut.

"Mari ke sana...nampaknya dia orang perlu bantuan kita."ajak Yuta.

Pelajar-pelajar lelaki itu memandang tidak pasti ke arah Yuta. Teragak-agak nak mendekati kumpulan pelajar perempuan tersebut.

Namun setelah berbolak balik dengan dilemma masing-masing mereka bergerak sama-sama mendekati kumpulan pelajar perempuan tersebut.

"Biar kita orang buat...kau kumpulan sampah-sampah ni dan masukkan ke dalam plastic sampah.""kata pelajar lelaki di situ pada pelajar perempuan.

Tersipu-sipu malu, pelajar perempuan di situ mengangguk kepala lantas tersenyum.

"O-okay....thanks..."ucap mereka.

Dengan kehadiran mengejut pelajar lelaki di situ, pelajar perempuan memandang kagum apabila melihat lelaki-lelaki dengan tangan berotot itu dengan mudah menarik keluar akar tersebut tanpa bersuara.

Tiba-tiba sahaja mereka berdiri situ dalam mode fan girl.

Tiba-tiba sahaja pelajar-pelajar lelaki di situ kelihatan menarik untuk di pandang.

Semuanya jadi tiba-tiba!

Bella yang memerhati situasi itu tersengih bangga memandangkan rancangan dia sedikit membuahkan hasil.Terus dia kerling ke arah Lucy. Memberi isyarat supaya giliran Lucy pula yang buat scene.

Lucy membuat muka sambil menggeleng kepala tidak mahu, tapi Bella balas sambil menjegil mata, membuat mulut seperti mahu menggigit Lucy.

Dengan muka tak suka, Lucy menghentak kaki. Dia pandang plastic sampah yang sudah dipenuhi dengan dahan, ranting dan kayu yang berat itu bersama muka tidak suka. Lantas dia paling ke pelajar lelaki yang berdiri di belakangnya. Dia tepuk belakang bahu pelajar lelaki itu. Menarik perhatian pelajar tersebut supaya berpaling.

"Awak...boleh tolong saya angkat plastic ni dekat sana tak?"minta Lucy dengan renungan puppy eyenya.

Pelajar lelaki itu memandang plastic hitam di tangan Lucy dan kembali memandang gadis itu lantas mengangguk kepala.

"Maaf sebab susahkan awak...terima kasih ya" "ucap Lucy dengan kekok.

Pelajar lelaki itu tunduk mengangkat plastic hitam itu dengan mudah lalu ditemani Lucy di sisi untuk bantu membuka penutup sampah untuk pelajar lelaki itu.

Bella mengeluarkan telefon dari poket kotnya lalu mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience