"Oh my god. takkan la dia!"

Romance Completed 6578

"Sorry!"ucap Bella pada Yuta dan Lucy yang berdiri di depan pintu rumah dia dengan muka toya masing-masing. Dua orang tu dah berhias sakan semata nak keluar tengok wayang dengan Bella. Tapi lain pulak yang jadinya.

"Serius?"soal Lucy dengan kening berkerut.

Bella buat muka serba salah dia sedangkan dalam hati tak pun.

"Habis tu kita orang pergi berdua la ni?"tanya Yuta.

Yalah, berdua je. Sebabnya tiket tu dia beli dua bukan tiga.

"Ha'ah...kalau diberi pilihan aku lepak dengan kau orang....tapi parents aku mintak aku keluar makan dengan dia orang malam ni. Sorry sangat-sangat."jelas Bella.

Yuta dan Lucy saling berpandangan sebelum memandang kesal ke Bella.

"Fine...kau sure kau okay?"tanya Yuta.

Bella buat muka sedih lalu mengangguk kepala. "Aku okay. Kau orang enjoy la sana. Jangan risaukan aku."Bella melambai tangan menghalau mereka supaya pergi.

Lucy membenamkan muka dia di balik mafela yang dililit sekeliling lehernya.

"Kalau macam tu kita orang gerak dulu.." lambai Lucy.

"Oh..okay. bye..."lambai Bella.

Yuta pandang curiga ke Bella sewaktu berpaling ke depan.

"Bye-bye.."lambai Bella pada Yuta masa lelaki tu masih menjeling curiga ke arahnya.

Lepas kereta Yuta meluncur pergi dari laman rumahnya, Bella tutup pintu rumah dia. Sebaik sahaja dia tutup pintu mama dan papa dia muncul dari tingkat atas.

"Lah...ingat dah siap tadi."sungut Felixa pada Bella.

"Nak siap lah ni...kalut betul. Chill la. Kita nak makan je pun bukannya berperang."bebel Bella semasa jalan mendaki tangga berselisih dengan orang tuanya.

"Tengok tu....tengok tu. Menjawab je kerjanya. Kalau tak menjawab bukan kamu la tu..."marah Felixa semasa mematai langkah Bella dengan jengkel.

Aron tersengih apabila dia yang sedang berdiri di depan pintu membutang lengan bajunya terpandang Bella yang cantik mengenakan dress tube biru gelap paras lutut dan bersanggul kemas. Rantai tali halus tergantung di leher itu membuatkan gadis itu kelihatan kemas dan ringkas.

"Wow...."puji Aron dengan kening terangkat.

Bella memandang tidak puas hati ke arah Aron sewaktu berjalan keluar dari rumah. Bersilang tangan ke dada semasa abangnya meletakkan kot labuh miliknya ke bahu.

"Janganlah tarik muka masam, macam mama beritahu kau, jumpa dulu. Soal berkenan atau tidak belakang cerita..."ujar Aron semasa dia membuka pintu kereta lalu melihat Bella masuk ke dalam kereta lalu diikutinya.

Felixa menoleh ke belakang. Memandang Bella yang duduk bersandar memaling muka keluar tingkap.

"Ingat pesan mama, jaga sikap kamu nanti." kata Felixa saat kereta bergerak pergi dari rumah tersebut yang dipandu Andrew.

Bella yang dengar hanya mendiamkan diri. Malas hendak bersuara. Kalau dia bersuara ada yang membebelnya pula.

Selepas pemanduan selama 20 minit, mereka tiba di destinasi. Iaitu restoran mewah milik Felixa. Sepanjang perjalanan masuk ke dalam, Felixa tidak henti-henti memberi pesan kepada Bella sehinggalah mereka berada di meja makan yang telah disediakan oleh pengurusan restoran.

"Itupun mereka..."ujar Felixa yang menghampiri sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang duduk membelakangkan mereka. "Naylie...""sapa Felixa sambil tersenyum lebar, dia memeluk kejap tubuh wanita bersanggul itu lalu menarik kerusi sebelum duduk.

Andrew yang lihat berjabat tangan dengan si suami saat hendak duduk di sebelah Felixa. Aron yang berada paling hadapan terlebih dahulu berjabat tangan anak lelaki pasangan tersebut semasa Bella jalan menghampiri kerusi sebelah Andrew.

"Hai...Saya Aron. Anak sulung..."sapa Aron.

"Hai...Xavier Foster..."ucap suara itu yang membuatkan Bella mengangkat kepala. Dia memandang terkejut ke arah lelaki yang segak mengenakan tuksedo di depannya. Lelaki itu kemudian tersenyum memandang Bella. "Hai." "sapa Xavier.

"Oh my god takkanlah dia?!"tanya Bella di dalam hati semasa, Aron duduk di sisinya sementara dia duduk menghadap Xavier sewaktu mereka di meja empat segi yang di gabungkan menjadi dua.

"Ini ke anak perempuan awak Felixa,manis orangnya..."ucap Naylie sewaktu tersenyum memandang Bella.

Bella yang terpandang Felixa hanya menarik senyum nipis. Kerana dalam kepalanya sedang berperang bagai nak rak. Terkejut melihat lelaki yang mamanya hendak jodohkan ini adalah Xavier.

"Saya dengar Xavier menghadiri Program Pertukaran Pelajar betul ke?"tanya Andrew.

Foster berpaling ke arah Andrew lalu mengangguk.

"Ya....di Akademi Crimson High. Sebab tu saya bawa dia makan bersama malam ni, kalau tidak masa cuti musim panas sahaja saya dapat lihat dia..."

"Ya ke...tak sangka pula sebab Bella belajar di akademi tu jugak...."sampuk Felixa.

Bella mengepal penumbuk menahan sabar dia yang berada di atas peha sepanjang sesi makan malam tu berlangsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience