Keadaan senyap sunyi di taman itu sewaktu Bella yang tidak mengenakan pakaian tebal itu tunduk menonggeng ke kolam untuk memastikan lubang air pancut itu tidak tersumbat.
Sedang Bella asyik membelek kolam air pancur itu, satu tangan muncul melingkar sekeliling pinggangnya dari belakang. Membuatkan Bella melompat terkejut dari tempat dia berdiri.
Bella memegang dadanya kerana terkejut sebelum melihat terkejut ke arah Adrian yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Hai sayang..."Adrian perlahan-lahan mendekati Bella.
"Awak dah kenapa...tiba-tiba munculkan diri macam tu...peluk saya bagai!"marah Bella dengan kening berkerut.
"Ala...bukannya ada orang lain pun, kita berdua je. Bella, aku rindukan kau tahu tak." "Lelaki itu cuba mendapatkan Bella. Namun begitu Bella mengelak. Dia menyorokkan tangannya ke belakang badan ketika Adrian hendak mencapainya.
"Adrian...awak nak apa?"langkah Bella terhenti apabila dia terperangkap di hujung taman itu yang dipagari dengan pokok pine. Dia bersandar pada pokok itu saat Adrian mendekat.
Lelaki itu hanya tersenyum mesra saat tanganya sudah naik memegang pinggang Bella. Menarik Bella ke dalam pelukan.
"Adrian!"
"Relaks,kau tahu tak betapa lamanya aku tunggu saat ni untuk berduaan dengan kau." "bisik lelaki itu semasa memeluk badan Bella dengan erat.
Bella bergelut hendak melepaskan diri, dia menolak dada itu dengan sekuat hati. Serius kalau ikutkan hati dia akan kerjakan lelaki ini cukup-cukup, tapi kalau dia buat semua tu, Villius akan dapat susah, nama akademi ni akan tercemar.
Nafas Adrian menyapa batang lehernya saat bibir itu sudah menyentuh telinga kanan Bella.
"Adrian,kawal diri awak tolonglah jangan macam ni..."tolak Bella sedaya upaya.
"Sekejap jer..."minta Adrian yang memegang dagu Bella. Berniat hendak mengucup bibir gadis itu.
"Apa yang dah merasuk awak ni...."gelut Bella.
"Kau...kau yang buat aku jadi gila macam ni Bella, 8 tahun aku kejar kau..tapi sikit pun kau tak pernah pandang aku...apa kurangnya aku, orang lain boleh tergila-gilakan aku tapi kau!kau jer perempuan yang tak menghiraukan aku..""ucap lelaki itu perlahan semasa mengucup dahi dan kening Bella.
Bella memejamkan matanya saat menolak tangan itu dari memeluk badannya.
"Sebab saya tak sukakan awak...awak tu baran dan suka berlagak, saya tak suka awak faham tak!""Bella menyepak tulang kering kaki kanan lelaki itu. Membuatkan Adrian tunduk terjengket-jengket kesakitan.
"Argh....Bella!!!"ngerang lelaki itu yang berdiri tegak dan ingin menerkam Bella.
Namun belum sempat dia hendak memeluk badan itu, Bella terus berlari keluar dari situ. Dia tidak sempat hendak naik tangga sebab tangga akan buat dia penat. Apa yang dia boleh buat, lari ke mana sahaja yang ada orang lelaki yang dapat menyelamatkannya.
Share this novel