Kenapa cinta ni rumit?

Romance Completed 6578

Enam orang pelajar berkot tebal dan bermafela sekeliling leher tunduk memandang kertas di tangan sewaktu meninjau kawasan yang akan dipasang kanopi untuk booth pada hari karnival musim sejuk nanti.

Villius dengan serius tunduk menilai susun atur kanopi yang dilukis pada kertas. Memastikan traffic flow untuk para pengunjung berjalan lancar supaya tiada kesesakan atau sebarang kesulitan sekiranya pengunjung itu berkeluarga, memakai kerusi roda atau bertongkat dan sebagainya.

"Kalau macam tu ubah kanopi ni bentuk L menghala ke pintu keluar, jadi kalau ada kereta pensyarah nak keluar tak ganggu laluan untuk mereka yang berjalan kaki..."tunjuk Villius pada kertas lakaran itu.

Ketua persatuan pengurusan majlis mengangguk kepala.

"Okay...nanti kita orang ubah yang kanopi ni...lepas tu tandas mudah alih tu dekat hujung ni?"

"Ha'ah...."angguk Villius.

Mereka kemudiannya mengangkat kepala, memandang kawasan laman bertar yang lapang di depan pintu masuk akademi.

Saat mereka semua berpaling hendak menyusun atur kanopi berdasarkan lakaran, tiba-tiba seseorang merempuh ke arah mereka dari arah depan.

Membuatkan ke enam-enam lelaki itu terkejut lalu memandang orang yang sedang memeluk badan Villius secara tiba-tiba. Ingatkan peminat mana yang sesat tadi.

"Bella!!"panggil Adrian dengan lantang sehingga membuatkan mereka yang ada di situ berpaling ke belakang.

Mereka di situ memandang Adrian yang tercungap-cungap mendekati mereka. Dia menunjuk ke arah gadis yang menyorok di belakang Villius.

"Ke sini kau!"arah Adrian dengan bengis.

Damien terlebih dahulu maju ke depan untuk bersemuka dengan Adrian.

"Apa masalah kau ni!"marah Damien dengan kening mencerun. "Sampai takut anak orang kau buat..."

"Bella sini!"panggil Adrian yang cuba mencapai tangan gadis itu, namun dua pelajar lelaki yang ada di situ berdiri menghadang Villius. Menolak Adrian agar jauh dari Villius.

Adrian berdengus. Wap putih keluar dari hidung dan mulut yang sudah kemerahan kerana berlari dalam kesejukan.

Villius menarik Bella menghadapnya. Melihat wajah yang sudah basah dengan air mata itu.

"Apa yang dia dah buat dekat kau?"tanya Villius dengan risau.

Dalam keadaan tercungap-cungap dan tersedu sedan Bella bersuara dengan susah payah. Tangan dia naik hendak beri penerangan. "Di-di-dia cuba kiss saya..sa-saya cuba tolak dia..lepas tu dia kejar saya....saya nampak awak dekat sini terus saya ke sini..."nangis Bella tersedu-sedu. Tangan dia menggigil teruk kerana terkejut dan kesejukan.

Damien dan beberapa orang ahli majlis pelajar berkerut kening. Memandang jelik ke arah Adrian.

"Kau sedar tak apa yang kau tengah buat ni! Kau boleh dikenakan tindakan tahu tak!" marah Damien.

"Aku belum apa-apakan dia, tak sempat dia dah lari...dengar ya,kau jangan nak masuk campur. Ini urusan aku dengan dia."balas Adrian.

"Baik kau pergi dari sini sebelum penumbuk ni hinggap dekat muka kau!"bentak Damien.

Villius memandang lama ke wajah Adrian. Dia memeluk erat tubuh Bella.

"Laporkan hal ni pada pihak atasan...."arah Villius semasa menanggalkan kotnya lalu disarungkan ke tubuh Bella.

"Kau nak laporkan aku?Ada bukti ke?Jangan nak cari pasal lah kau tak kenal siapa aku..jadi jangan berani-berani nak masuk campur urusan aku...sekarang serahkan Bella pada aku sekarang..!"

Villius memalingkan Bella dari Adrian saat lelaki itu hendak mendekat. Ketika itu juga Damien dan beberapa orang lagi yang ada di situ mencekup lelaki itu. Menghalang dia dari terus mendekat.

Membuatkan Adrian bergelut seperti orang gila. "Argh....lepas!Lepaskan aku. Bella please..aku cintakan kau! Kenapa kau buat aku macam ni.."raung Adrian sewaktu bergelut hendak melepaskan diri."Kau tahu aku cintakan kau selama ni..."

Bella memandang takut ke arah Adrian sewaktu menyorok dalam pelukan Villius. Dia cengkam kain baju kemeja Villius erat-erat.

Kening Villius mencerun kerana berasa ngeri. Sampai tahap macam ni sekali obses Adrian terhadap Bella.

Adrian memandang tidak puas hati ke Villius. "Jauhkan tangan kau dari dia lelaki tak guna! Hanya aku yang boleh sentuh dia...dia aku punya!"gelut Adrian yang keberangan melihat tangan Villius memeluk Bella.

"Diamlah kau..."Damien memukul belakang kepala Adrian.

"Lepaskan aku....kau tak tahu siapa aku! Aku anak senator...kau berani-berani pegang aku!"jerit lelaki itu. "Bella...aku nak kau...izinkan aku sentuh kau Bella..."rayu Adrian dengan terdesak. Dia menolak kasar mereka di situ dengan seluruh tenaganya sehingga membuatkan mereka semua jatuh terduduk di atas tanah sebelum menerkam Bella.

Lengan Bella di tarik paksa oleh Adrian sesaat sebelum Villius menghayun penumbuk ke muka itu. Lalu di tendang perut Adrian kerana berasa bengang dengan sikap orang yang kelihatannya sudah hilang kewarasan.

Beberapa orang yang ada di situ bergelut hendak menangkap Adrian tetapi lelaki itu memberontak sambil menghayun penumbuk dan tendangan secara rambang ke arah mereka.

Sehingga membuatkan mereka terpaksa pertahanankan diri. Bella yang lihat semua itu menggeleng kepala. Takut!

"Sudahlah tu..."nangis Bella sambil meletakkan kedua-dua tangannya ke bibir. "Adrian..jangan macam ni, saya tak boleh balas perasaan awak sampai bila-bila sebab saya tak cintakan awak, jangan luka diri awak macam ni..."minta Bella sewaktu mereka di situ menghalang Adrian dari naik gila.

Adrian berhenti bergelut saat mendengar kata-kata itu.

"Tapi kenapa? Bella aku ikhlas cintakan kau.."

Ya kenapa. Itu la soalannya. Kenapa cinta ni rumit sangat?

"Sebab saya tak sukakan awak, jadi saya tak boleh balas perasaan awak sampai bila-bila jadi berhenti berkelakuan macam ni.."rayu Bella.

"Tak..Bella tolonglah..."rayu Adrian yang sudah lemah kerana kepenatan.

"Bawa dia ke bilik rawatan kemudian laporkan hal ni pada dekan untuk uruskan penyingkiran pelajar Akademi Prince High dari program di akademi ni.."arah Villius dengan nada mendatar.

Damien mengangguk kepala sekali patuh.

Villius tunduk memandang Bella sewaktu Adrian telah dibawa pergi. Lelaki itu memegang dagu gadis itu lalu didongak memandangnya. Melihat air mata membasahi pipi yang sudah kemerahan itu.

"Kau tak apa-apa?"tanya Villius perlahan.

Bella mengangguk kepala perlahan sebelum menyembam muka ke dada lelaki itu lalu memeluk tubuh itu dengan erat untuk hilangkan rasa mengigil yang dirasainya. Villius mengusap belakang badan itu perlahan.

"Jom..kita masuk dalam..."ajak Villius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience