Denda!
Yup!What a happy ending right! Hari dia di mulakan dengan kemunculan lelaki gatal yang dah buatkan dia terlewat. Dan diakhiri dengan menjalankan denda penalti gara-gara lewat datang lepas habis sekolah.
"Hah?Denda?"nganganya dengan kening berkerut.
"Yalah...sebab kamu lewat..."maklum akak di depan Bella."Dah susun fail-fail tu."arah Kak Amanda,setiausaha Dekan.
Bella memandang fail yang berselerak dalam rak di pejabat itu. Dia menghentak kaki tidak puas hati. Semua ni salah lelaki gatal tak guna Si Adrian la ni. Kalaulah dia tak berborak dengan lelaki tu mesti dia sempat sampai. Urghh...malang betul!
"Menungkan apa lagi, cepatlah susun lagi cepat kamu susun cepatlah siap..." gesa Amanda semasa tunduk mengemas dokumen yang berada di atas mejanya lalu dimasukkan ke dalam fail."Lain kali datanglah lewat lagi..boleh tolong akak kemas."senyum Amanda sebelum berjalan masuk ke dalam bilik Dekan bersama beberapa fail di tangan.
Bella mendongak memandang siling lalu mengerang ke jengkelan sebelum kembali memandang rak di depannya.
"Arghhh...malasnya!!!"rungutnya semasa mengeluarkan fail-fail di situ dari rak.
Selesai kosongkan rak tu, Bella mula susun fail-fail tu ikut susunan abjad A-Z.
Tidak lama lepas tu Amanda keluar dari bilik dekan. Tanpa memandang Bella, Amanda terus duduk di meja setiausaha sebelum menghadap skrin computer.
Bella pula dengan muncung sedepa senyap melakukan kerja kebajikannya itu. Tengah Bella khayal memikirkan sesuatu, Amanda tiba-tiba bersuara.
"Dik..."panggil wanita yang seusia dengan abang Bella itu, 27 tahun.
Bella menoleh dengan muka hendak menangis. "Apa?"balas Bella dengan nada malas tiada mood.
"Nak dengar sesuatu tak?"Amanda mengangkat kening beberapa kali ke arah Bella bersama senyuman jahat di bibir dia.
"Apa bendanya..."Bella toleh semula memandang rak, tangannya kembali menyusun atur fail di situ. Memang la gosip adalah perkara kesukaan dia, tapi dia tak ada mood langsung nak dengar apa-apa sekarang ni.
Amanda bangun dari duduknya lalu mendapatkan Bella. Dia berdiri di sisi Bella.
"Akak dapat tahu yang dekan ada buat rancangan.."
Bella tunduk mencapai fail yang ada di bawah kakinya lalu dimasukkan ke dalam rak.
"Rancangan apa?"tanya dia acuh tak acuh"Akak ni kalau nak beritahu boleh tak cakap sampai habis terus tak payah nak buat suspen bagai..Bella tak ada mood la untuk semua tu.."sungut Bella dengan kening mencerun.
"Yalah nak beritahulah ni....macam ni. Hari tu akak ada dengar dekan nak buat program pertukaran pelajar...dia akan pindahkan pelajar akademi kita ke akademi lain. Sementara pelajar dari akademi lain masuk ke sini...tapi belum pasti lagi sebab dia orang masih proses hendak memilih pelajar..."
Tangan yang sedang bekerja itu terus berhenti. Dengan pantas Bella memalingkan kepala ke arah Amanda.
"Huh?Serious la?"Dekan nak buat?Dia ingatkan permintaan dia tu takkan ditunaikan. Susah payah dia merayu mohon pada dekan supaya terima idea dia tu.
"Yalah...kamu sendiri tahukan keadaan pelajar akademi ni dekan harap dengan kehadiran pelajar lain dari komuniti yang berbeza fikiran dan budaya dapat rapatkan jurang antara pelajar lelaki dan perempuan akademi ni dan meriahkan lagi suasana.."
Mata Bella terbuka luas keningnya terangkat tinggi."Iya ke?Bila tu?"
Amanda menjungkit bahu."Tak sure sebab masih dalam pertimbangan..."
Bella termenung memandang rak di depannya. Keningnya berkerut-kerut sewaktu kepala dia ligat mencerna idea.
"Kalau macam tu boleh akak beritahu Bella kalau-kalau ada feedback tentang program tu?"soal Bella selepas selesai berfikir.
Amanda memandang pelik. "Kenapa?"tanya dia.
Bella menarik senyuman goofy dia.
"Adalah...akak tolong Bella ya."senyum dia sambil memegang bahu Amanda.
Disebabkan tak ramai akan baca buku ni, let me give some spoiler untuk next project lepas puasa nanti.
Share this novel