Tengah makan malam bersama keluarga Yuta, Bella terima mesej dari teman lelaki rahsia dia. Banyak kali jugak lelaki tu missed call dia lepas mesej tu tak di balas. Yalah mana dia nak balas, dia tengah makan malam bersama kot. Nanti apa kata parents Yuta kalau dia makan hadap telefon. Kan kurang ajar namanya tu.
Pamit je diri dari rumah Yuta, Bella balik ke rumah dia semula. Tak sampai beberapa minit jalan dia tiba dalam rumah.
Disebabkan tak ada orang, rumah tu senyap yang menakutkan. Sampaikan Bella yang dah biasa duduk sendirian tu pun cuak sendiri.
Dah macam orang kena kejar anjing, Bella lari mendaki tangga lepas dia tiba dekat ruang rumah tak berlampu tu. Malas nak bukak lampu, membazirkan eletrik je.
Sampai je depan pintu bilik, Bella terus buka pintu tu kalut-kalut lantas mengunci pintu dan tombol tu. Lepas selesai dia bersandar lega ke pintu. Dengan letih, dia sentuh suis lampu dekat tepi pintu lalu ditekan.
Serta merta cahaya terang membias ruangan tu. Dan masa tu la Bella nampak orang tu duduk dekat atas katil dia.
"Mak!"latah Bella dengan terkejut sampai melompat terkejut dia memegang dada. Berdegup kencang jantung dia. Ingatkan pencuri la tadi. Apa isu lelaki ni dengan suka mengejutkan dia?Kalau tak buat dia hampir nak kena heart attack tak boleh ke.
"Mana kau dah pergi?"soal lelaki tu dengan nada seperti orang nak marah.
Bella letak kunci rumah dan telefon dekat almari sebelah pintu sambil memandang lelaki yang mengenakan hoodie hitam, skinny jean hitam dan bertopi hitam. Kalau orang lain tengok, boleh kena label psikopat ni!
"Rumah Yuta.."jawabnya dengan muka bingung. Bila lelaki ni ada dekat sini?
"Buat apa kau dekat rumah dia?"
Bella buat muka tak faham. Dah kenapa pulak ni? "Saya makan malam dengan family dia la...yang awak ni kenapa?"dia jalan masuk ke dalam bilik air kemudiannya.
Lelaki tu kemudiannya bangun, dia jalan marah ke bilik air lantas bersandar pada bingkai pintu sambil menyilang tangan ke dada tak puas hati.
"Perlu sangat ke?"sentap lelaki tu. "Sampai tak boleh nak balas mesej aku...jawab missed call aku?"
Bella yang tengah gosok gigi tu angkat kepala dari sinki. Dia pandang pantulan lelaki tu dari cermin. Muka handsome tu ketat dan berkerut tak puas hati. Siapa pulak yang dah rampas pizza teman lelaki dia ni?
"Saya nak balas lepas saya balik...jangan la marah."kata Bella sebelum tunduk berkumur dan membersihkan berus gigi.
Lelaki tu cuma tunggu Bella sampai Bella siap.
"Lagipun saya selalu makan malam dengan mereka setiap kali mama dengan papa saya tak ada dekat rumah..."sambung Bella lagi setelah mengelap mukanya. Sejurus tu dia keluar dari bilik air tu sebelum ambil tempat di atas katilnya.
"Kau boleh je call aku ke apa kalau nak makan.bukannya aku kisah kalau kau mintak tolong aku..."lelaki tu berkata dengan kening berkerut. "Aku ingatkan something berlaku dekat kau bila kau tak jawab call aku...please la..jangan buat lagi.."keluhnya.
Sepanjang mereka bersama, dia selalu mesej dan call Bella. Dan tak pernah sekalipun Bella tertinggal. Jadi Bella tertinggal dia expect something happen.
Bella tepuk tilam di sebelahnya sambil tersenyum. "Meh sini.."ajaknya. Sikit pun tak pedulikan bebelan tu.
Dengan muka marah tak puas hati, lelaki tu tanggalkan kasut sneaker hitam dia lalu memanjat naik katil Bella.
Bella perhati je sampai lelaki tu duduk menghenyak punggung ke atas tilam. Lepas tu tanpa membuang masa Bella bangun dari situ sebelum duduk di atas riba lelaki tu. Kakinya melingkar sekeliling pingang sementara tangan dia memeluk kemas leher tu.
"Aku still marah Bella."deram lelaki tu masa muka Bella ada depan muka dia.
Sambil tersengih manja, Bella lagakan hujung hidung dia pada hidung lelaki tu. "Awak comel bila marah.."komennya.
Lelaki tu sikit pun tak tunjuk apa-apa reaksi.
"Nampak sangat aku tak penting untuk kau kan..."sentap lelaki tu.
"Awak nak saya buat apa sebagai permohonan maaf?"tanya Bella sambil lentokkan kepala sedikit ke kanan. "Saya bukan saja-saja tak balas mesej awak tu..."pujuknya.
"Jangan sentuh aku."rajuk lelaki tu.
Bella ketawa kecil, dia kemudiannya kucup kening berkerut tu sebelum peluk lelaki tu erat-erat. Dia tak terasa pun dengan sentapan tu. Sebab dia tahu, teman lelaki dia marah sebab risaukan dia. Sampai sanggup datang ke sini jauh-jauh semata nak tengokkan dia.
Dengan keluhan mengalah, lelaki tu balas pelukan Bella.
"Maaf ya.."ucap Bella sambil menggosok belakang badan tu dengan kasih. "I promise it will happening again."
"Jangan buat lagi.."tegas lelaki tu.
Bella jarakkan diri dari pelukan tu. "Okay." senyum dia.
Lelaki tu pegang belakang kepala Bella dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi peluk belakang badan Bella. Dengan lama dia tatap wajah Bella.
"Aku tak tahu apa aku akan buat kalau sesuatu berlaku dekat kau Bella."sebutnya dengan dalam.
Bell terkedu bila menatap renungan dalam lelaki tu. Senyuman di bibir dia pudar kerana terpaku. Siapa sangka boyfriend dia mempunyai side character caring macam ni.
"Jangan risau saya takkan apa-apa."
Share this novel