Dekat akademi ni budak-budak suka duduk secara berpuak-puak. Tapi tak bercampur. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Dan kebanyakannya mereka semua duduk mengikut kelas atau darjat masing-masing.
Namun tidak pada tiga orang kawan yang sudah bersahabat lama sejak lama dulu sebelum jejak kaki ke dalam akademi itu lagi.
"Ini semua idea kau?"soal Yuta dengan muka tak percaya lepas baca senarai strategi Bella untuk rapatkan hubungan pelajar lelaki dan perempuan dalam akademi ini dari buku nota kesayangan Bella.
Di dalam buku nota itu terdapat hampir 100 senarai, Dan kebanyakannya tidak berjaya dan hanya dipangkah dengan pen merah.
Lucy di sebelah Bella buat muka tak selesa bila Bella duduk disebelah dia dengan teropong ditangan kanan sementara tangan kiri menyuap makanan ke dalam mulut. Dalam kepala Lucy, gadis itu tertanya-tanya kenapa dia boleh kawan dengan gadis tak betul di sebelahnya ini.
"Dah lah tu...Bella. Makan lah dulu. Apa yang kau teropongkan sejak tadi tu?"soal Lucy dengan kening berkerut sewaktu memaksa tangan Bella yang memegang teropong itu di turunkan ke bawah. Malu dia di buatnya bila pelajar sekitar meja mereka mengerling aneh tidak senang.
Bella berkerut kening taktala dia melihat dari jarak jauh lelaki kacak yang duduk semeja dengan Damien sedang berbual akan sesuatu sambil menikmati makanan yang sepertinya dibawa dari rumah. Okay senarai baru untuk makluman dia.
"Well aku perlukan maklumat tentang sasaran aku..."jawab Bella yang kembali memandang ke Yuta dan menarik buku catatan dia dari tangan lelaki itu.
"Maklumat tentang siapa?"soal Yuta semasa memerhati tingkah Bella.
Bella keluarkan ball pen dari poket kot uniformnya lalu menggigit penutup pen tersebut sebelum dia tarik batang pen itu sehingga terbuka dan mula menulis menggunakan pen tersebut.
Sambil menggigit penutup pen,dia berkata."Kunci untuk kejayaan peperangan aku selama tiga tahun dekat sini la apa lagi."ujar Bella sambil menulis 'dia suka makanan homemade dari luar' di atas buku catatannya lalu dilukis bintang pada hujung ayat tersebut sebagai nota penting.
Yuta menggeleng kepala lalu tunduk menikmati sandwich tuna pedasnya. Sementara Lucy di sisi Bella tiada kata-kata lain yang dapat dikeluarkan lagi. Yalah nak cakap apa lagi kalau kau ada seorang kawan yang keras kepala dan nekad seperti Bella ni?
Nada-Zero! No word.
"Rancangan apa lagi yang kau nak lakukan ni Bella?Sudah-sudahlah. Dari kau buang masa, Cari teman lelaki dan lakukan sesuatu yang menarik untuk tahun terakhir kita dekat sini. bukan buang masa pada Prince Ice kita tu." Lucy menjuih bibir ke meja dimana ahli-ahli dari Majlis Pelajar sedang duduk.
Bella mengangkat kepala dari tulisnya, dia memandang Lucy seperti rakannya itu alien sesat yang turun ke bumi.
"Gila ke kau! Memang tak lah aku nak berhenti!"balas Bella sambil menutup buku catatannya dan dipeluk rapat ke dada. "Aku tengah buatlah ni...isi masa yang ada dekat sini untuk penuhkan album aku sebelum aku keluar dari tempat ni."
Yuta ketawa kecil mendengar kata-kata nekad Bella.
"Kau nak buat apa lepas kau penuhkan semua album kau?"tanya Yuta.
"Of course lah untuk tontonan anak-anak dan cucu aku nanti. Biar dia orang tahu nenek dia orang ni seorang yang menyeronokkan... Dan tak membosankan macam orang tu..."mata Bella menjeling ke Lucy.
Lucy yang perasan membalas jelingan Bella sebelum menujah perlahan lengan Bella dengan belakang sikunya. Bella ketawa sementara Yuta hanya tersenyum senang melihat kerenah Bella.
Sementara Bella, dia berpaling ke meja dimana target dia berada. Kebetulan masa dia pandang lelaki tu pun pandang dia juga. Bella apa lagi dengan girang dan muka tak tahu malu dia pun lambai tangan ke arah targetnya itu.
Tapi sayang seribu sayang, lambaiannya itu di balas dengan jelingan dingin!
Aik!Jeling-jeling eh?
Tak apa, nanti kita tengok siapa yang jeling siapa. Humph!
Share this novel