"Well...it a deal then."

Romance Completed 6578

Jari telunjuk yang mengenakan cincin nipis bertatahkan sebutir belian scroll down skrin telefon. Sambil berkerut kening mata itu membaca komen pada status yang dipost pada laman page utama akademi.

"Apa masalah pelajar akademi kau orang ha?Aku dengar budak perempuan akademi kau orang cari kita orang untuk jadikan kawan" komen seorang pelajar lelaki dari Akademi Prince.

"Hahaah...maybe dia orang ada masalah agaknya?"balas seorang lagi pelajar lelaki.

"Takkanlah dia orang-"tuduh pelajar lelaki yang lain.

"Aku dengar dia semua kacak-kacak mengalahkan kita mungkin disebalik muka dia orang yang handsome tu ada problem dengan mental agaknya..."tambah Adrian.

"Tak apalah...nak kawan boleh. Kita orang okay jer..."balas seorang lagi pelajar lelaki lain.

Dengan pantas jari itu menaip pada kotak komen. Membalas kata-kata jahat mereka itu.

"Hello....cakap biar elok eh dia orang tak ada masalah okay. Masalahnya kau orang..apa kau orang ingat kita orang hadap sangat ke dengan kau orang...dah lah berlagak...muka pecah...pandai pun tidak. Dia orang bukan G** macam yang kau orang fikirkan...dia orang normal. Apa yang dia orang buat adalah ikut peraturan. Apa salahnya dengan peraturan ni...kan dapat elakkan komunikasi tidak sihat antara lelaki dan perempuan....sekaligus jaga nama baik akademi ni emoji jelir lidah."lalu butang send ditekan geram!

Bella menurunkan tangannya ke sisi dengan renungan tidak puas hati sewaktu berjalan. Kening dia mencerlung geram.

"Tak guna betul..."sungutnya semasa menolak pintu bilik Majlis Pelajar itu kedalam dengan sebelah tangan memandangkan sebelah lagi sedang menatang berat model taman yang ingin dibinanya. Model yang telah diusahakannya selama sebulan yang dibantu oleh pembantu setianya. Yuta.

Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka ke dalam, penghuni bilik yang sibuk dengan urusan masing-masing mengangkat kepala. Mereka yang ada di dalam bilik umum itu memandang ke arah gadis comel yang berjalan masuk ke dalam bilik mereka. Sebaik mereka pandang, kening mereka berkerut taktala melihat wajah cemberut tidak puas hati Bella.

Bella jalan mendekati meja kerja Villius dengan muncung di bibir. Sesampai saja dia di depan meja tu, model taman tadi di letakkan atas meja Villius.

"Ni modelnya...ni draft bajet...jadual aktiviti...pelan asal...blue print...."Bella letak satu persatu di atas meja dengan jengkel. "Semuanya ada dekat sini..awak tengok la. Nilai kannya untuk saya. Kalau tak puas hati catat apa yang kurang. Hantarkannya pada Madam Lena lepas tu."terus dia silang tangan ke dada.

Villius yang duduk hendak meneguk air mineral kaku dengan kedudukannya. Dia terus tak jadi minum bila Bella tiba-tiba muncul dan membebel akan semua itu dengan laju. Sampai dia sendiri tak sempat nak proses. Apa yang mengejutkan dia, dia yang memegang botol terarah ke mulut itu kekal ternganga apabila melihat wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria itu kini masam mencuka!

Botol mineralnya ditutup semula sebelum diletakkan atas meja. Villius memandang barang-barang yang ada di meja dengan kening terangkat.

"Okay."balas Villius dengan kening berkerut.

Bella memandang tidak puas hati ke Villius. Dia mengepal penumbuk menahan sabar.

Renungan tajam itu membuatkan Villius memandang pelik ke arah Bella.

"Dah kenapa kau pandang aku macam tu? Ada masalah ke?"tanya Villius.

Bella mengetap gigi sekuat hati. Ditanya lagi. Dah nampak dia tak puas hati kan. Memang ada masalah la!Grrr!

"Tak ada..."balas Bella dengan perlahan.

"Dah tu....yang kau buat muka depan aku tu kenapa?"Villius mencapai kertas yang diletakkan oleh Bella lalu di perhati satu persatu dengan teliti.

Bella tunduk memandang tangan Villius sewaktu lelaki itu mencapai satu persatu kertas dia dari atas meja itu.

"Aku akan maklumkan selebihnya selepas semua ni di approve pihak atasan."ujar Villius yang hendak bangun dari situ kemudiannya.

Bella mengetap gigi menahan sabar sambil nafasnya naik turun keberangan. Berasa bengang dengan sikap Villius yang tak peka pada sekeliling.

Kenapa Villius buat semua idea gila ni!

"Apa yang saya perlu lakukan supaya awak mansuhkan peraturan tak masuk akal awak ni?"soal Bella dengan renungan berang. Nada dia sedaya upaya di kawal supaya tidak kedengaran marah.

Villius mengangkat kepala. Keningnya terjungkit sebelah sewaktu memandang pelik ke Bella.

"Dah kenapa kau tanya macam tu tiba-tiba?"

Bella menghentak kaki kejengkelan bila Villius tak jawab. Malah bertanya lagi!

"Beritahu je la..."rengeknya."Apa yang saya kena buat untuk buat awak mansuhkan peraturan dimana pelajar lelaki dan perempuan tak boleh berkawan ni!"marah Bella sehingga menarik perhatian ahli majlis yang lain, terutama sekali Damien.

Villius pandang Bella dengan renungan kosong. Dia tidak peduli dengan rengekkan Bella. Dasar perempuan!Memangnya merimaskan!

"Tak ada apa-apa yang kau dapat lakukan. Sebab peraturan tu takkan berubah."balas Villius dengan mendatar.

"Ughh...Sampai bila?"Bella dongak memandang ke atas sambil mengerang geram.

"Sampai bila-bila..."Villius tunduk meneliti kertas yang diserahkan oleh Bella tadi.

Tidak semena Bella memukul meja itu dengan kuat, mengejutkan mereka yang ada dalam bilik itu. Semuanya memandang Villius yang mana berwajah tenang, sedikit pun tidak terkutik atau terkejut.

Bella memejam mata sambil menarik nafas sebelum dilepaskan dengan perlahan-lahan. Lelaki ni kan, memang nak kena agaknya!
Fine. Kalau ini cara lelaki ni. Bella kembali berdiri tegak dan memandang Villius dengan mesra. Reaksi marah dia pudar serta merta seperti tidak pernah marah.

"Kalau macam tu boleh tak awak berikan kelonggaran untuk tahun ni?Mansuhkan peraturan ni?"tanya Bella dengan lemah lembut.

"Buat apa?Benda dah elok-elok ada, nak dimansuhkan memang tak la?"Villius bangun, dia mendekati rak dimana dokumen mengenai tanah akademi yang masih lapang dan tidak digunakan. Dia hendak lihat mana-mana lokasi yang sesuai untuk projek Bella.

Bella buat muka seperti mahu mencarut tapi dia hanya menahan diri dengan menggigit bawah bibir lantas mengekori langkah Villius.

"Bolehlah tahun ni tahun terakhir saya tak boleh ke awak berikan saya kenangan indah dekat sini, berkenalan dengan kawan lelaki, bercinta ke huh?"Bella memegang lengan Villius. Dia menggoyang-goyangkan tangan kiri lelaki itu."Awak tahu tak...disebabkan peraturan merepek awak ni ramai pelajar dekat luar sana buruk-burukkan pelajar lelaki akademi ni.."

Villius yang sedang tunduk melihat isi fail dengan kasar menutup fail tersebut. Dia palingkan kepala ke Bella dengan kening mencerun tajam.

"Kalau kau dah tak ada apa-apa lagi, kauboleh keluar dari sini."dia rentap lengannya dari dipegang Bella sebelum berlalu ke meja kerjanya bersama fail di tangan.

Bella yang ditinggalkan terpinga-pinga depan rak itu berdengus kasar. Dia jalan dekati meja Villius semula dan menghadap lelaki itu dengan renungan nekad.

"Okay...apa kata kita buat taruhan..."aju Bella dengan lantang. "Bersaksikan dengan semua orang dekat sini..."Bella depakan sebelah tangan ke sekeliling bilik dimana ahli majlis yang lain berada.

Villius yang baru sahaja duduk itu mengangkat kepala. Memandang Bella dengan kening mencerun.

"Aku tak buat perjanjian dengan mana-mana orang terutama sekali dengan perempuan, sekarang keluar dari sini."arah Villius dengan dingin tanpa perasaan.

Bella tak pedulikan Villius malah dia terus bercakap.

"Perjanjiannya ialah, sekiranya saya dapat buat awak jatuh cinta pada saya, awak akan mansuh kan peraturan gila awak ni."sebut Bella dengan renungan nekad dia pada Villius.

Damien, Villius dan beberapa orang lagi ahli persatuan majlis pelajar memandang terkejut ke arah gadis bersanggul itu dengan serentak.

Villius berdengus pendek tidak percaya. Senyuman sinis terukir di tepi bibir.

"Aku rasa otak kau dah tak betul sebab penat buat semua ni. Jadi aku cadangkan kau untuk pergi bilik rawatan sana dapatkan rawatan." geleng Villius semasa menyelak kertas dalam fail itu bersama senyuman mengejek di bibir."

"Kenapa tak berani?"Bella menyilang tangan ke dada sambil tersenyum sinis.

Villius terus memandang tajam ke arah Bella. Berasa tercabar dengan soalan itu.

"Kau tak tahu dengan siapa kau berurusan Bella!"deram Villius di balik ketapan gigi.

"Well... it's a deal then."senyum Bella dengan penuh kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience