"Fine, aku tolong kau...tapi dengan syarat."

Romance Completed 6578

Ding!Ding!Ding!

Gema loceng akademi berkumandang di seluruh pelosok inci kawasan institut seperti biasa bila masa untuk kelas seterusnya berlangsung.

Ramai-ramai pelajar yang sedang sibuk berjalan untuk ke kelas masing-masing, cuma seorang sahaja yang masih duduk melunjur atas tembok batu dengan bersahaja.

Kaki yang bersilang atas tembok itu bergoyang kanan dan kiri dengan riang sewaktu pemiliknya mendengar lagu melalui earfon yang dipakai. Punca kenapa dia masih berani berlengah dekat situ tapi bukan bergegas ke kelas kerana tidak dengar bunyi loceng itu.

Arabella yang sedang bersandar pada tiang tembok batu tingkat bumbung menara akademi itu tekun mencatat sesuatu dalam buku rancangannya.

Menara Sayap Selatan itu adalah tempat lepak dia untuk dapatkan idea. Tempat untuk dia tenangkan diri. Dan santuary spot dia di akademi itu.

Dan cuma dia seorang sahaja yang mempunyai akses untuk masuk ke menara tu. Yalah kunci utama ada pada dia. Jadi tempat tu tak boleh dimasuki sesiapa selagi kunci tu masih ada pada Bella.

Macam mana dia dapat?Aha!Of course la pinjam a.k.a curi dari bilik janitor. Kebetulan masa dia jumpa spot ni, Bella cuba larikan diri dari di hukum dengan guru kelas dia masa tahun pertama gara-gara tak siapkan kerja sekolah. Dan sampai la sekarang tempat ni menjadi lokasi khas dia.

Di buku catatan tu penuh dengan lukisan kartun dan tulisan pelbagai genre dan bentuk. Memberitahu karakter Bella yang sebenar. Menurut psikologi penulisan seseorang turut dapat menjadi bahan untuk menilai keperibadian seseorang. Jadi dalam hal Bella, tulisan dia lebih kepada tidak terurus, banyak peta minda dan carta pokok. Itu merujuk bahawa Bella berfikir secara logik dan di luar kotak pada masa yang sama.

Bella dongak memandang langit untuk mencari idea lain bagi misi mansuhkan peraturan tak masuk akal Villius. Tengah dia fikir, jari dia secara automatik bermain dengan pen ditangan.Sedang pen tu berpusing-pusing di antara jari jemarinya, tak semena dia terlepas cengkam dan pen nya tercampak ke satu arah.

Tersentak punya pasal Bella terus palingkan kepala ke arah pen dia terbang tadi. Sekali mata dia terarah pada pennya yang tergeletak di atas lantai simen tidak jauh dari tempat dia duduk. Dan apa yang mengejutkan dia adalah bukan hanya pen dia je yang ada dekat situ, tapi sepasang kasut berkilat di depan pennya itu.

Dengan mata kaku terarah pada orang yang sedang tunduk mengutip pennya, Bella hanya duduk di situ tidak bergerak sebab terkejut. Ikutkan hati lama dah dia menjerit. Tapi sebab terkejut sangat, lidah dia pun kelu.

Orang itu kemudiannya berdiri tegak setelah mengutip pen Bella dan jalan menghampiri Bella tanpa ragu-ragu.

Bella yang perhati sedikit ternganga bila tengok orang tu makin lama makin dekat sebelum berdiri di tepinya tak lama lepas tu. Pen dia di sua ke depan muka.

Tak tahu nak cakap apa, Bella cabut earfon dari telinga dia lalu mencapai pen tu dari orang tu. Sambil capai pen itu, Bella pandang lelaki di tepi dia dengan kening terangkat tinggi kehairanan.

Macam mana orang depan dia boleh tahu tempat ni?Bukan ke ni tempat rahsia dia seorang?

Haish!Spoil betul!

"Apa awak buat dekat sini?Macam mana awak boleh tahu tempat ni?" tanya Bella masa dongak memandang orang yang berdiri di tepi tembok dia sedang duduk melunjur pada.

"Macam la kau seorang je yang belajar dekat sini..."

Bella buat muka menyampah dia bila dengar. Dasar penyibuk, pergi la tempat lain kalau nak lepak, sini jugak mahu bertapak!

"Apa kau buat dekat sini sensorang? Tak ada kelas ke?"

Bella tutup buku catatan dia dan menggulung earfon dia sebelum dimasukkan ke dalam poket kot vest dia.

"Bukan urusan awak untuk tahu...tepi lah!"Bella gerakkan kaki dia untuk turun dari tembok tu tapi orang di depannya terus memagari kanan dan kiri dia dengan tangan tiba-tiba. Buatkan Bella duduk menghadap orang di depannya dengan muka terkedu.

"Beritahu aku...kau serius ke nak bubarkan peraturan Villius dari akademi ni supaya semua student lelaki dalam akademi ni boleh bebas bercinta tanpa kekangan atau ancaman?"soal orang itu di depan muka Bella.

Bella merenung tepat ke mata orang di depannya sambil menelan air liur gemuruh. Tak pasal-pasal!

"Ha'ah."angguk Bella.

"Fine. Aku tolong kau..tapi dengan syarat."

Bella tak beri reaksi. Dia hanya tenung muka orang di depannya dengan perasaan gugup dia gara-gara jarak dan kedudukan mereka itu.

"Syarat?Apa dia?"tanya Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience